BMW Group Malaysia mencipta sejarah apabila memperkenalkan BMW M3 Touring pertama ditawarkan secara rasmi di Malaysia, BMW M3 Touring Competition M xDrive baharu.
Pelancaran dibuat sempena sambutan ulang tahun BMW M3 ke-40 dengan membawa gabungan unik antara prestasi jentera BMW M dan praktikaliti wagon premium.
Wagon Prestasi Tinggi, Ruang Lebih Praktikal
BMW M3 Touring Competition M xDrive mengekalkan identiti agresif famili M menerusi lampu Adaptive LED Matrix, M Lights Shadowline, rim tempa M 19 inci di depan dan 20 inci (belakang).
Ruang but 500 liter yang boleh diluaskan hingga 1,510 liter dengan pintu but belakang jenis buka automatik bagi memudahkan urusan harian.
Kabin Premium Orientasi Pemandu Litar Lumba
Bahagian dalam menampilkan:
- Paparan skrin lengkung BMW Curved Display
- Kluster instrumen digital 12.3 inci
- Unit infotainmen 14.9 inci
- Stereng M Alcantara
- Kerusi buket karbon M Carbon Bucket
- Sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 16 pembesar suara
- Upholsteri kulit Merino
- Sistem buka pintu dan penghidup tanpa kunci BMW Comfort Access
- Sistem operasi (OS) BMW Operating System 8.5
Gabungan elemen itu mewujudkan suasana kabin sporty, dan masih sesuai digunakan sebagai kenderaan harian.
Enjin 3.0L TwinPower Turbo, 530hp
BMW M3 Touring menggunakan enjin 6-silinder sebaris BMW M TwinPower Turbo, sama seperti digunakan pada jentera lumba BMW M4 GT3 dengan spesifikasi utama:
- Enjin 3.0L TwinPower Turbo
- Output kuasa 530hp (390kW), dan tork 650Nm
- Transmisi automatik M Steptronic Sport 8-kelajuan
- Sistem pacuan semua roda (AWD) M xDrive
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 3.6 saat
- Kelajuan maksimum 250kmj
Selain prestasi luar biasa, wagon itu masih menawarkan tahap praktikaliti tinggi untuk kegunaan harian.
Suspensi Adaptif, Bantuan Pemanduan
BMW melengkapkan model itu dengan pelbagai teknologi prestasi dan keselamatan seperti:
- Sistem Suspensi Adaptif M (Adaptive M Suspension)
- Diferensial M Sport (M Sport Differential)
- Brek Kompaun M (M Compound Brakes)
- Bantuan Pemanduan Profesional (Driving Assistant Professional)
- Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (Steering & Lane Control Assistant)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA)
- Bantuan Parkir Plus (Parking Assistant Plus)
- Paparan Keliling (Surround View)
- Paparan 3D kawalan jauh (Remote 3D View)
Semua sistem itu direka bagi meningkatkan keyakinan pemandu sama ada di lebuh raya atau pemanduan agresif.
Harga BMW M3 Touring Competition M xDrive di Malaysia
BMW M3 Touring Competition M xDrive baharu ditawarkan pada harga:
- RM898,800, harga runcit disyorkan (RRP)
- RM950,900, termasuk baik pulih dan servis, BMW Service & Repair
Pelanggan boleh memilih dua warna luaran sama ada Skyscraper Grey (kelabu) dan Isle of Man Green (hijau), dipadankan upholsteri Merino Yas Marina Blue, Merino Silverstone atau Merino Kyalami Orange bergantung pilihan warna badan.







































































