Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembeli Amerika Sudah Dapat Honda CR-V (2023), Harga Mula RM140.8k
Auto Terkini

Pembeli Amerika Sudah Dapat Honda CR-V (2023), Harga Mula RM140.8k

Abang HirataBy Abang Hirata14/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIPERKENALKAN pada Julai lalu, Honda CR-V (2023) akan mula dihantar kepada pengedar Honda di Amerika Syarikat (AS) bulan ini, bermula model turbo, manakala hibrid menyusul bulan depan, Oktober. AS menjadi pasaran penting buat CR-V yang mana SUV itu merupakan model Honda terlaris di sana sejak 2017.

Ada empat varian utama CR-V (2023) yang dijual pada harga bermula AS$31,110 (RM140,800) hingga AS$38,600 (RM174,700), tidak termasuk kos destinasi dan lain-lain.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)
BACA >>> Tak Nak Bayar ‘Clamp’, Pemandu Sedang Emosi Sanggup Rosakkan CR-V

Berikut senarai varian dan harga CR-V (2023) versi AS:

1. CR-V EX 2WD – AS$31,110 (RM140,800)
  • Dikuasakan enjin 1.5L VTEC Turbo dan transmisi automatik CVT yang ditala semula untuk lebih respons.
  • Kuasa 190hp @ 6,000 rpm dan tork 242.6Nm @ 1,700-5,000rpm. Julat tork 300rpm lebih awal berbanding model terdahulu.
  • Unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Butang fizikal untuk laras bunyi, manakala talaan dan struktur menu diringkaskan.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas.
  • Kluster instrumen semi-digital.
  • Kawalan penyaman udara automatik dwi-zon.
  • Bumbung bulan jenis gelungsur dengan satu sentuhan.
  • Cermin sisi dengan pemanas.
  • Lampu depan LED.
  • Rim 18 inci.
2. CR-V EX-L 2WD – AS$33,760 (RM152,800)

  • Trenkuasa sama seperti CR-V EX.
  • Kerusi kulit.
  • Unit infotainment 9 inci, punat laras bunyi, konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Pengecas telefon pintar wayarles Qi.
  • Sistem audio dengan lapan pembesar suara.
  • Kawalan Brek Halaju Rendah.
3. CR-V Sport 2WD – AS$32,450 (RM146,870)
  • Enjin 2.0L dengan sistem dua motor hibrid Honda generasi ke-4.
  • Output keseluruhan 204hp dan tork 334.8Nm.
  • Rekabentuk lebih bergaya dengan kemasan hitam kilat pada luaran, dengan muncung ekzos segiempat, manakala rim 18 inci Berlina Black.
  • Balutan kerusi eksklusif, manakala tombol gear dan stereng dibalut kulit.
4. CR-V Sport Touring AWD – AS$38,600 (RM174,700)

  • Varian paling premium.
  • Trenkuasa hibrid, pacuan semua roda masa nyata Real Time AWD.
  • Sistem audio premium Bose dengan 12 pembesar suara, teknologi Bose Centerpoint dan pemprosesan isyarat digital SurroundStage untuk kualiti bunyi tinggi buat semua penumpang.
  • Sistem navigasi berasaskan satelit Honda Satellite-Linked Navigation System dan sambungan Wi-Fi Hotspot.

Selain CR-V Sport Touring, semua varian CR-V (2023) ditawarkan dalam opsyen pacuan terbaharu Real Time AWD dengan Sistem Kawalan Pintar (Intelligent Control System, ICS) .

Sistem Real Time AWD lebih senyap dan mampu menghantar hingga 50 peratus tork enjin kepada roda belakang dan meningkatkan prestasi pengendalian selain menguruskan cengkaman dalam kondisi jalan licin. Sistem Kawalan Turun Curam (HDC) turut meningkatkan keupayaan off-road.

Pemandu disediakan tiga mod pandu: Normal, Econ dan mod baharu, Snow untuk kondisi pemanduan ketika cuaca salji. CR-V Sport dan Sport Touring diberikan tambahan mod Sport untuk pemanduan lebih menyeronokkan.

Membantu pemandu ialah sistem bantuan pemandu termaju Honda SENSING sebagai ciri standard dengan teknologi seperti Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS). Juga dilengkapkan peringatan kerusi belakang (RSR) supaya pemandu dapat memantau situasi penumpang sebelum keluar dari kereta dan peringatan tali pinggang keledar penumpang belakang.

CR-V (2023) dengan seragam samaran pernah ditemui dipandu uji di jalan raya Thailand yang memberikan bayangan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akan diperkenalkan di Asean. Bagaimanapun, tarikh sebenar belum dapat ditentukan kerana masih terlalu awal. Justeru selamat dianggarkan menjelang tahun depan yang biasanya dimulakan di Thailand.

BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid
BACA >>> Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!

Honda Honda CR-V Honda CR-V 2023 Honda CR-V AS Honda Satellite-Linked Navigation System Intelligent Control System (ICS) Real Time AWD Roda4 SUV SUV kompak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.