• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kempen ‘HAVAL REIMAGINE’ Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

Kempen 'HAVAL REIMAGINE' Beri Diskaun RM3k, Siap Boleh Menang Hadiah Tunai!

April 24, 2018 By Abang GYL 3 Comments

FacebookTwitter


MENARIK! HAVAL Malaysia melancarkan kempen 'HAVAL REIMAGINE' kepada pelanggan baharu dan pemilik HAVAL sedia ada yang berminat membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) H1 dan H2 dengan penjimatan berserta insurans percuma bernilai sehingga RM3,000.

Seiring kempen sedia ada yang sedang berlangsung sehingga 29 April ini di AEON Shah Alam, HAVAL turut mengadakan siri jelajah 'HAVAL ROCK The Town' yang akan mengembara seluruh negara dengan SUV HAVAL dalam usaha mendekatkan orang ramai dengan jenama tersebut.

Selain mengenali lebih dekat SUV HAVAL, orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan peraduan menarik dengan tawaran hadiah menarik untuk dimenangi.

BACA >>> Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

Ada tiga aktiviti dan peraduan utama boleh disertai anda dalam kempen HAVAL Reimagine ini, iaitu:

  • HAVALMovez


Pertandingan Street Dance bersama Haval yang terbuka kepada semua peserta dan peminat tarian sama ada secara individu atau berkumpulan dengan hadiah utama bernilai RM4,000 untuk dimenangi! Pertandingan ini bermula 28 April ini di AEON Shah Alam bermula jam 3 - 5:30 petang.

  • HAVALCarocks


Buat mereka yang suka menyanyi dalam kereta, rebutlah peluang ini dengan menyertai pertandingan Haval Carocks. Anda cuma perlu mengesan, kejar dan lontarkan bakat terpendam itu kepada  krew Catch Haval Hollerz yang akan tiba di kawasan anda dalam siri jelajah HAVAL Rock The Town nanti. Menangi hadiah tunai RM200 setiap bulan.

  • Catch the HAVAL Hollerz


Ini ialah pertandingan fotografi. Anda perlu mengambil gambar krew HAVAL di kawasan pit atau ketika mereka sedang bergerak untuk memenangi barangan eksklusif HAVAL.


JADUAL SIRI JELAJAH HAVAL ROCK THE TOWN

Berikut jadual siri jelajah HAVAL yang bermula jam 10 pagi - 5 petang

  • Sesi 1: 20 April 2018 - KLCC – Ampang Park – Avenue K
  • Sesi 2: 21 April 2018 - Masjid Jamek (LRT area) – Jalan Tar – Jalan Raja Laut – Kompleks Pertama Complex/ Sogo
  • Sesi 3: 28 April 2018 - Tasik Shah Alam – Seksyen 2 – AEON Shah Alam (Concourse) – dengan pertandingan tarian
  • Sesi 4: 29 April 2018 - Sek. 7 – Sek. 9 – AEON Shah Alam
  • Sesi 5: 4 Mei 2018 - Bangsar – Bukit Bandaraya – Jalan Dungun areas
  • Sesi 6: 5 Mei 2018 - Mutiara Damansara – Damansara Perdana – kawasan Kota Damansara
  • Sesi 7: 12 Mei 2018 - Bukit Jalil – Metro Point Plaza Kajang – akan disahkan kemudian

* Maklumat lanjut dan sebarang perubahan boleh layari laman microsite HAVAL.Reimagine


BUKAN TUNAI SAHAJA

Selain berpeluang memenangi hadiah wang tunai, pengunjung bertuah juga boleh berpeluang menyertai peraduan Catch the Money. Caranya mudah saja, anda perlu masuk ke dalam satu mesin tabung dan rebutlah wang tunai sebanyak yang boleh dalam tempoh masa ditetapkan.

Malah, aktor Adi Ashraf dan juga aktres Rozita Che Wan turut hadir memeriahkan lagi karnival tersebut. Memang menarik. Sudahlah dapat diskaun, boleh pula menang bermacam-macam hadiah. Sekarang dapat pula bergambar dengan selebriti kegemaran.

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya - Haval H2 'RQ2174' (Untunglah No. Plat Cantik)

Ingat, pastikan hadir ke Karnival Jualan Haval di AEON Shah Alam bermula 24-29 April ini dan jangan lupa ajak sekali keluarga, rakan atau saudara mara.


HAVAL H1

HAVAL H1 ialah SUV segmen-B dengan enjin petrol 4-silinder 1.5L VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm. SUV itu dibina berasaskan sistem pacuan roda depan (FWD) dan didatangkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan.

Haval H1 ditawarkan dalam 3 varian, iaitu:

  • Comfort (RM60,017)
  • Premium (RM65,852)
  • Elite (RM72,659) - dengan rekabentuk lebih sporty dengan ciri lampu depan halogen LED, lampu kabus LED

Ada 6 warna pilihan ditawarkan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan jingga. Senarai harga ialah atas jalan tanpa insurans. Setiap varian Haval H1 diberikan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan!

HAVAL H2

HAVAL H2 versi pemasangan tempatan (CKD) pula ditawarkan dalam 2 varian, iaitu:

  • Comfort (RM98,950)
  • Premium (RM101,950)

Kedua-dua varian menggunakan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo dengan transmisi automatik 6-kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200-4,500rpm.

Penampilan luaran HAVAL H2 CKD dipadankan lampu halogen dengan lampu siang (DRL) LED. Profil gril dengan kemasan krom yang ternganga luas menyerlahkan lagi imej agresif dan lasak. Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD sama seperti versi CBU.

Antara ciri itu ialah butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multifungsi dan punat kawalan di roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan infotainment, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adi Asyraff, Haval, HAVAL H1, Haval H2, Karnival Jualan HAVAL, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Rozita Che Wan, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my