Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!
Pandu Uji

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

Han OthmanBy Han Othman16/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas model versi dipertingkat X70 1.5L TGDi (2022) dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam ke Desaru, Johor.

BACA >>> Proton X70 (2022) Facelift Lancar dengan Opsyen Trenkuasa dan AWD, Harga Mula RM93k!
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

Berikut sedikit fakta pantas mengenai X70:

  • Ini model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton hasil kerjasama dengan rakan strategik Geely Auto yang kali pertama dilancarkan pada penghujung 2018 sebagai unit import (CBU).
  • X70 versi pemasangan tempatan (CKD) diperkenalkan pada 2020.
  • Pada 2021 Proton memperkenalkan X70 edisi khas (SE) yang cuma dijual 2,000 unit sahaja dengan .

FAKTA X70 1.5L TGDi (2022)

  • X70 1.5L TGDi (2022) ialah model versi dipertingkat (facelift), dilancarkan Jun lalu dengan menampilkan penambahbaikan signifikan, iaitu opsyen trenkuasa baharu 1.5L TGDi, yang juga enjin sama digunakan SUV segmen-B, X50 Flagship.
  • Ada lima varian ditawarkan untuk model facelift ini, dan cuma satu varian menggunakan enjin 1.8L, manakala selebihnya enjin 1.5L TGDi, termasuk satu varian pacuan semua roda (AWD).
  • Walaupun menggunakan enjin sama dengan X50, tetapi enjin X70 baharu ini ditala khas, termasuk transmisi dikalibrasikan supaya sesuai dengan karakter SUV segmen-C tersebut yang menghasilkan output kuasa 174hp dan tork 255Nm.
  • Menurut Proton, pemilihan trenkuasa 1.5L dipilih berdasarkan permintaan pasaran yang mahukan enjin lebih efisien untuk pemanduan dalam bandar.
  • Buktinya, X70 facelift ini memberikan penjimatan 7 peratus lebih baik berbanding enjin 1.8L, termasuk kadar cukai jalan lebih rendah mengikut sesaran enjin.

X70 (2022) FACELIFT VS X70 LAMA?

  • Cuma satu varian enjin 1.8 TGDi dikekalkan, manakala empat varian lain, termasuk ospyen 4WD dijana enjin 1.5 TGDi.
  • Enjin 1.5 TGDi berkuasa 175hp @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500-4,000rpm , manakala 1.8 TGDi berkuasa 182hp @ 5,500rpm, dan tork 300Nm @ 1,750-4,000rpm.
  • Berat lebih ringan, iaitu:
    • 1,585kg – 1.5 TGDi Standard 2WD
    • 1,600kg – 1.5 TGDiExecitive 2WD
    • 1,650kg – 1.5 TGDi Executive AWD
    • 1,615kg – 1.5 TGDi Premium 2WD
    • 1,675kg – 1.8 TGdi Premium 2WD
  • Pelapik bumbung hitam, termasuk material dalaman pilar-A dan -B, sebaliknya X70 lama berwarna kuning cerah.
  • Rekaan rim sport baharu
  • Cermin sisi hitam, X70 lama sama warna seperti warna badan.
  • Kemasan bampar depan dan belakang baharu dengan aksen hitam kilat (glossy) untuk gaya lebih slik.
  • Cukai jalan lebih murah, RM90 (RM56 – Sabah dan Sarawak) untuk enjin 1.5L, manakala cukai jalan 1.8L, RM279.60 (RM223.68 – Sabah dan Sarawak).
  • Ada pilihan AWD, X70 lama cuma ditawarkan untuk model import (CBU) dan tiada untuk model CKD.

PANDU UJI SHAH ALAM-DESARU, JOHOR

Bagaimanakah pula pandu uji dilakukan? Adakah ada perbezaan ketara antara X70 dengan enjin 1.8L dan 1.5L TGDi?

SUKA
  • Luaran lebih sporty dan muda. Rekaan rim sport sangat cantik!
  • Fiil memandu tidak banyak berbeza dengan X70 versi 1.8L. Tidak terasa seperti memandu SUV dengan enjin 1.5L kerana tenaga diberikan sentiasa mencukupi dalam pelbagai kondisi pemanduan.
  • Jika pernah memandu X70 1.8TGDi, anda hampir tidak terasa perbezaan antara model lama dan baharu.
  • Kabin kekal luas dan selesa untuk dijadikan SUV peribadi dan famili.
  • Enjin cukup senyap walaupun luaran sedikit bising kerana menggunakan enjin 3-silinder.

  • Pelapik bumbung hitam memberikan ambien kabin lebih sporty dan kompak. Siling hitam juga dapat mengaburi kesan lapuk dan kotor, ini berita baik kepada pemandu berkeluarga yang ada anak kecil.
  • Mengekalkan karakter pemanduan eksekutif yang lebih santai dan relaks, tetapi masih berkuasa.
  • Cukai jalan lebih murah, cuma RM90 sahaja, berbanding RM200 untuk enjin 1,800cc.
  • Minyak lebih jimat.
KURANG SUKA
  • Talaan stereng dan suspensi kurang tajam yang jauh daripada DNA pengendalian Proton. Pengalaman di selekoh agak goyah.
  • Terasa sedikit kurang kuasa ketika memecut menggunakan mod Sport. Mungkin disebabkan berat.  Sebagai makluman, berat X70 1.5 TGDi adalah antara 1,575kg dan 1,615kg (1,675kg untuk varian 1.8 TGDi), sebaliknya berat X50 antara 1,325kg dan 1,370kg.
  • Masih bukan pilihan terbaik kepada mereka yang mahukan SUV tangkas.

BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k
BACA >>> #PanduUji: Kenapa Perempuan Pun Boleh Suka Proton X70?
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Pandu Uji Proton Pandu Uji Proton X70 1.5 TGDi Proton Proton X70 Proton X70 1.5 TGDi Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.