• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Apa Beza Proton e.MAS 7 Prime vs Premium

#TahukahAnda: Apa Beza Proton e.MAS 7 Prime vs Premium

October 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PRO-NET sudah mengumumkan harga anggaran untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV) Proton e.MAS 7 yang akan diperkenalkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.

Ada dua varian Proton e.MAS 7 akan diperkenalkan iaitu versi asas Prime dan varian teringgi Premium. Artikel ini akan memperincikan apa perbezaan antara kedua-dua varian tersebut.

HARGA

  • Seperti diketahui, hampir semua pengeluar atau pengedar rasmi sesuatu jenama kenderaan akan membuat hebahan harga permulaan untuk varian asas.
  • Ada kemungkinan harga anggaran RM120,000 yang diumumkan PRO-NET adalah untuk varian Proton e.MAS 7 Prime. Apapun, kita tunggu pengumuman harga rasmi nanti.

TRENKUASA

  • Tiada perbezaan trenkuasa elektrik antara varian Prime dan Premium. Kedua-dua dilengkapi unit motor tunggal dipanggil 12-in-1 electric drive system yang menawarkan kuasa maksimum 160kW dan tork 320Nm.
  • Daya pecutan ke 100kmj mengambil masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175kmj.
  • Sistem pacuan sama untuk Prime dan Premium iaitu pacuan roda hadapan (2WD).

PEK BATERI

  • Proton e.MAS 7 menggunakan pek bateri Aegis Short Blade Battery tetapi berbeza kapasiti mengikut varian iaitu:
    • Prime: 49.52kWh
    • Premium: 60.22kWh

MASA MENGECAS, JARAK PANDU

  • Prime menawarkan kapasiti pengecasan pantas (DC) 80kW dan 11kW untuk pengecasan standard (AC). Jarak pandu ialah 345km (kitaran WLTP)
    • Pengecasan DC: 20 minit dari 30 peratus ke 80 peratus (SoC).
    • Pengecasan AC: 4.9 jam untuk kadar sama.
  • Premium hadir dengan kapasiti pengecasan DC 100kW dan AC sama seperti Prime. Jarak pandu 410km (kitaran WLTP)
    • Pengecasan DC: sama seperti Prime
    • Pengecasan AC: 6.1 jam

UKURAN FIZIKAL, BERAT

  • Dimensi Prime dan Premium adalah sama iaitu panjang 4,615mm, lebar  1,901mm dan tinggi 1,670mm. Jarak roda 2,750mm.
  • Ada perbezaan berat disebabkan pek bateri yang menyaksikan Prime memiliki berat kasar 1,662kg manakala Premium seberat 1,765kg.
  • Kapasiti kargo belakang sama iaitu 461 liter dan boleh dikembangkan kepada 1,877 liter.

SISTEM SUSPENSI, RIM

  • Proton e.MAS 7 menggunakan suspensi McPherson (depan), multilink (belakang).
  • Rim aloi Prime bersaiz 18 inci dengan tayar jenama GiTi  berukuran 225/55.
  • Premium dipasang rim 19 inci berbalut tayar GoodYear 235/50.

LUARAN, DALAMAN

Model asas Prime nampaknya ada kekurangan beberapa ciri berbanding Premium dan ini termasuk:

  • Luaran - bumbung panoramik, pintu but berkuasa dan penutup grill aktif.
  • Dalaman - cermin pandang belakang auto-malap, kerusi penumpang depan kuasa elektrik, paparan dongak (HUD), radar hadapan dan pengudaraan serta cahaya ambien.
  • Audio - Prime hanya ada enam pembesar suara, Premium pula ada 16 pembesar suara.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apa beza Proton e.MAS 7, autoterkini, Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 7 Premium, Proton e.MAS 7 Prime, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev