Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengeluaran NEV BYD Cecah 5 Juta Unit, Rekod Pertama Dunia!
Auto Terkini

Pengeluaran NEV BYD Cecah 5 Juta Unit, Rekod Pertama Dunia!

Abang HirataBy Abang Hirata17/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BYD sebagai syarikat peneraju dalam pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan bateri kuasa mengeluarkan lima juta unit NEV dan mencatat rekod sebagai pengeluar kereta pertama dunia dengan jumlah tersebut.

Unit kelima juta NEV BYD ialah Denza N7 yang dikeluarkan pada 9 Ogos lalu. Denza ialah syarikat usahasama antara BYD Auto dan Mercedes-Benz Group yang menumpukan kepada kenderaan elektrik (EV) mewah.

Pencapaian BYD memang hebat, syarikat itu hanya mengambil masa 13 tahun untuk mendapatkan jualan NEV kesejuta. Dalam 18 bulan selepas itu, jualan NEV mencecah tiga juta unit dan tambahan sembilan bulan untuk jualan kelima juta.

Gelombang NEV kebelakangan ini menyaksikan prestasi jualan BYD berkembang pesat. Pada 2022, lebih 1.86 juta unit NEV BYD terjual dan gelombang itu berterusan pada 2023 dengan jualan setakat Julai mencecah 1.5 juta unit. Daripada jumlah itu, 92,469 unit disumbang pasaran antarabangsa yang melebihi jualan keseluruhan 2022.

Setakat Julai 2023, jualan NEV global BYD sudah melebihi 4.8 juta unit yang menjadi satu lagi bukti komitmen syarikat itu terhadap penyelesaian pengangkutan mampan.

BYD kini giat meluaskan perniagaan peringkat dunia sejak 2010 dengan memperkenalkan bas dan teksi NEV. Penyelesaian pengangkutan awam elektrik BYD ketika ini beroperasi lebih 400 bandar di lebih 70 negara.

Model NEV BYD pula boleh didapati di lebih 54 negara, dengan BYD Atto 3 diterima baik di Thailand, Israel dan Singapura.

BYD Atto 3 juga dijual di pasaran Malaysia, manakala model baharu BYD Dolphin dengan jarak pemanduan hingga 410km ditawarkan pada harga cukup menarik, RM100,530.

Sejak ditubuhkan pada 1995, BYD secara konsisten menghasilkan inovasi dan berada di barisan depan dalam kemajuan teknologi. Antaranya Bateri Bilah (Blade Battery), Sistem Super Hibrid DM-i, e-Platform 3.0, Teknologi CTB, e4 Platform dan Sistem Kawalan Badan Pintar DiSus.

Pencapaian itu mengukuhkan kedudukan BYD sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Pada 2022, BYD melabur lebih 20 bilion yuan (RM12.8 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan (P&P), iaitu 90.31 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Pada Julai 2023, BYD mengumumkan rancangan tiga fasiliti baharu di Brazil dan mengukuhkan kedudukan sebagai penggerak utama dalam industri. Setakat Julai 2023 dengan lebih 90,000 kakitangan P&P, BYD memfailkan lebih 40,000 paten dan lebih 28,000 paten diluluskan.

Auto Terkini BYD BYD Atto 3 BYD Auto BYD DENZA N7 Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.