• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya - Haval H2 'RQ2174' (Untunglah No. Plat Cantik)

June 21, 2017 By Abang GYL 7 Comments

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

che ta dapat kereta H2AKTRES jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta membawa pulang Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.

Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

MELARAM KERETA BARU

Lebih bermakna, hadiah istimewa diterima pelakon kelahiran Alor Setar itu diberikan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Malah, Che Ta turut tidak menyangka diberikan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, 'RQ2174', bermaksud Rozita, yakni namanya sendiri.

Menurut Che Ta, 44, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

"Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan," kata ibu kepada tiga anak itu.

BACA >>> Haval H2 Pencabar Baharu SUV Segmen-C Di Malaysia

Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (7)
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (5)

HAVAL H2 MEMANG MENARIK

Mengulas mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini.

" Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, 6 beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

" Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain.

" Haval H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih," kata Che Ta lagi.

BACA >>> Haval H6 Coupe 2.0L Turbo & Haval H9 4x4 Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bermula RM115,000

GALERI

Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (1)
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (5)
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (3)
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (6)
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (7)
che ta dapat kereta H2
Che Ta Dapat Kereta Haval H2_PanduLaju (4)

Artikel Berkaitan

442
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Che Ta, harga kereta che ta, Haval H2, Kereta Baru Che Ta, Rozita Che Wan, RQ2174

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
    #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my