Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Audi Nuvolari 2027 – Supercar Hibrid Pertama Audi Berkuasa 1,001ps, Sepantas Lebih 349kmj
HEV

Audi Nuvolari 2027 – Supercar Hibrid Pertama Audi Berkuasa 1,001ps, Sepantas Lebih 349kmj

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Audi Nuvolori 2027

AUDI memperkenalkan Audi Nuvolari 2027, iaitu supercar pertama jenama itu yang menggunakan trenkuasa hibrid prestasi tinggi, yang juga kereta pengeluaran paling berkuasa dan paling pantas dalam sejarah Audi.

Dengan output kuasa sistem 736kW (1,001ps) dan kelajuan maksimum lebih 349kmj, Nuvolari dibangunkan menggunakan pelbagai teknologi yang diilhamkan daripada Formula Satu (F1).

Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027

Audi turut mengesahkan pengeluaran model ini dihadkan kepada 499 unit sahaja, dengan penghantaran bermula penggal pertama 2027.

Sempena Nama Legenda Perlumbaan

Audi Nuvolori 2027

Audi menamakan model itu sempena Tazio Nuvolari, iaitu antara tokoh paling terkenal dalam sejarah sukan permotoran.

Beliau dikenali kerana keberanian, kreativiti, dedikasi dan keazaman luar biasa untuk mencapai kemenangan.

Audi turut mendedahkan, prototaip pra-pengeluaran yang ditayangkan itu dibangunkan dalam tempoh sangat singkat hasil kerjasama rapat pasukan antarabangsa pengeluar itu.

Rekabentuk Pertama Berasaskan Falsafah Baharu Audi

Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027

Audi Nuvolari 2027 ialah model pengeluaran pertama yang mengikuti falsafah rekabentuk baharu Audi.

Rekabentuk menampilkan permukaan badan tegang, teknologi yang disepadu kemas dan aerodinamik pintar. Susun atur enjin tengah menghasilkan bentuk yang padu, pendirian kukuh dan penampilan agresif.

Antara ciri utama rekabentuk ialah:

  • Warna signatur baharu – Titanium
  • Warna yang turut digunakan pada Audi Concept C dan jentera F1 Audi
  • Elemen karbon yang menyerlahkan garis badan Nuvolari

Trenkuasa

Audi Nuvolori 2027

Audi Nuvolari 2027 menggunakan sistem hibrid prestasi tinggi dengan output 736kW (1,001ps) yang menggabungkan enjin V8 biturbo dan tiga motor elektrik axial flux.

Komponen utama sistem tersebut terdiri daripada:

  • Enjin 4.0L V8 biturbo
  • Output kuasa 800hp, dan tork 730Nm, dengan rev maksimum 10,000rpm
  • Tiga motor elektrik axial flux berkuasa 110kW (150ps) setiap satu
  • Bateri litium-ion kapasiti kasar 7.3kWj
  • Dwi-motor elektrik depan yang disejukkan minyak menghasilkan tork 2,150Nm
  • Motor elektrik ketiga dipasang antara enjin V8 dan transmisi

Prestasi dicapai pula:

  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 2.6 saat
  • Pecutan 0 – 200kmj sepantas 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum lebih 349kmj

Quattro Predictive Ride

Audi turut memperkenalkan sistem quattro predictive ride, iaitu evolusi baharu kepada teknologi pacuan semua roda quattro.

Sistem tersebut menggunakan model keadaan kenderaan yang sangat tepat dan sentiasa menerima data daripada pelbagai sensor bagi meramal kehilangan cengkaman sebelum berlaku.

Data dipantau termasuk:

  • Sudut stereng, pecutan, kadar olengan paksi menegak dan tahap cengkaman semasa

Apabila kehilangan cengkaman dijangka berlaku, sistem akan mengagihkan tork secara aktif, menstabilkan kenderaan melalui brek dan melaraskan aerodinamik secara bersepadu.

Mod pemanduan tersedia ialah:

  • E-Hybrid, Balanced, Dynamic dan Dynamic+

Bagi pemanduan lebih agresif, Track Mode menawarkan tetapan:

  • Wet, Dry, Race dan TC Off

Menurut Audi, sistem ini mampu mengekalkan tahap cengkaman dan kawalan tinggi walaupun ketika gelinciran tayar teruk, atas jalan basah atau bersalji serta dalam situasi cengkaman yang sentiasa berubah.

Audi Space Frame dengan Panel Karbon

Audi Nuvolori 2027

Struktur Audi Nuvolari 2027 dibangunkan dengan fokus terhadap pembinaan ringan dan ketegaran kilasan yang tinggi.

Buat kali pertama, Audi menggabungkan Audi Space Frame dengan panel luaran karbon, menghasilkan struktur ringan, tetapi sangat kukuh.

Ciri utama binaan adalah:

  • Hampir semua panel luaran dibuat daripada polimer diperkuat gentian karbon (CFRP)
  • Teknologi prepreg autoclave menggunakan tekanan dan suhu tinggi
  • Proses susunan karbon secara manual yang memerlukan ketelitian tinggi
  • Geometri kompleks seperti struktur panel pintu dan elemen saluran udara tersembunyi
  • Bahan tahan haba khas untuk kawasan suhu tinggi
  • Rim tempa dengan sistem kunci tengah buat kali pertama pada model pengeluaran Audi

Menurut Audi, semua komponen karbon tersebut dibangunkan menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada F1.

Aerodinamik Aktif Ilham F1

Audi Nuvolori 2027
Lakaran

Audi menggunakan sistem aerodinamik aktif bagi mengimbangi prestasi dan kecekapan mengikut situasi pemanduan.

Pemandu F1 Audi turut memberikan maklum balas sepanjang proses pembangunan bagi memperhalusi prestasi aerodinamik model tersebut. Ciri utama sistem aerodinamik ialah:

  • Saluran udara depan untuk penyejukan brek
  • Pengurusan haba enjin dan komponen hibrid
  • S duct yang meningkatkan kecekapan aerodinamik, menambah daya mendap (downforce) dan mengurangkan daya angkat

Elemen paling penting ialah sayap belakang adaptif yang beroperasi dalam tiga konfigurasi:

  • Closed, Low Downforce (LD) dan High Downforce (HD)

Dalam mod Dynamic, Dynamic+ dan Track, sayap belakang beroperasi automatik.

Ketika memecut di laluan lurus, sistem beralih ke mod LD, manakala ketika membrek dan mengambil selekoh, beralih pula kepada mod HD.

Nuvolari turut dilengkapi Drag Reduction System (DRS) yang boleh diaktifkan secara manual melalui butang pada stereng.

Menurut Audi, sistem aerodinamik itu mampu menjana lebih 400kg daya mendap bergantung situasi pemanduan.

Pengurusan Tenaga Ilham Sukan Permotoran

Sistem pengurusan tenaga Nuvolari dibangunkan berdasarkan konsep digunakan dalam dunia perlumbaan.

Sistem tersebut menguruskan hantaran kuasa dan pemulihan tenaga berterusan berdasarkan situasi pemanduan, tahap cengkaman dan input pemandu. Pemulihan tenaga berlaku ketika:

  • Kelajuan malar (coasting), membrek, beban separa dan ketika sistem kawalan cengkaman beroperasi

Ciri utama sistem itu melibatkan:

  • Nyah pecut elektrik sehingga 0.3 gram
  • Pengecasan semula bateri ketika nyah pecut
  • Fungsi Kawalan Luncurย untuk pecutan maksimum

Audi menjelaskan, seni bina bersepadu sistem itu membolehkan hantaran kuasa, agihan tork dan pemulihan tenaga beroperasi serentak.

Sistem Brek Audi Ceramic Pro

Audi Nuvolori 2027

Audi membangunkan sistem brek Nuvolari untuk memastikan prestasi maksimum dalam penggunaan ekstrem di jalan raya dan litar.

Sistem Brake-by-Wire (BBW) yang digunakan membolehkan agihan optimum antara pemulihan tenaga dan brek hidraulik sambil mengekalkan rasa pedal konsisten.

Spesifikasi utama sistem brek terdiri daripada:

  • Kaliper tetap 10-piston dan cakera brek 420mm x 40mm di depan
  • Kaliper 4-piston dan cakera brek 410mm x 32mm di belakang
  • Struktur gentian karbon panjang yang diilhamkan F1
  • Sistem penyejukan dalaman khas untuk cakera brek
  • Pelepasan haba meningkat sehingga 21 peratus
  • Kapasiti penyerapan tenaga sehingga 2.8MW

Dalam situasi tertentu, sebahagian besar nyah pecut boleh dilakukan sepenuhnya sistem elektrik sebelum brek hidraulik mengambil alih apabila diperlukan.

Menurut Audi, kapasiti penyerapan tenaga sehingga 2.8MW adalah setanding jentera F1 semasa.

Kabin Orientasi Pemandu

Audi Nuvolori 2027

Bahagian dalaman Audi Nuvolari 2027 dibangunkan dengan fokus sepenuhnya terhadap pengalaman pemanduan.

Semua kawalan utama dan elemen HMI ditempatkan dalam medan penglihatan pemandu bagi memastikan maklumat penting sentiasa mudah dicapai. Konsep warna kabin dibahagikan kepada dua zon:

  • Bahagian depan menggunakan tona gelap untuk membantu fokus pemandu
  • Bahagian belakang menggunakan warna Shadow Dune yang lebih cerah

Ciri lain diketengahkan ialah:

  • Frem paparan tengah daripada aluminium anod
  • Kerusi sport ringan dengan struktur gentian karbon
  • Ketegaran tinggi dan sokongan sisi lebih tepat
  • Kedudukan duduk ergonomik untuk respons lebih langsung daripada kenderaan dan jalan raya

Aksen warna sistem HMI pula diilhamkan daripada jentera Auto Union Type C yang terkenal dengan rekod kelajuan pada era perlumbaan 1930-an.

Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Audi Nuvolori 2027
Sketches
Audi Audi Nuvolari Audi Nuvolari 2027 Roda4 Supercar Hibrid
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.