Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
Autotainment

Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

ZYBy ZY25/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Saga versi dipertingkat (facelift) terkini baru saja dilancar awal Ogos lalu nampaknya berjaya menambat hati ramai pembeli berdasarkan pencapaian 4,000 unit tempahan dalam masa dua minggu sahaja.

Rekabentuk luaran dan dalaman yang ditambah baik, kotak gear automatik konvensional menggantikan transmisi CVT, dan harga RM39,800 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) untuk varian Premium adalah antara resepi kenapa Saga (2019) begitu laris. Jika anda sedang berkira-kira mahu memiliki kereta baharu dalam bajet sama, memang tidak sukar untuk wakil jualan Proton mencadangkan sedan mini ini kepada anda.

BACA >>> Tak Sampai Dua Minggu, Tempahan Proton Saga (2019) Cecah 4,000 Unit!

Tapi tunggu dulu…

Anda juga boleh dapatkan Iriz Standard yang ditawarkan pada harga hampir sama, iaitu RM39,200 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Hatchback subkompak ini juga  dipacukan trenkuasa sama, Campro VVT 1.3L. Adakah model ini turut berbaloi buat anda?

Berikut perbandingan yang kami lakukan bagi mengenal pasti perbezaan kritikal dalam dua produk baharu Proton ini, antara Saga Premium dan Iriz Standard.


PROTON SAGA PREMIUM

Kenapa Patut Pilih?
  • Jika anda peminat sedan yang mahukan elemen sporty dengan ilham kereta sport antarabangsa.
  • Rim sport aloi 15 inci rekaan baharu – nampak cantik dan mewah.
  • Ruang but belakang lebih luas – sesuai mengisi bagasi famili kecil.
  • Kemasan dalaman lebih premium dan moden, ada unit infotainment jenis apung.
  • Ada kawalan multimedia pada stereng.
  • Unit infotainment skrin sentuh yang menyokong sambungan telefon pintar Android dan kamera undur.
  • Transmisi automatik konvensional – lebih senyap dan diyakini lebih lasak.
  • Ada cermin vaniti (sebalik visor matahari) untuk pemandu – sesuai untuk pemandu wanita.
  • Kualiti pembesar suara cemerlang.

BACA >>> #PanduUji: Lenjan Proton Saga (2019) Premium AT dari Subang ke Ipoh, Apa Cerita?

Kenapa Tidak Sesuai?
  • Jika anda bukan peminat sedan.
  • Lot parkir rumah atau pejabat tidak cukup panjang.
  • Tiada ventilator penyaman udara menghala ke kaki.
  • Stereng bantuan hidraulik rasa berat untuk kerja memarkir.
  • Ruang pemegang cawan pemandu dan penumpang depan sukar dicapai.
  • Tiada ruang simpanan Smart Tag untuk pemandu.

PROTON IRIZ STANDARD

Sekadar hiasan. Gambar Iriz Standard ada di bawah 🙂
Kenapa Patut Pilih?
  • Jika anda rasa kereta jenis hatchback sesuai dengan umur atau jiwa anda yang masih muda (walaupun mungkin sudah berusia).
  • Aras pemanduan lebih tinggi dan menegak, lebih mudah meninjau ke depan.
  • Saiz badan lebih kompak – sesuai menyelit ruang parkir.
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) rasa ringan ketika memarkir.
  • Ruang pemegang cawan lebih mudah dicapai dan ada 3 di tengah.
  • Pemanduan lebih lancar dalam kelajuan sederhana dan tinggi dengan kotak gear CVT.
  • Casis lebih kukuh dengan teknologi HPF (Hot Press Forming).
  • Ada ruang simpan Smart Tag sebelah pemandu.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

Kenapa Tidak Sesuai?
  • Jika anda rasa rekabentuk hatchback Iriz sudah ketinggalan zaman.
  • Rim sport aloi 14 inci satu tona nampak macam ketinggalan berbanding Saga.
  • Ruang dalaman rasa lebih suram, dengan kemasan hitam sepenuhnya.
  • Unit infotainment tanpa fungsi skrin sentuh dan tiada kamera undur.
  • Tiada kawalan multimedia pada stereng.
  • Cuma ada dua pembesar suara, iaitu di pintu depan.
  • Tiada cermin vaniti untuk pemandu – susah nak mekap?
  • Ruang but belakang sempit untuk bagasi famili, tetapi kerusi belakang boleh direbahkan.
  • Kurang yakin dengan kotak gear CVT buatan Proton – mungkin sebab pengalaman peribadi, dengar-dengar atau terbaca banyak cerita kurang enak di mana-mana.

KESIMPULAN

Keseluruhannya, ada banyak alasan kukuh untuk memilih Saga Premium berbanding Iriz Standard.

Namun, jika anda masih meminati Iriz, anda harus tahu varian Standard masih menerima ciri keselamatan seperti varian lebih tinggi. Ini tidak seperti Saga Standard yang diturunkan taraf ciri keselamatan.

Sebaliknya Iriz Standard masih mengekalkan sensor parkir depan dan belakang, dua beg udara (memang sudah wajib untuk semua kereta), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Pegun Cerun (HHA) dan Kawalan Traksi (TCS).

Paling boleh dipertimbangkan, Iriz mempunyai kelebihan casis yang lebih kukuh dengan teknologi HPF. Walaupun Saga juga tidak jauh ketinggalan dengan casis yang diperkuat, tetapi masih bukan teknologi HPF. Apa yang spesial pasal HPF? Hah, kenalah tonton dulu video di bawah ini.

APA YANG DUA-DUA VARIAN PUN TAK ADA?

Jika anda masih tertanya di manakah perbandingan stereng dan kerusi kulit, cermin sisi elektrik, penyandar kepala belakang boleh laras, sistem kunci pintar dan punat tekan muka (push-start) yang sering jadi ciri pelengkap sesebuah varian berstatus Premium, ketahuilah semua ciri disebutkan itu tidak dimiliki Saga Premium, dan juga Iriz Standard.

Anda perlu lihat kepada pesaing jika mahukan ciri-ciri sebegitu. Tetapi sudah tentu spesifikasi tersebut tidak dapat dimiliki pada harga sekitar (di bawah) RM40,000.

Akhir sekali, perbandingan ini cuma sebagai pengenalan dan panduan. Lebih elok berkunjung sendiri ke bilik pameran rasmi atau wakil jualan Proton terdekat. Lihatlah sendiri dan jangan malu hendak memandu uji sambil cuba perhatikan apa yang sudah disebut di atas. Mungkin ada beberapa perkara lain yang anda tidak suka. Apapun,  terpulang kepada anda.

autotainment iriz vs saga perbandingan proton 2019 Proton Iriz 2019 Proton Iriz Standard proton saga 2019 proton saga premium Roda4
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Nissan Skyline bakal kembali
Auto Terkini

Nissan Skyline Bakal Kembali!

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.