Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Bezza (2020) Versi Facelift Lancar, Harga Mula RM34k
Auto Terkini

Perodua Bezza (2020) Versi Facelift Lancar, Harga Mula RM34k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/01/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Bezza  (2020) versi dipertingkat dengan menampilkan pembaharuan dan kemas kini signifikan supaya kekal relevan dan segar pasaran massa. Perodua menjangka akan membuat penyerahan kira-kira 5,600 unit model sedan itu kepada pemilik bermula Januari ini.

Bezza (2020) didatangkan dalam empat pilihan varian dan harga seperti berikut:

  • Perodua Bezza 1.0 GX (MT) – RM34,580
  • Perodua Bezza 1.0 GX (AT) –  RM36,580
  • Perodua Bezza 1.3 X (AT) – RM43,980
  • Perodua Bezza 1.3 AV (AT) – RM49,980

PERUBAHAN KOSMETIK LUARAN

Perodua melakukan perubahan pada rupa depan Bezza (2020) menerusi rekabentuk  lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu. Skirt sisi dwi-tona kini ditawarkan untuk semua varian, manakala perumah lampu kabus direka lebih bersegi.

Rekabentuk lampu belakang masih sama, tetapi bampar belakang diberikan kemasan reflektor besar dan nampak seperti ventilator udara palsu seperti Axia facelift dan Myvi, berserta padanan difuser lebih besar. Melengkapkan imej berkenaan ialah set rim aloi dwi-tona baharu.

BACA >>> Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!

KABIN

Bahagian kabin menampilkan panel meter kombi baharu dengan kerusi semi-buket kulit. Juga diberikan sistem penghidup tanpa kunci (keyless), dan sensor sisi depan untuk varian X dan AV, termasuk sistem multimedia dengan navigasi dan konektiviti Smart Link untuk peranti Android. Pada masa sama, semua varian diberikan ciri sensor undur, manakala varian AV ditambahkan kamera undur.

SISTEM BANTUAN PEMANDU A.S.A 2.0

Ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 kini turut memasuki barisan Bezza (2020) menerusi varian AV, sekali gus menjadikan ia sedan paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.

A.S.A 2.0 menyediakan pakej bantuan pemandu yang terdiri daripada:

  • Pengesan Pejalan Kaki – hingga 50kmj
  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) – hingga 100kmj
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB) – hingga 80kmj
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)

BACA>>>Perodua Bezza (2020) Kini Dibuka untuk Tempahan, Kini Ada A.S.A 2.0

DUA TAWARAN WARNA BAHARU

Ada dua warna baharu ditawarkan, Garnet Red (merah) (untuk varian 1.3L sahaja) dan Granite Grey (kelabu)menyertai empat warna sedia ada iaitu Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Ocean Blue (biru) dan Sugar Brown (coklat).

ASPEK MEKANIKAL KEKAL

Tiada sebarang perubahan besar pada trenkuasa Bezza (2020) yang  masih mempertaruhkan enjin 1KR-VE 1.0L VVT-i (67 hp, 91Nm) dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

JAMINAN

Setiap pembelian Bezza (2020) dipakejkan bersama dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

GALERI
Bezza harga bezza Perodua Perodua Bezza Perodua Bezza (2020) Safee Sali Sedan Sedan Perodua Sedan Segmen-A
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026

    2 Comments

    1. Wan shuffle on 08/01/2020 21:12

      marah org yg baru beli Bezza past model.
      tup2 keluar Bezza versi baru

      Reply
    2. Daman Game Login on 24/08/2025 01:42

      Excited to see the facelifted Perodua Bezza! The new design looks fantastic, and the price is quite competitive at RM34k. Can’t wait to check it out in person!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.