• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Pendedahan Kedua: ADAS - Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju

Pendedahan Kedua: ADAS - Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju

October 11, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

884
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAHANG pelancaran Proton X70 semakin terasa apabila model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu membuat pratonton khas kedua kepada pihak media, semalam. Apa yang menarik, lebih banyak maklumat dan spesifikasi didedahkan Proton buat tatapan rakyat Malaysia.

Antara didedahkan Proton ialah perincian varian seperti warna, material kerusi, termasuk aksesori, dan sistem infotainment yang memuatkan ciri pengecaman suara yang biasa dimuatkan pada model-model premium dan mewah seperti Volvo dan Mercedes-Benz. Semua itu sudah kami kongsikan dalam dua artikel sebelum ini (baca bawah):

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI - Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton Perincikan Varian, Warna dan Material X70

Perincian kali ini akan meringkaskan aspek keselamatan X70, dinamakan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdiri daripada pelbagai teknologi keselamatan moden dan terkini. Apa yang menarik tentang SUV pertama Proton itu?

ADAS - TEKNOLOGI KESELAMATAN MODEN

Empty marble stair and floor front of modern polygon design buildings.
3d underground abstract background
Proton X70 Dalaman_PanduLaju_Photo 3

Proton X70 didatangkan dengan segudang ciri keselamatan pasif, aktif dan termaju. Di China, model Boyue 1.8T mendapat rating tertinggi 5 bintang dalam ujian perlanggaran C-NCAP 2016 dengan 58.2 mata, iaitu skor tertinggi dalam kelas SUV di negara itu.

BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi - Tun M

Berikut senarai ciri keselamatan dimiliki X70:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan teknologi Bosch 9.1 terkini
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • 5 Sensor Kamera
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
  • Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) - pantau suhu dan tekanan angin tayar
  • Kamera 360º dan Sensor Parkir

SPESIFIKASI ENJIN X70

tayar proton x70
Foto Proton X70 SUV Malaysia_PanduLaju_PROTONSUVInterior-003
Foto Proton X70 SUV Malaysia_PanduLaju_PROTONSUVFrontRed

Proton X70 dijana enjin petrol turbo 1.8L TGDI berkuasa 181hp @ 5500rpm dan tork maksimum 285Nm @ 1,700-4,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan automatik. SUV itu turut disertakan 3 mod pemanduan: Normal, Eco dan Sport.

BACA >>> Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

Bagi setiap mod pemanduan yang dipilih latar meter akan berubah warna, iaitu biru untuk Normal, hijau (Eco) dan merah (Sport). X70 dibina berasaskan sistem casis tegap dengan aspek pemanduan dan pengendalian mendapat khidmat talaan Mira, iaitu firma kejuruteraan yang berpangkalan di Britain dengan suspensi multilink di belakang.

Artikel Berkaitan

884
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: enjin proton x70, enjin suv proton, harga suv proton, proton x70 malaysia, proton x70 suv proton, rahsia nama x70, suv malaysia, SUV Proton, suv proton x70

Comments

  1. Amran says

    October 13, 2018 at 7:12 AM

    Dpt lawan jualan myvi ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my