Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari…
Pandu Uji

#PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA H ini jarang (mungkin juga tidak pernah) dijadikan contoh perbandingan netizen ketika berbalas komen dalam status media sosial. Haval mungkin tidak selaris Honda, tetapi tidak juga harus dipandang sebelah mata. Kalau Honda, mungkin tidak perlu diperincikan lagi, tetapi kali ini saya mahu bersembang tentang Haval yang anda barangkali tiada klu.

Kalau tidak pernah dengar tentang Haval, selamat datang. Dan kalau pernah dengar – tahniah kerana peka mengenai pemain niche di pasaran automotif negara tercinta ini. Kali ini saya memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) – Haval H2.

BACA >>> Haval H2 CKD Kini di Malaysia – Enjin 1.5L Turbo, Tampil 2 Warna Baharu

Sebagai pesaing kepada Mazda CX-3 dan Honda HR-V, SUV ini bukan sekadar beri janji manis seperti ahli politik  menjelang pilihan raya, tetapi lebih daripada itu. Ini dibuktikan menerusi segudang ciri terkini bersama potongan harga jauh lebih rendah berbanding pesaing lain, sekali gus memenuhi kehendak pengguna tipikal Malaysia – mahu kereta mampu milik dengan bermacam-macam ciri terkini.

Inilah pertempuran Haval – jenama SUV nombor satu yang diakui sendiri di pasaran negara asalnya. Tahukah anda, Haval juga sudah meneroka pasaran luar selain Malaysia, seperti Australia, New Zealand, Korea, Kazakhstan dan lain-lain.

AURA EROPAH, SEGUDANG CIRI TERKINI

Haval H2 tiba di Malaysia dalam versi import (CBU) pada Mei 2016, disusuli versi pemasangan tempatan (CKD) pada penghujung tahun lalu. Kehadiran model dari China itu mendapat sambutan hangat, malah tempoh menunggu berlarutan hingga dua bulan.

Versi pandu uji diterima ini ialah Comfort Auto berwarna merah. Jika kita ketepikan seketika persepsi tentang jenama China sambil menutup logo Haval di gril depan dan but belakang, pasti ramai menganggap H2 ini sebuah SUV Eropah berdasarkan penggunaan banyak aksen krom, rim 18-inci dan lampu siang (DRL) LED.

BACA >>> Haval H2 Pencabar Baharu SUV Segmen-B di Malaysia

Duduk di belakang stereng, saya disambut gaya kabin sentuhan mewah seperti trim pintu lembut, termasuk konsol tengah dan papan pemuka yang juga selesa disentuh, lampu bacaan LED dan lampu ambien malam merah.

Kemasan roda stereng kemas, dan binaan setiap ceruk dalam kabin juga dihias kemas dan nampak solid semacam buatan Jepun atau Korea. Kalaulah dibawa sesiapa saja masuk ke dalam kabin sambil ditutup matanya, dan disorokkan pula lencana Haval, pasti dia akan meneka, kereta yang sedang dia duduk sekarang ini ialah model jenama Eropah sekian-sekian.

CIRI PREMIUM SERBA TERKINI

Faktor ergonomik juga pada tahap memuaskan, terima kasih pada kerusi elektrik boleh laras 6-tetapan di bahagian pemandu dengan stereng kuasa boleh laras teleskopik. H2 turut menawarkan banyak ciri lain seperti skrin sentuh 7-inci dengan sambungan Bluetooth, MP5, USB, dan auksiliari (AUX) yang dipadankan dengan sistem bunyi berkualiti.

Anda juga diberikan bumbung suria dengan kawalan tombol besar, kawalan jelajah, masukan tanpa kunci, kamera pandang belakang dan punat butang mula-henti. Satu lagi ciri khas (yang hanya ada pada SUV premium) ialah perkataan Haval berwarna merah yang akan dipancarkan ke jalan pada waktu malam ketika membuka pintu. Amboi…

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

Soal ruang, penumpang kerusi belakang mendapat ruang kaki mesra dewasa bersama ruang kepala dan but luas. Nisbah lipatan 60:40 kerusi belakang memberikan tambahan ruang kargo. Ada juga tayar ganti saiz penuh, cukup untuk pandu ke mana-mana dengan hati tenang.

SOFT TURBO, PELAYAR SEJATI LEBUH RAYA

Padanan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan memberikan kuasa 147hp @ 5,600rpm dan tork 210Nm @ 2,200-4,500rpm. Enjin memberikan respon baik dalam julat pertengahan, manakala transmisi cukup bagus untuk kegunaan dalam bandar.

Masih kurang kilasan tork rendah, manakala kesan turbo mengingatkan saya kepada kereta awal milenia. Haval perlu menambah baik kadar kesenyapan dalam kabin H2 untuk bersaing, tetapi  ini semua antara proses peningkatan berterusan dari semasa ke semasa.

Namun, tahap kesenyapan kabin masih boleh dimaafkan kerana gelekan tayar diredam baik. Agak kagum juga dengan pengendalian H2 yang lembut dan begitu patuh apabila menempuh selekoh tajam walaupun beroda besar. Kawalan badan seperti SUV lebih senior, dengan sudut olengan yang tidak sesuai dengan pemanduan agresif atau brek keras.


Dalam bahasa mudah, SUV ini lebih selesa dibawa dalam halaju lebuh raya bak pelayar sejati. Stereng kuasa elektrik (EPS) yang ringan dan diposisikan dengan baik memudahkan pemandu wanita memarkirkan kenderaan, apatah lagi memandu dalam kawasan bandar.

Selepas ratusan kilometer di lebuh raya dan bandar – sesetengahnya dengan dua penumpang dan bagasi – H2 ialah sahabat yang cukup menyenangkan dan selesa untuk kebanyakan orang. Sepanjang tiga hari memandu H2, penggunaan minyak agak impresif dengan rekod 8.0 liter per 100km.

BACA >>> HAVAL H9 dan H8 Kini Ditayang di Malaysia, Masuk Pasaran Tempatan Disember Ini?

Haval memiliki operasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan juga pelan besar. Ini bukan sekadar kata-kata, kerana saya sendiri pernah mengunjungi Pusat R&D Haval di Beijing, China.

H2 akan mara jauh ke depan seperti mana Hyundai dan Kia 20 tahun lalu. Ini kita bercakap secara relatif, dan itu bukan sesuatu yang mustahil dicapai. Lihatlah sendiri model-model Haval di Malaysia. Mungkin hari ini anda tidak mahu membeli H2, tetapi perlahan-lahan jenama itu akan memberikan nilai pasaran. Memang ada masa depan yang berbaloi ditunggu dan bakal mengubah pandangan skeptikal kita tentang kereta-kereta buatan China.

GALERI
China Haval Haval H2 Kenderaan Utitili Sukan (SUV) Pandu uji Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.