• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Haval H2 CKD Kini di Malaysia – Enjin 1.5L Turbo, Tampil 2 Warna Baharu

Haval H2 CKD Kini di Malaysia - Enjin 1.5L Turbo, Tampil 2 Warna Baharu

September 13, 2017 By Abang GYL 4 Comments

374
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GO Auto secara rasmi melancarkan Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan menampilkan rekaan rim dan tambahan warna baharu, iaitu Haval Blue bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red.

Buat masa ini, Haval H2 CKD hanya hadir dalam dua varian iaitu Comfort Auto dan Premium Auto, manakala versi Standard manual masih dalam perancangan.

HARGA

  • Haval H2 CKD Comfort Auto – RM98,950
  • Haval H2 CKD Premium Auto – RM101,950

* Harga termasuk insurans, GST dan cukai jalan.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 2,100 unit Haval H2 CKD hingga 2018.

Tambahnya, Haval H2 CKD sudah sedia ada di 14 bilik pameran pengedar Haval seluruh negara. Malah, Haval H2 juga berada dalam senarai model-model Haval yang akan dieksport ke Batam, Indonesia dan Kemboja.

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya - Haval H2 'RQ2174' (Untunglah No. Plat Cantik)

ENJIN KEKAL SAMA – 1.5L TURBO

Haval H2 CKD masih mengekalkan spesifikasi sama, iaitu enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, SUV itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200-4,500rpm.

Aspek rekaan luaran, Haval H2 CKD dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu siang (DRL) LED. Profil gril dengan kemasan krom yang ternganga luas menyerlahkan lagi imej agresif dan lasak.

Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama seperti versi CBU, seperti butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multi fungsi dan punat kawal roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

Ciri keselamatan pula mengetengahkan 6 beg udara, iaitu dua di depan, dua sisi dan dua tirai, yang disepadukan bersama sensor dan kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumkan kecederaan spinal.

BACA >>> Haval H6 Coupe 2.0L Turbo & Haval H9 4x4 Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bermula RM115,000

5 BINTANG C-NCAP


Haval H2 CKD turut mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan badan keselamatan China, C-NCAP.

Selain itu, Go Auto turut memperkenalkan pakej 'Jaminan Beli Balik' (Buy Back Guarantee) dengan menjamin harga 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna, HAVAL akan membeli semula Haval H2 anda pada harga 50 peratus nilai jualan jika pemilik menjual model itu dalam tempoh 5 tahun.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Haval H2 CKD boleh layari www.haval.my

GALERI

Haval H2 CKD_PanduLaju (4)
Haval H2 CKD_PanduLaju (2)
Haval H2 CKD_PanduLaju (1)
Haval H2 CKD_PanduLaju (3)
374
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Enjin Haval H2 CKD, Harga Haval H2 CBU, Harga Haval H2 CKD, Haval H2 CBU, Haval H2 CKD, Haval H2 CKD Malaysia, SUV Haval H2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my