Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Bezza (2020) Kini Dibuka untuk Tempahan, Kini Ada A.S.A 2.0
Auto Terkini

Perodua Bezza (2020) Kini Dibuka untuk Tempahan, Kini Ada A.S.A 2.0

Han OthmanBy Han Othman03/01/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Bezza (2o20) dibuka untuk tempahan di semua 186 pusat jualan seluruh negara. Sedan pertama pengeluar itu dibangunkan berasaskan maklum balas pelanggan yang ditawarkan dalam empat varian dan harga seperti berikut:

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, Bezza (2020) adalah sedan pertama Perodua dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia serta mendapat sentuhaan rekabentuk daripada pereka dalaman pengeluar itu

“Bezza terbukti popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan jualan 184,000 unit sejak pelancaran pada Julai 2016. 

“Ia menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan rendah dan ruang dalaman luas selain boleh dipercayai dan mudah dipandu – semua dalam satu pakej yang kompak dan menarik – menjadikan ia  kenderaan yang menepati citarasa dan diminati ramai,” katanya.

Bezza (2020) tampil dengan gril depan dan bampar baharu, berserta lampu depan LED dan skirt sisi dwi-tona yang ada pada semua varian. Varian X dan AV dilengkapi rim aloi 15 inci, manakala cermin sisi elektrik kini standard untuk semua varian (boleh lipat untuk AV).

Ada dua warna baharu ditawarkan, Garnet Red (untuk varian 1.3L sahaja) dan Granite Grey, yang menyertai empat warna sedia ada: Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 kini turut memasuki barisan Bezza (2020) menerusi varian AV, sekali gus menjadikan ia sedan paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.

A.S.A 2.0 menyediakan pakej bantuan pemandu yang terdiri daripada

  • Pengesan Pejalan Kaki – hingga 50kmj
  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) – hingga 100kmj
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB) – hingga 80kmj
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)

Selain itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi yang mana sebelum ini hanya ada pada varian AV. Kombinasi meter iluminasi putih menyerlahkan gaya dalaman, manakala ciri penghidup tanpa kunci, dan sensor sisi depan kini ada pada varian X dan AV. Pada masa sama semua varian diberikan sensor undur, manakala varian AV ditambah kamera undur.

“Sila kunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara, penasihat jualan yang sah sedia membantu dan memberikan maklumat lanjut kepada anda mengenai Bezza (2020), yang akan tiba di bilik pameran tidak lama lagi.” kata Dato’ Zainal.

Setiap pembelian Bezza (2020) dipakejkan bersama dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

* A.S.A adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

 

Auto Terkini Perodua Perodua Bezza (2020) Perodua Bezza Facelift Roda4 Tempahan Perodua Bezza (2020) Dibuka
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026

3 Comments

  1. mohamadyusri bin mohd yusof on 03/01/2020 21:30

    Proton dan Produa memang terbaik

    Reply
  2. Daddykasi on 07/01/2020 09:19

    Takpa lah.. Saya tunggu perotiga.. Saya peminat Tun M sepenuh hati jiwa dan raga.. Walaupun saya miskin, saya bahagia tengok anak2 Tun M semua billionair.. Saya org miskin hanya menyumbang kepada mereka utk mereka terus kaya.. Saya hanya ikut kata Tun M. Pendam dalam hati saja

    Reply
  3. JohnRMay on 07/01/2020 16:32

    Perodua bezza 2020 juga telah membuat kawalan kestabilan dan kawalan daya tarikan sebagai kesesuaian standard untuk varian 1.3 liter.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.