Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe
Pandu Uji

#PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEHADIRAN Proton X70 menetapkan penanda aras baharu dalam kelas kenderaan utilit sukan (SUV) segmen-C di Malaysia. Bukan saja ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding pesaing terdekat, tetapi dipadankan segudang ciri keselamatan termaju. Nikmat apa lagi yang engkau dustakan wahai pembeli sekalian, berhentilah bersikap sinikal dan sekali sekala cubalah bersangka baik kepada Proton.

Walaupun sudah beberapa bulan di pasaran masih belum terlambat buat Proton menjemput wakil media automotif tempatan mencuba SUV itu di Pulau Langkawi, Kedah. Sayangnya, sesi pandu uji singkat itu tidak beri banyak ruang kepada saya untuk mengupas lebih mendalam.

LUARAN ACAH RANGE ROVER EVOQUE

Penampilan luaran X70 masih lagi menerapkan bentuk konvensional berkotak tetapi mudah diterima dan mudah pula dikemas kini untuk nampak lebih elegan. Ada juga kalangan netizen mendakwa sekali imbas SUV Proton ini nampak semacam Range Rover Evoque.

BACA >>> Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

Ini mungkin kerana rekaan pilar-C tirus yang membuatkan X70 seiras seperti Evoque. Kemasan badan tidaklah terlalu berlebihan, lebih bersih dengan sentuhan krom di beberapa bahagian. Perumah lampu kabus kelihatan agak lebar di bawah, membuatkan X70 tampak tegap dan melebar ke bawah, dengan memberi perspektif  profil rendah. Ini penting bagi sebuah model bertubuh tinggi.

KABIN ELEGAN DENGAN MATERIAL MEWAH

Apabila masuk ke dalam kabin, model Premium 2WD ini memberikan rasa mewah dengan kemasan kulit nappa pada kerusi dan panel pintu. Posisi konsol tengah yang tinggi membuatkan pemandu duduk sedikit rendah dan rasa padat dalam kabin.

Sentuhan ala aluminium untuk kemasan papan pemuka utama mungkin elok di mata pengguna lain, tetapi saya nampak sebaliknya, sedikit murah dan kasar. Mungkin kerana warnanya kusam,  tetapi bagusnya, ia tidak meninggalkan kesan cap jari. Panel pintu daripada plastik keras dengan sedikit sentuhan kulit.

BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70

Jika diamati, kualiti diketengahkan tidak begitu konsisten, ada sesetengah tempat menggunakan material mewah dan sebaliknya. Pendekatan digunakan, mix-and-match, dan inilah hasilnya apabila pengeluar cuba memenuhi kehendak pasaran mampu milik dengan cuba memenuhi cita rasa pelbagai pengguna.

Lebih menarik, fungsi kerusi boleh laras memberikan sudut pandang ideal buat saya dengan tinggi fizikal 158sm. Laras sudut dan capaian stereng membolehkan pemandu mendapat kedudukan terbaik tanpa mengganggu pandangan mata pada konsol tengah papan pemula.

Mudah untuk mendapatkan posisi ergonomik tepat. Dan selepas mendapatkan kedudukan selesa, semua butang yang ada pada papan pemuka mudah dicapai tanpa perlu menggerakkan badan atau bahu. Malah X70 lebih praktikal dengan ciri enam port USB, ada dua port di tepi konsol tengah, dan butan laras kerusi depan yang memudahkan penumpang belakang atau pemandu melaras kerusi penumpang depan untuk lebih ruang lapang.

Beralih duduk di belakang, keluasan yang ada cukup selesa, cuma ruang kepala sedikit terhad jika orang itu bertubuh tinggi apabila duduk di tengah. Di belakang konsol perehat lengan tersedia ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang dan di bawah tersedia dua lagi port USB.

BACA>>>Perodua Nakal Keluar Teaser SUV Baharu Menjelang Pelancaran Proton X70

Bawah but X70 dipenuhi tayar rizab, jadi ruang yang ada cuma bahagian atas. Kalau kerusi direbahkan, permukaan rata memudahkan pengguna memuatkan barangan panjang. Juga ada outlet kuasa 12v dan cangkuk khas untuk elak muata bergolek.

TIDAK SELINCAH CR-V TETAPI MASIH CUKUP

Proton X70 ditawarkan dalam pilihan enjin 1799cc DOHC TGDI berkuasa 184ps @ 5,500rpm dan 285Nm @ 1700-5500rpm) serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan. Dari segi kuasa, X70 sedikit lebih rendah berbanding CR-V, tetapi ada ekstra tork 40Nm.

Tetapi kuasa yang disalurkan ke roda tidaklah begitu punchy seperti model popular segmen-C itu. Enjin perlu mendaki hingga garis merah 6,000rpm untuk lebih responsif. Boleh dikatakan X70 sedap dipandu secara santai. Ketika cuba diasak mendaki sepanjang laluan Gunung Raya, ngauman kasar enjin boleh didengar jelas dari dalam kabin.

BACA>>>Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Bagaimanapun, kuasa enjin cukup banyak untuk beri pecutan, dan cukup cergas apabila diperlukan. Cuma nisbah berat stereng yang ringan kurang memberikan respons secara langsung. Jika anda masih belum puas hati dengan tetapan itu, X70 sebenarnya ada tetapan stereng mod Sport yang boleh diubah.

Jadi janganlah diimpikan pengendalian seperti model Proton lain kerana pengeluar nasional itu hanya terlibat dalam aspek kejuruteraan ketika menukar pemanduan kiri (LHD) ke kanan (RHD) dan bukan talaan enjin atau suspensi. Tetapan suspensi juga seperti SUV sedia ada di pasaran, masih belum ada talaan DNA tipikal Proton.

Menariknya, apabila duduk di belakang dan melalui jalan raya berselekoh Gunung Raya, olengan badan X70 tidak begitu terasa. Tetapan suspensi belakang boleh dikatakan sedikit keras. Jadi pergerakan badan SUV ini dikekang seminimum mungkin. Cuma pendapat saya, tetapan stereng masih boleh ditambah baik.

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz – Harga Bermula RM72k!

Satu perkara saya kagum tentang X70, Sistem Arahan Suara tidaklah sesukar mana untuk digunakan. Ia masih boleh beroperasi mudah walaupun bunyi persekitaran agak bingit. Tidak seperti sistem pada sesetengah model lain yang sedikit sensitif dan sukar mengesan slanga Inggeris versi tempatan.

Apa lagi yang anda mahu? Pada harga RM123,800, anda bukan saja dapat GKUI sebagai ciri standard, tetapi juga pemanduan semi autonomi menerusi teknologi ADAS dan 6 beg udara. Ini termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Hah, tepuk dada tanya selera! Memang bukan bishe bishe yobbbb!!! Nak apa lagi!

GALERI
proton x70
Pandu uji Proton Proton Boyue Proton X70 SUV SUV Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.