Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Apa Rasa Redah Hujan dengan Pandu EV Porsche Taycan 4S?
Pandu Uji

#PanduUji: Apa Rasa Redah Hujan dengan Pandu EV Porsche Taycan 4S?

SyafieBy Syafie18/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Oktober lalu, Porsche Malaysia mengadakan konvoi kereta sport elektrik (EV), Porsche Taycan melibatkan tiga varian berbeza, iaitu dua unit Taycan (varian asas), satu unit Taycan 4S, dan satu unit Taycan 4S Cross Turismo.

Kumpulan saya terdiri daripada empat individu yang juga rakan media lain. Model dipandu kami sepanjang konvoi ialah Taycan 4S dengan jarak perjalanan dianggarkan 234km, bersamaan 2 jam 34 minit dengan empat perhentian (checkpoint) berbeza, iaitu di Shell Kampung, Temiang, Toruto Cafe, dan Shell HPC Temerloh untuk menukar pemandu sebelum ke destinasi utama di Gambang, Pahang.

Pengalaman pemanduan kali ini sedikit mencabar kerana kami terpaksa memandu dalam cuaca buruk dengan hujan lebat tanpa henti bermula dari The Saujana Hotel Kuala Lumpur hingga melepasi sempadan Maran, Pahang.

Bagaimanapun, ini juga jadi peluang menarik untuk menyaksikan sendiri kemampuan EV Porsche ini meredah laluan licin, berlopak, dan kawasan banjir. Ada tiga perkara utama yang membuatkan saya yakin memandu kereta sport EV ini walaupun kondisi jalan dan cuaca sangat teruk.

Suspensi

Porsche Taycan dilengkapi Suspensi Udara Adaptif (Adaptive Air Suspension) yang membantu pemandu mengharungi pelbagai kondisi permukaan jalan dengan mengubah ketinggian casis secara automatik atau manual. Terdapat juga ciri GPS Smart Lift yang boleh diakses dalam dua cara, iaitu menerusi paparan panel atau menggunakan Porsche Communication Manager yang terdapat pada unit infotainmen.

Kemudahan GPS Smart Lift ini membantu mengubah ketinggian casis kereta ini secara automatik ketika melalui jalan dipilih menerusi dua cara akses berkenaan. Berikut ketinggian setiap level casis tersedia:

  • Lift: Naik hingga 30mm
  • Normal: Ketinggian asal
  • Lowered: Turun 10mm
  • Low: Turun 22mm

Ketinggian asal Porsche Taycan 4S ialah 1,379mm pada level casis normal. Jadi apabila diubah pada level lift atau low, ia akan mempengaruhi ketinggian asal kereta ini.

Dalam konvoi ini, kami terpaksa meredah satu laluan banjir dengan paras air kira-kira separuh tayar kenderaan yang memberi peluang untuk kami mencuba teknologi suspensi EV ini. Hasilnya, kami dapat meneruskan perjalanan dan berjaya meredah laluan banjir tersebut tanpa sebarang masalah teknikal.

Mod Pemanduan

Ada empat pilihan mod pandu Porsche Taycan 4S, iaitu Range, Normal, Sport, dan Sport Plus. Sepanjang perjalanan dari KL ke Gambang, kami hanya mengaktifkan mod pandu Sport Plus bagi memastikan tahap pemanduan kekal berkualiti dan berprestasi tinggi.

Menurut Porsche sendiri, mod Sport Plus menjanjikan prestasi pemanduan maksimum dengan keseimbangan dari segi kelajuan dan aerodinamik kenderaan.

Walaupun tiada mod Wet untuk membantu meningkatkan kawalan kenderaan atas permukaan jalan basah dan licin, tetapi mod Sport Plus sudah cukup untuk meningkatkan keyakinan ketika memandu pada musim tengkujuh.

Berdasarkan pengalaman peribadi sendiri, ketika memandu dalam mod Sport Plus, kawalan stereng nyata lebih baik kerana tidak mudah terpusing atau hilang kawalan ketika melanggar permukaan jalan tidak rata seperti lopak air, dan juga tidak terlalu keras apabila memandu pada halaju 120-140kmj di selekoh tajam.

Tambahan ciri Porsche Electric Sport Sound pula menghasilkan bunyi seakan menandu model versi petrol.

Ciri lain seperti Bantuan Kekal Lorong (LKA) membantu meningkatkan keselamatan ketika memandu walaupun tahap penglihatan agak terbatas akibat hujan lebat. Pusingan dan kilasan stereng juga lebih lancar dan lembut berbanding EV lain dengan ciri LKA yang pernah saya pandu sebelum ini.

Tayar

Pemilihan tayar tidak boleh dipandang remeh, terutama ketika memandu model prestasi tinggi seperti Porsche Taycan 4S. EV Porsche ini menggunakan tayar Michelin Pilot Sport 4 245/45 dengan rim aloi 20 inci.

Tidak hairanlah pemanduan EV kali ini sangat baik dan lancar kerana menggunakan rim dan tayar bersaiz besar yang mampu meningkatkan lagi kestabilan ketika mengharungi pelbagai jenis kondisi jalan walaupun ketika hujan lebat.

Tayar ini menjanjikan pemanduan senyap menerusi teknologi Dynamic Response untuk cengkaman kuat dalam keadaan jalan basah, termasuk memberikan jarak membrek lebih baik. Malah, tayar ini juga direka lebih tahan lasak dan mampu memberikan perlindungan daripada kesan haba akibat perjalanan jarak jauh.

Lebih menarik lagi, rekabentuk corak bunga tayar ini diilhamkan daripada jentera lumba Formula E,  yang mana corak alur tayar mampu menyisihkan air dengan berkesan dari permukaan sentuhan, sekali gus mengurangkan risiko satah air (aquaplanning) dan memberikan keselamatan dalam apa jua keadaan cuaca.

Perincian Porsche Taycan 4S dengan ‘Performance Battery Plus’

  • Dimensi panjang 4,963mm, lebar 1,966mm, dan tinggi 1,379mm, manakala jarak roda 2,900mm.
  • Jarak pemanduan 20.9-17.8kWj per 100km, mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP)
  • Dikuasakan bateri voltan tinggi 800V
  • Kapasiti cas pantas (DC) 320kW dengan masa mengecas 10-80 peratus hanya 18 minit, manakala pengecas standard (AC) 0-100 peratus mengambil masa 11 jam.
  • Transmisi kelajuan tunggal pada gandar depan, dan transmisi 2-kelajuan pada gandar belakang.
  • Sistem pemanduan pacuan semuda roda (AWD) dengan Porsche Traction Management (PTM).
  • Output kuasa 380kW (517ps), manakala overboost dengan kawalan luncur mampu menghasilkan kuasa 440kW (598ps).
  • Tork maksimum 710Nm dengan kawalan luncur.
  • Kelajuan maksimum 250kmj , manakala pecutan 0-100kmj sepantas 3.7 saat.
  • Sistem brek cakera dengan kaliper monoblok 6-piston (depan), dan brek cakera dengan kaliper monoblok 4-piston (belakang).
  • Kapasiti but 407 liter, dan bonet depan 84 liter.
Auto Terkini Gambang Pahang Kenderaan Elektrik (EV) media drive Pandu uji Porsche Porsche Malaysia Porsche Taycan Porsche Taycan 4S Porsche Taycan 4S Cross Turismo
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.