Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!
Auto Terkini

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

Han OthmanBy Han Othman11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana jenama itu  Bridgestone POTENZA Sport yang dihasilkan dengan teknologi  canggih untuk prestasi jalanan terbaik.

Sesi uji pandu tayar Bridgestone POTENZA Sport atas trek sebenar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama rakan media tempatan awal bulan lalu memberikan pengalaman dunia sebenar  mengenai kecanggihan tayar tersebut.

Tayar Bridgestone POTENZA Sport menetapkan prestasi sport aras tinggi dan premium dengan kestabilan di selekoh dan jalan lurus cemerlang. Tayar ini menawarkan pemandu kawalan terbaik atas pemukaan jalan kering dan basah.

Sesi ujian tayar itu juga membolehkan kami menguji keupayaan dinamik Bridgestone POTENZA Sport secukupnya. Dengan cengkaman terbaik, tayar baharu ini membenarkan pemandu menikmati kawalan pengendalian yang tiada tandingan dalam pelbagi kondisi pemukaan jalan sama ada kering atau basah.

Ini memberikan pemandu ekstra keyakinan dan kemampuan untuk menguji jentera dipandu.

Dimuatkan teknologi baharu dan inovatif pada rekabentuk paten bunga, binaan dan kompaun tayar, Bridgestone POTENZA Sport meningkat kekuatan pada rekaan paten dengan menambah baik dan mempertingkat pembrekan dan rintangan lelasan.

Formula kompaun dipertingkat dengan teknologi campuran inovatif turut menambah baik prestasi pengendalian atas jalan kering dan basah. Bridgestone turut membangunkan prestasi hibrid baharu pada POTENZA Sport untuk memaksimum kestabilan pada halaju tinggi, memaksimum respons stereng pantas dan mengoptimum ringtangan olengan.

Dalam fasa rekabentuk dan pembangunan tayar, teknologi pembangunan tayar virtual memainkan peranan kritikal yang membolehkan Bridgestone membuat anggaran tepat prestasi tayar tanpa menghasilkannya secara fizikal untuk diuji.

Selain lebih mesra alam sekitar dengan mengurangkan jumla sumber diperlukan, metod ini juga memendekkan masa proses pembangunan dan mempercepatkan masa pengeluaran ke pasaran.

Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn Bhd, Michael Chung berkata, acara Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport adalah komitmen tinggi Bridgestone dalam memberikan prestasi tayar tanpa kompromi dan pemanduan menyeronokkan.

Menerusi acara ini, kami mensasarkan menunjukkan bagaimana POTENZA Sport menampilkan dedikasi kami untuk mengatasi batasan yang boleh di jalan raya,” katanya.

MENGENAI BRIDGESTONE POTENZA SPORT

Tayar Bridgestone POTENZA Sport ialah produk yang dibekalkan standard pada beberapa jenama kereta berprestij seperti  Maserati MC20 supercar, Lamborghini Huracán STO, BMW 8 series, dan banyak lagi.

Tayar ini terdapat dalam saiz 18 hingga 22 inci, dan boleh dibeli menerusi pengedar Bridgestone sah Maklumat lanjut mengenai tayar Bridgestone POTENZA Sport boleh layari www.bridgestonetyre.com.my.

BACA >>> Bridgestone Lancar Siri Tayar Berprestasi Potenza Sport (2021), Ada 16 Saiz Pilihan
BACA >>> Bridgestone Jadi Pembekal Tayar Rasmi Lamborghini Huracan STO

 

aksesori Bridgestone Potenza Sport Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Pandu uji Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport Tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

21/05/2026
Auto Terkini

Malaysia Terima ATR 72-600 ‘Business Class’ Pertama Di Dunia Milik Berjaya Air

21/05/2026
Puspakom lancar insurans dalam talian
Auto Terkini

Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

21/05/2026
Aksesori

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.