• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!

Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!

August 27, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN dijual pada harga 3.69 juta rupee (RM86,200), Perodua Bezza masih mampu menjadi model sedan (bawah 1.0L) paling laris di Sri Lanka.

Mula dilancarkan pada Jun tahun ini, kini sudah 1,500 unit Bezza terjual di negara Asia Selatan itu, termasuk menduduki tempat teratas dalam kategori sedan bawah 1.0L terlaris di sana.

BACA >>> Perodua Bezza Masuk Sri Lanka, Harga Pasaran RM103k (Bersyukurlah)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Sri Lanka ialah pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua menerusi pengedar tempatan, Unimo Enterprises yang sudah menjual lebih 15,600 unit kenderaan jenama nasional itu sejak 1997.

“Perodua akan terus beri sokongan kepada pengedar luar Malaysia, selari dengan hasrat untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.

“Kami bekerja rapat dengan Unimo dalam menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka selain dapat berikan keyakinan penuh kepada pelanggan Sri Lanka yang kami hargai,” katanya lagi.

Bezza versi Sri Lanka cuma ada satu varian saja ditawarkan, iaitu enjin 998 cc VVT-i dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

RAKYAT SRI LANKA SUKA KELUASAN BEZZA

CEO dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises, Mahesh Gunathilake berkata, pembeli Sri Lanka sangat gemarkan Bezza dan Axia kerana model tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, reliabel, lasak dan cekap bahan api.

“Bezza berjaya memperkenalkan segmen sedan kompak dengan sukses di Sri Lanka, iaitu pasaran yang lama meminati kenderaan hatchback. Pelanggan kami sukakan rekabentuk, keselesaan dan ruang bagasi seluas 508 liter.

“Bezza dapat menempatkan lima orang dengan selesa, dan juga membawa bagasi mereka, sekali gus menjadikan ia sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga,” kata Mahesh lagi.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

Artikel Berkaitan

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, harga perodua bezza sri lanka, Mahesh Gunathilake, Perodua Bezza, perodua bezza sri lanka, Perodua Sri Lanka, Roda4, Sedan Mini, Sedan Segmen-A, Sri Lanka, Unimo Enterprises

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
    #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
  • WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
    WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
  • #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
    #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
  • Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?
    Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my