Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Mitsubishi Triton VGT Adventure (2015)
Pandu Uji

PANDU UJI: Mitsubishi Triton VGT Adventure (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/20151 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

SEGMEN trak pikap masa kini dilihat sudah menjangkaui ke peringkat yang jauh maju berbanding terdahulu. Baik dari segi paras rupa mahupun teknologi.

Jika dahulu pengeluar automobil selesa dengan wajah ‘kotak’ yang tipikal dengan segmen pikap, kini ia sudah tampil dengan pendirian berani berbeza.

Malah ada pengeluar yang berani mengadaptasi ‘trademark’ gril pada model kereta untuk digunakan pada pikap. Hasilnya jentera itu tampil dengan rekabentuk yang bukan saja sporty dan maskulin, malah menyerlahkan imej gaya hidup.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

Begitu juga trak pikap yang saya pandu uji kali ini, Walaupun sudah hampir 37 tahun berada di pasaran, ia masih kekal relevan dan diminati ramai. Lebih membanggakan, ia terus ‘mengganas’ untuk memastikan yang terbaik jika dibandingkan dengan pesaingnya lain.

Model yang saya maksudkan adalah Mitsubishi Triton generasi ke-5 yang baru saja dilancarkan pada pertengahan tahun lalu. Triton yang dipandu uji saya kali ini adalah VGT Adventure, yakni varian paling premium.

HARGA: (Termasuk insurans dan GST)

  • Mitsubishi Triton VGT Adventure (Auto) – RM111,600

LUARAN:

Tegap, bergaya dan rekabentuk dinamik adalah antara karakter utama Triton. Gril 3D yang tersenyum luas sambil diapit lampu LED nyalaan siang di kiri dan kanan membuatkan sesiapa saja menyangka ia sebuah SUV versi mewah.

Dilihat daripada sudut profil, Triton serba baharu memiliki rekabentuk arus ke hadapan dan `garisan J’ di antara kabin dan dek belakang. Tambah menarik, ia kemudian dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

DALAMAN:

Memasuki ruang dalaman trak pikap baharu ini bagaikan berada di model sedan premium. Apa yang saya maksudkan adalah sistem kemasukan tanpa kunci, Kawalan Suhu Dua Zon dan pedal anjakan.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

Salah satu ciri menjadi tarikan adalah ruangan hiburan dengan sistem audio sesentuh bersama kamera undur. Memulas tombol volum pada tahap lima sudah cukup mendentumkan keseluruhan kabin pikap ini. Sekarang, pencinta off-road tiada alasan lagi ke kedai aksesori menukar pemain audio mereka kerana set standard yang diberikan sudah mampu menenggelamkan bunyi unggas di luar.

PRESTASI:

Terbenam di dasar perut Triton baharu ini adalah enjin 2.5L 4-silinder dengan Variable Geometry Turbocharger (VGT) bersama intercooled.

Untuk makluman, ia masih mengekalkan enjin sama seperti model terdahulu tetapi ditambah baik untuk menawarkan prestasi tinggi selain penjimatan bahan api.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

Enjin berteknologi maju Doyble Overhead Cam (DOHC) turbodiesel 16 injap bersama sistem common-rail ini mampu menhasilkan kuasa sehingga 176hp pada 4,000rpm dan tork 400Nm (2,000rpm), iaitu penambahan 50Nm berbanding model sebelum ini.

Butang kawalan pacuan empat roda (4WD) dan dua roda (2WD) digabungkan bersama sistem Easy Select 4WD Mitsubishi terletak di sebelah gear.

KESELAMATAN:

Sama seperti model Mitsubishi lain, aspek keselamatan tidak dilupakan. Trition yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand ini memiliki binaan badan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) Mitsubishi yang menggunakan besi tensil kuat dan berkesan menyerap serta melepaskan tenaga sekiranya berlaku pelanggaran.

Antara ciri keselamatan lain turut disematkan adalah seperti dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan ISOFIX.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.comPANDU UJI:

Sepanjang tempoh pandu uji selama seminggu, prestasi enjin menguja dan meyakinkan. Tidak perlu berkerut dahi apabila berdepan sebarang halangan jalan kerana anda cuma perlu memulas stereng ke arah haluan dituju dan menekan pedal minyak secukupnya. Pasti dapat menempuhnya.

Lagi satu, hati-hati menekan pedal minyak ketika keluar simpang atau berhenti di lampu isyarat kerana tayar Triton mudah saja berpusing ligat seperti kereta lumba. Bimbang terbang semangat pakcik dan makcik di sebelah.

Saat melenjan melalui laluan off-road, pikap ini benar-benar teruji. Pengalamannya tidaklah terlalu tenang seperti menikmati percutian atas kapal layar dan tidaklah pula bergolak seperti menunggang kuda ekuestrian.

Segalanya sederhana saja. Jika terlanggar bonggol tinggi atau lopak dalam, terasa hentakan keras  dan rakan sebelah perlu siap sedia memaut pemegang di bingkai pintu.

Mitsubishi Triton - Pandulaju.com

Di atas jalan raya biasa, Triton memang luar biasa, tetapi bagi pencinta off-road, talaan suspensi ditawarkan pikap ini pada tahap ‘biasa’ saja.

Selepas memandu uji pikap ini, saya berpendapat ciri-ciri diketengahkan Mitsubishi kali ini adalah terbaik yang sentiasa memahami kehendak pengguna masa kini.

Namun harus ingat, ia perlu bersaing hebat dengan jenama lain yang mungkin jauh lebih hebat. Sama ada anda bersetuju atau tidak, saya syorkan anda semua pandu uji terlebih dahulu.

Mitsubishi Triton 2015 Mitsubishi triton VGT Adventure Pandu uji Test Drive
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    By Abang Hirata18/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.