Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HAVAL H9 dan H8 Kini Ditayang di Malaysia, Masuk Pasaran Tempatan Disember Ini?
Roda4

HAVAL H9 dan H8 Kini Ditayang di Malaysia, Masuk Pasaran Tempatan Disember Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAVAL Malaysia mempamerkan model H9 dan H8 sempena Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018 yang kini sedang berlangsung di Dewan C, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), sekali gus memberi isyarat mengenai kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut ke pasaran tempatan.

Namun, hanya model H9 akan di bawa masuk yang mana pelancaran SUV dengan 7 tempat duduk itu dijadualkan dirasmikan Disember ini. Bagaimanapun, spesifikasi penuh H9 versi Malaysia masih belum diputuskan. Apa yang pasti menurut HAVAL Malaysia, model itu akan dijual pada harga kompetitif.

H9 dibangunkan atas platform ladder frame dan dipadankan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan kuasa 160hp dan tork 324Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF.

BACA >>> Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

Di pasaran, H9 bakal bersaing dengan model SUV lain seperti Isuzu MU-X, Ford Everest dan Toyota Fortuner, manakalah harga anggaran bawah RM200,000. Ia ditawarkan dalam dua varian: Luxury dan Ultra.

Rupa luaran tampil dengan gril depan kemasan krom berkilat bersama pemijak sisi dan rek bumbung. Lampu belakang LED direka besar dan menegak, manakala lampu depan disepadukan bersama lampu siang (DRL) LED.

SUV buatan China itu memiliki dimensi panjang (4856mm), lebar (1926mm) dan tinggi (1900mm) serta jarak roda (2800mm) yang dipacukan dalam sistem pacuan empat roda (4WD) pintar elektrik (AUTO\2H\4H\4L).

REVIU – H9, H8 VERSI MALAYSIA AUTOSHOW 2018

Berdasarkan reviu di Malaysia Autoshow 2018 tadi, jelas dapat dilihat kualiti SUV itu sudah bertaraf global. Malah ketika melawat Beijing sebelum ini, kami sebenarnya terkejut dengan kualiti ditawarkan produk HAVAL di sana. Perbezaannya cukup ketara kalau hendak dibandingkan produk awal yang memasuki pasaran Malaysia.

Duduk dalam kabin, menerusi sentuhan dan pandangan, kami dapat melihat dan merasai penggunaan material lembut pada papan pemuka dan panel pintu, termasuk kemasan kulit upholsteri dan penggunaan komponen plastik solid. Malah getah pada frem pintu boleh dikatakan menyamai standard kereta Eropah.

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

Menarik tentang H9  ini ialah pemijak sisi atau running board yang akan keluar automatik apabila pintu dibuka. Kami tahu memang sukar mengikis pandangan skeptikal mengenai produk China, tetapi untuk lebih adil, kita perlu nantikan versi sebenar apabila model tersebut tiba di pasaran tempatan nanti. Selepas itu bolehlah kita nilaikan sekali lagi dan rasai perbezaannya.

HAVAL H8
HAVAL H9
4WD H8 H9 Haval Haval Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) MAEPS Malaysia Autoshow 2018 Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.