Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perhatian!!! Honda Panggil Balik HR-V (2016) untuk Tukar Bar Stabiliser Depan
Auto Terkini

Perhatian!!! Honda Panggil Balik HR-V (2016) untuk Tukar Bar Stabiliser Depan

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH anda pemilik atau mengenali mereka yang memiliki Honda HR-V tahun 2016? Jika ya, Honda Malaysia mengumumkan memanggil balik 2,814 unit HR-V tahun 2016 berikutan isu bar stabiliser depan yang berisiko
patah di bawah tekanan tinggi.

Menurut Honda Malaysia, kerosakan itu dikenal pasti akibat suhu tidak mencukupi semasa proses pembuatan yang kemudian mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kepada kerosakan pada tekanan tinggi. Disebabkan kerosakan bar stabiliser, roda boleh jadi tidak seimbang dan mengakibatkan ketidakstabilan ketika memandu.

BACA >>> Lamborghini Panggil Balik Aventador, Akui Memang Silap Mekanikal Punca Terbakar

Setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berhubung isu berkenaan.

PENUKARAN PERCUMA

Bar stabiliser depan akan digantikan dengan unit baharu secara percuma. Buat masa sekarang, Honda
Malaysia mempunyai 50 peratus stok bar stabiliser depan di seluruh negara, dan dijangka mencapai jumlah 100 peratus menjelang pertengahan November ini.

Pengumuman panggil balik itu adalah sebahagian langkah pencegahan dilancarkan Honda dalam usaha memastikan keselamatan pemilik HR-V. Honda turut menyatakan kekesalan atas kesulitan yang dihadapi semua pelanggan terlibat. Malah, pengeluar itu komited terhadap isu berkenaan, di mana langkah proaktif sedang diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan kerosakan atau kemalangan berlaku.

Berikut Langkah dan Prosedur Diambil:
  • Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang merangkumi butiran mengenai panggilan balik itu.
  • Pelanggan yang menerima surat tersebut dinasihatkan menghantar kenderaan ke pusat servis rasmi Honda terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian.
  • Semua kos untuk kerja penggantian ditanggung Honda Malaysia.
  • Pemilik diminta memeriksa status kenderaan sama ada melalui laman web Honda.com.my atau Productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2020.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Panggil Balik Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX

Pemilik yang menerima surat panggilan semula daripada Honda Malaysia digesa menggantikan bar stabiliser terjejas dengan kadar segera kerana kerosakan tersebut berpotensi mengakibatkan tayar pancit dan menjejaskan kestabilan pemanduan.

Honda HR-V Warna Merah
Honda HR-V Warna Merah
HR-V versi Malaysia
Auto Terkini Honda Honda HR-V Honda HR-V (2016) Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Panggil Balik Recall Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.