Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?
Autotainment

Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?

Han OthmanBy Han Othman08/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Bezza kali pertama dilancarkan pada Julai 2016 sebagai sedan pertama jenama tersebut, juga model pertama yang mendapat sentuhan sepenuhnya pasukan pereka pengeluar nasional itu.

Perodua kemudian memperkenalkan Bezza edisi segar semula (refreshment) pada April 2017 dengan memperbaharui rekabentuk bampar belakang yang tidak lagi nampak tonggek, termasuk memuatkan kemasan platinum krom pada varian Premium X dan Advance Version (AV).

Selain itu, varian AV juga mendapat rekaan kerusi kulit baru sebagai tanda meraikan kehadiran ahli famili baharu Perodua itu.

BACA >>> Perodua Bezza yang Dulu Bukanlah yang Sekarang, Kini Tidak Lagi Tonggek

Kemudian pada April 2018, Perodua melancarkan pula Bezza GXtra (foto atas) bagi menggantikan varian 1.0L Standard G, dan masih mengekalkan opsyen transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan. Varian ini mendapat kemasan skirt sisi, hendal pintu krom dan tambahan warna baharu, Ocean Blue (biru). Begitu juga kabin yang dilengkapkan trim hitam, ciri Bluetooth pada sistem audio.

BACA >>> 6 Fakta Pantas | Perodua Bezza GXtra Lancar di MAEPS, Harga Bermula RM35,500!

Perodua juga pernah melancarkan Bezza versi edisi terhad pada April 2019 sempena Malaysia Autoshow 2019 yang tampil berasaskan varian Bezza 1.3 Premium X dengan kit badan dan aksesori Gear Up serta grafik khas.

BACA >>> Perodua Bezza Edisi Terhad Lancar Esok, Tempahan di Malaysia Autoshow 2019 Sahaja!


BEZZA (2020) YANG LEBIH BAHARU

Bezza (2020) paling terbaharu baru saja rasmi dilancarkan sebentar tadi pada harga bermula serendah RM34,580 hingga RM49,980. Bagaimanapun foto bocor sedan itu sudah lama beredar di media sosial sejak lebih seminggu lalu sebelum Perodua mengumumkan membuka pratempahan model tersebut, pada 3 Januari lalu.

Perincian mengenai Bezza (2020) boleh dibaca DI SINI.

Bezza (2020) baharu ini boleh dikatakan edisi dipertingkat (facelift) dalam erti kata sebenar kerana menampilkan pembaharuan signifikan dari segi gaya luaran dan dalaman walaupun masih mengekal asas casis yang sama.

Berikut perbandingan sebelah-menyebelah menggunakan foto studio Bezza (2020) vs Bezza (2016) untuk varian paling premium, AV dan Advance:

Lampu depan Bezza (2020) kini lebih tirus, dengan gril direka semula, memberikan profil depan yang lebih mendongak. Rekabentuk bampar juga diubah sepenuhnya  yang tidak lagi direka secara horizontal atau melintang. Kombinas dwi-tona pada bawah bampar menyerlahkan gaya sporty.

Lampu depan kini diberikan ciri LED untuk semua varian dengan mengekalkan posisi lampu siang (DRL) di atas, sebaris dengan panel krom pada gril. Garis sisi badan masih sama dan begitu juga cermin sisi, tetapi set rim direka baharu.

Seperti diberitahu, Bezza (2020) menampilkan rekabentuk rim baharu, iaitu 15 inci untuk varian X dan AV, dan 14 inci untuk varian G. Posisi antena sirip jerung masih di belakang. Cermin sisi disekalikan bersama signal belok untuk semua varian, manakala varian AV mendapat ciri boleh lipat automatik.

Jenis kerusi masih sama, tetapi paten kulit berubah. Rekabentuk kerusi Bezza (2020) nampak agak flat berbanding Bezza (2020) yang lebih elegan.

Ini pula perbezaan papan pemuka Bezza (2020) dan Bezza (2016). Stereng masih sama, tetapi rekabentuk papan pemuka diubah sedikit, dapat dilihat pada panel depan penumpang hadapan. Kelihatan panel perak yang melingkari unit infotainment.

Punat audio juga diubah, tetapi susunan kluster ‘tiga beradik’ dikekalkan. Tiada lagi kemasan perak pada bingkai ventilator penyaman udara bahagian sisi kira dan kanan, kali ini dihitamkan sepenuhnya. Ini dibuat supaya nampak seimbang dengan panel perak pada papan pemuka, sekali gus membuatkan rupa kabin lebih kompak dan padat.

Apa lagi ciri istimewa anda dapat kalau pilih Bezza AV (2020) yang tiada pada model sebelum ini?

  • Kawalan Traksi (TRC), Bezza (2016) cuma ada ABS, EBD dan VSC, tiada TRC.
  • Sistem Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, Bezza (2016) tiada A.S.A 2.0.
  • Warna baharu Garnet Red (merah metalik).
  • Ciri anti-jepit pada tingkap sebelah pemandu.
  • Bantuan Daki Bukit (HSA).
GALERI
PERODUA BEZZA 1.3 AV
Perodua Bezza AV
Perodua Bezza AV
autotainment Perbandingan Perodua Bezza Perodua Perodua Bezza Perodua Bezza (2020) Perodua Bezza (2020) vs Bezza (2016) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
Roda4

Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.