Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton e.MAS 7 2025 vs Jenama ‘X’ di Trek COE, Mana Lagi Mantap?
Pandu Uji

#PanduUji: Proton e.MAS 7 2025 vs Jenama ‘X’ di Trek COE, Mana Lagi Mantap?

SyafieBy Syafie25/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON baru-baru ini, mengadakan sesi pandu uji trek bersama rakan media tempatan untuk melihat kemampuan maksimum yang ada pada kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 2025 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebagai perbandingan, Proton turut menyediakan sebuah lagi SUV elektrik jenama pesaing (nama dirahsiakan) yang saya akan gelarkan sebagai jenama X. Mesti ada tertanya, X tu jenama apa? Sebagai klu, ini ialah jenama EV dari China dan sedia ada di pasaran Malaysia yang juga menjadi antara pesaing e.MAS 7 dalam kelas SUV elektrik segmen-C.

SUV elektrik Proton ini ditawarkan dalam dua varian, tetapi untuk sesi ini kami hanya memandu uji varian Premium sahaja. Sebagai perbandingan antara dua varian tersebut, sila baca pautan SINI.

Trek digunakan untuk pandu uji bertempat di fasiliti Proton Centre of Excellent (COE), Shah Alam. Berikut perincian mengenai litar digunakan:

  • Litar jenis separan kelajuan tinggi (semi high speed) bentuk bujur.
  • Ada dua laluan lurus dan dua selekoh miring 42º
  • Panjang litar 1,800 meter dengan tiga lorong
  • Had kelajuan
    • Lorong rendah: 60kmj
    • Lorong tengah 60-100kmj
    • Lorong tinggi: 100-130kmj

Ada empat jenis ujian dilakukan:

  • Ujian memandu dalam litar (dua pusingan)
  • Ujian selekoh dengan sistem keselamatan ADAS
  • Ujian ‘Staggered Gate‘
  • Ujian pecutan 0-100kmj

Pandu Uji dalam Trek (Dua Pusingan)

Pusingan pertama saya memandu Proton e.MAS 7 2025 dalam mod pemanduan dan pedal brek Comfort. Pemanduan mod ini rasa stabil walaupun berada pada lorong kedua litar dengan halaju 100-130kmj.

Namun selepas menukar mod pemanduan dan pedal brek kepada Sport pada pusingan kedua, perubahan agak ketara mula dirasakan dengan bunyi motor sedikit kuat, pikap lebih sensitif, dan kemampuan pecutan 0-100kmj yang lebih pantas.

Proton mendakwa kemampuan pecutan 0-100kmj SUV EV ini mampu mencapai kepantasan 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175kmj. Namun, apabila memandu dengan mod Sport, kelajuan dicapai cuma 152kmj di laluan lurus dan 120kmj ketika berada di lorong kedua selekoh miring.

Apa Menarik di Selekoh Tersebut?

Saya dapat merasakan pemanduan dinamik dan stabil walaupun posisi pemandu sedikit tinggi berbanding SUV jenama X. Ini dibantu Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang tidak terlalu sensitif walaupun kedudukan saya sedikit terkeluar dari lorong memandu.

Sebagai makluman, berat varian Premium ialah 1,765kg, iaitu 103kg lebih berat berbanding varian Prime (1,662kg).

Walaupun berat 1.7 tan saja, tetapi kereta ini mampu kekal stabil dan mudah dikawal ketika melalui selekoh miring, seakan memiliki berat lebih 2 tan.

Apa Perbezaan dengan SUV Jenama X?

Pandangan saya, jenama X mempunyai kawalan stereng lebih ringan yang membuatkan saya kurang yakin memandu pada halaju lebih 100kmj di selekoh miring. Malah, sistem keselamatan jenama pesaing ini juga terlalu sensitif hingga menyebabkan saya hampir hilang kawalan kerana brek keselamatan diaktifkan secara mengejut ketika melalui selekoh miring pada pusingan pertama.

Ujian Selekoh dengan Sistem Keselamatan ADAS

Selekoh dalam ujian ini pula tidak sama dengan selekoh miring kerana ini selekoh rata berbentuk semi bulatan dan ada halangan kon di hujung jalan.

Ujian kedua ini lebih menumpukan keupayaan kenderaan mengelak halangan di laluan berselekoh. Gambarannya, adakah anda masih ingat video tular sebuah Proton X50 yang sempat mengelak sebuah kereta di depan yang berhenti kecemasan di lebuh raya?

Ya, itulah antara ciri ADAS  yang ada, iaitu Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang berfungsi menghentikan kenderaan, atau bertindak mengelak ke lorong lain secara automatik.

Ketika melalui selekoh itu, saya memandu pada halaju 70-80kmj dengan stereng dipusing jam 10. Sebelum melalui halangan tersebut, bunyi amaran sudahpun aktif dan SUV EV ini pantas diperlahankan, manakala stereng dipusing automatik walaupun masih dipegang tangan.

Respons itu berlaku beberapa saat, dan sangat lancar tanpa membuatkan badan saya beralih kuat.

Berbeza SUV jenama X dalam situasi sama, sistem kenderaan itu seperti tidak berfungsi yang kemungkinan gagal mengesan situasi bahaya. Namun saya masih dapat mengelak halangan di depan dengan baik.

Ujian ‘Staggered Gate‘

Ujian ini ada persamaan dengan ujian bengkang bengkok (slalom test) yang menumpukan sepenuhnya kawalan stereng dan kemampuan suspensi kenderaan untuk bergerak kiri dan kanan secara agresif.

Ketepatan kawalan stereng dan suspensi model EV Proton ini nyata mengagumkan. Sistem suspensi walaupun tidak terlalu keras seperti jentera trek, dan tidak pula terlalu lembut, memberikan respons belokan yang baik dengan kesan olengan badan minimal.

Bentuk stereng Proton e.MAS 7 2025 sama saja seperti Geely E5 (foto atas kiri) yang tidak terlalu bulat dengan butang kawalan disusun minimalis pada kiri dan kanan stereng. Model ini menggunakan suspensi independan MacPherson di depan dan independan Multilink di belakang, manakala rim 19 inci dibalut tayar jenis GoodYear bersaiz 235/50.

Kualiti suspensi terbaik memberikan pemanduan yang lebih stabil buat Proton e.MAS 7 2025.

Ujian 0-100kmj

Sejujurnya, saya tidak dapat rasa perbezaan ketara antara Proton e.MAS 7 2025 dan jenama X. Seperti dalam ujian pertama, pecutan 0-100kmj EV ini hanya mengambil masa 6.9 saat, manakala jenama X pula 7.3 saat.

Atas kertas, beza masa cuma 0.4 saat saja. Mungkin itulah sebab saya tidak dapat merasakan perbezaan yang ketara antara kedua-dua model. Lagipun, bukan semua orang memandu EV seperti hendak berlumba drag.

Namun dari segi teknikal, Proton e.MAS 7 2025 ada kelebihan mod Sport yang tiada pada jenama X.

14 Ciri Tambahan Proton e.MAS 7 2025 Premium yang Tiada pada Varian Prime

  • Bateri 60.22kWh
  • Jarak pemanduan hingga 410km
  • Pengecasan DC 100kW
  • Rim 19 inci
  • Bumbung suria panoramik dengan visor matahari
  • But elektrik
  • Penutup gril aktif
  • Cermin pandang belakang automalap
  • Kerusi pemandu dengan fungsi memori
  • Tempat duduk penumpang depan boleh laras elektrik 4-tetapan dengan sistem ventilasi
  • Lampu ambien dengan 256 warna pilihan
  • Paparan dongak (HUD)
  • Sistem audio Flyme dengan 16-pembesar suara
Auto Terkini kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Pandu uji Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) Proton Proton Centre of Excellent (COE) Proton e.MAS 7 SUV elektrik segmen-C Test Track
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.