Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PANDU UJI: Nissan Serena S-Hybrid Facelift (2014)
Auto Terkini

PANDU UJI: Nissan Serena S-Hybrid Facelift (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/11/2014
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1240441MASIH segar lagi dalam ingatan saya detik memandu Nissan Serena S-Hybrid  yang dipandu uji tidak sampai enam bulan lalu – rujuk ulasan pandu uji di SINI.

Belum sempat semua itu reda, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini tampil lagi mencetuskan ghairah khalayak pencinta kenderaan hibrid menerusi taruhan model MPV hibrid pertamanya, Nissan Serena S-Hybrid versi dipertingkatkan (facelift) dengan penampilan lebih versatil dan sporty.

Jika sebelum ini Serena S-Hybrid diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, ia sudah melangkah satu langkah ke hadapan apabila versi dipertingkatkan ini adalah model dipasang sepenuhnya (CKD) dari kilangnya di Serendah, Selangor.

Yang pasti, pelancaran model hibrid versi CKD adalah selaras dalam usaha merealisasikan visi kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam. Lebih membanggakan, model MPV hibrid ini adalah Serena S-Hybrid pertama yang dipasang di luar Jepun.

02_SSH_Launch_VIPsSudah pun dilancarkan secara rasmi pada 4 November lalu, ETCM turut mengundang wakil media dalam satu sesi pandu uji ke Melaka sejurus majlis pelancaran.

Nissan Serena S-Hybrid facelift itu hadir dalam dua varian iaitu Highway Star dan Premium Highway Star yang sarat dengan inovasi, ruang fleksibel dan penjimatan bahan api yang mendahului kelasnya.

Sesuai dengan popularitinya dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga, Serena S-Hybrid baharu telah menjalani proses gayaan semula pada bahagian luaran dan dalamannya agar tampil lebih bergaya dan dinamik.

LUARAN – Lebih segar

Dari aspek luaran, ia menerima suntikan lebih segar menerusi penggunaan lampu utama LED selain kehadiran gril hadapan tiga dimensi. Begitu juga pada ruangan belakang dengan kehadiran lampu LED yang lebih segar. Lebih tampak garang, ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16 inci.

Berbanding model versi CBU, antara ciri-ciri baharu ditampilkan adalah gril hadapan krom tiga dimensi yang direka semula, lampu utama LED dengan lampu signatur LED, bampar depan bersama lampu kabus dan rekaan bonet dan fender baharu. Tayar gantian kini diletakkan pada bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan kini ditawarkan sebagai satu ciri standard.

P1240425P1240431    P1240432

P1240414

P1240443  P1240442  P1240418  P1240362Melihat pada bahagian belakang, lampu kombinasi LED digayakan dengan garis berbentuk S yang bergaya. Ia bukan sahaja meningkatkan pandangan bagi pemandu yang menghampiri dari belakang, tetapi juga menambah sentuhan elegan pada gaya luarannya.

Cuma, saya kurang berkenan pada bahagian belakang yang berbentuk kotak dan kurang menarik perhatian. Seperkara lagi, alangkah baiknya sekiranya pintu belakang boleh dilaras secara automatik dan ia mungkin menjadikan MPV ini lebih menarik.

DALAMAN- 14 konfigurasi tempat duduk

Ruangan dalaman juga masih kekal luas dan tampak premium. Operasi pembukaan dan penutupan boleh dilakukan menerusi kunci i-key dan butang yang boleh didapati pada papan pemuka di bahagian pemandu.

Untuk masuk dan keluar juga mudah dengan kehadiran pintu gelongsor berkuasa pada kedua-dua belah sisi. Dengan hanya satu sentuhan pada hendal pintu, ia mudah untuk membuka dan menutup. Ia menawarkan pembukaan terbesar dalam kategori kelasnya: selebar 802mm dan tinggi 1,308mm.

Pada masa sama, ia mampu menempatkan sehingga lapan orang selain menawarkan 14 konfigurasi – iya tu, bukan salah typho – 14 konfigurasi tempat duduk yang berbeza.mBermakna, kedudukan kerusi boleh diubah menerusi tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) yang boleh ditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan.

 

01 SSH_Interior_New Seat Design

13 Seat Configuration_Family Shopping Mode  12 Seat Configuration_Family of 4 Picnic Mode  11 Seat Configuration_4 Seater with Outdoor Activities Mode  10 Seat Configuration_Extra Long Compartment Mode

09 Seat Configuration_Couple Adventuring Mode  08 Seat Configuration_Family of 6 Mode  07 Seat Configuration_Parenting Fun Mode  06 Seat Configuration_2-2-2 Seat Mode

05 Seat Configuration_Back Row Playground Mode  04 Seat Configuration_Couple Resting Seat  03 Seat Configuration_Twin Seat with Easy Entry Mode  02 Seat Configuration_WAlk Through Mode

01 Seat Configuration_14 Configuration-001    01 Seat Configuration_14 ConfigurationBagi varian Premium Highway Star pula, ia menerima beberapa elemen tambahan berbanding varian Highway Star. Antaranya, panel LCD bersaiz 10,1 inci, paparan skrin 6.5 inci bersama navigasi, kamera undur, pemain DVD, tempat duduk dibaluti kulit dan banyak lagi.

P1200191P1200194    P1200253

P1200252    P1200198

Bagi varian Premium Highway Star, spoiler bumbung dan visor pintu ditambah untuk meningkatkan elemen sporty selain dilengkapi dengan V-Kool Elite Security, Armorcoat dan Solar Gard.

PRESTASI – Enjin kekal

Masih mengekalkan nadi sedia ada, Serena S-Hybrid dipacu dengan enjin MR20DD 2.0L 4-silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable-Valve Timing Control).

P1200172Hasil padanan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC), ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 145hp@5,600rpm dan tork pada takat 210Nm@4,400rpm.

Bagi penghasilan sumber kuasa yang mencukupi, model ini turut dibantu dengan Motor Elektrik ECO bagi proses janaan semula tenaga. ECO Motor turut dipadankan bersama satu bateri tambahan untuk meningkatkan lagi kapasiti penyimpanan tenaga.

PEMANDUAN

Sepanjang pandu uji ke Melaka, saya tidak berasa susah untuk mengendalinya terutama ketika memandu dalam keadaan santai. Namun, enjin agak mengaum sekiranya pedal ditekan secara agresif. Maklumlah, guna kotak gear CVT.

Orang kata kalau bawa MPV, tak sesuai bawa laju dan mesti dibawa dalam keadaan santai, baru ada feel. Tambah-tambah bawa kereta hybrid. Bagi saya, kalau dah masuk lebuh raya, pasti anda akan tekan pedal semaksimum yang boleh. Nasihat saya, pandu laju boleh, tapi jangan stres!

SSH MediaDrive_11Untuk makluman, kelajuan maksimum Serena S-Hybrid adalah sekitar 180kmj. Ia adalah catatan yang diperolehi ketika menuju ke Melaka. Apa yang dapat rasa, ia terasa agak goyang apabila memandu pada kelajuan tinggi. Begitu juga ketika mengambil selekoh.

Namun jika memandu dalam keadaan santai, anda akan terasa nikmat seakan berada di dalam kenderaan mewah. Ala, feel macam bos! Seronok bukan? Walau bagaimana, saya masih berpuas hati dengan model terbaharu ini.

KESIMPULAN

Harga? Varian Highway Star dijual pada harga RM139,800 (murah hampir RM10,000 berbanding versi CBU) manakala RM149,500 bagi Premium Highway Star.Serena S-Hybrid facelift hadir bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km perbatuan.

Secara peribadinya, saya tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang mengendalikan MPV ini. Jika rekabentuknya lebih mantap, mungkin ia lebih menjadi kegemaran orang ramai untuk memilikinya. Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mahukan keselesaan, Nissan Serena S-Hyibrid mungkin dijadikan pilihan.

SPESIFIKASI

ENJIN MR20DD 2.0L 4-silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC
KUASA MAKSIMUM 145hp@5,600rpm
TORK MAKSIMUM 210Nm@4,400rpm
RODA 195/60 R16
CIRI 2 Beg udara, ABS, EBD, VDS, HSA, BA dan ISOFIX
HARGA RM139,800 (Highway Star), RM149,500 (Premium Highway Star)

Nissan Serena S-Hybrid CBU Nissan Serena S-Hybrid CKD Nissan Serena S-Hybrid facelift Nissan Serena S-Hybrid Highway Star Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star Pandu uji nissan serena s-hybrid
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.