• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Hyundai Elantra FL 1.6 Elegance Facelift (2015)

PANDU UJI: Hyundai Elantra FL 1.6 Elegance Facelift (2015)

May 15, 2015 By Admin Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Hyundai Elantra Fecelift - Pandulaju.comMAHU memiliki kereta segmen C pada harga segmen B? Jika ya, Hyundai Elantra FL 1.6 Elegance versi dipertingkat (facelift) adalah pilihan terbaik anda.

Baru saja diperkenalkan Mac lalu, Elantra facelift ini menerima penambahbaikan yang bukan saja melibatkan kosmetik, malahan ruangan dalaman turut dipertingkatkan.

HARGA: (termasuk insurans dan GST)

  • Elantra FL 1.6 Elegance: RM90,965.74

Saya diberi peluang untuk memandu uji model berkenaan baru-baru ini untuk lebih mendalami spesifikasi dan perubahan yang diterima. Sudah pasti kampung halaman menjadi destinasi pilihan saya bagi menguji jentera ini. Bukan saja dapat pandu uji, malah dapat menjenguk keluarga di kampung.

Diakui model yang saya bawa ke kampung tempoh hari (nak menjunjuk la tu) bukan kereta baru. Namun keajaiban Elantra ialah walaupun sudah lama dalam pasaran, ia masih mencuit perasaan sesiapa yang melihatnya.

Tidak hairan jika Elantra masih mempesonakan kerana kereta buatan Korea Selatan ini telah menerima lebih daripada 40 anugerah di peringkat antarabangsa dan tempatan sejak diperkenalkan di pasaran global pada 2011.

Hyundai Elantra Fecelift - Pandulaju.comLUARAN

Berbanding versi terdahulu, Elantra facelift adalah 20mm (4,550mm) lebih panjang tetapi masih mengekalkan saiz jarak roda. Jika diperhatikan secara teliti, rekabentuk Elantra seakan sama dengan abangnya iaitu model Sonata. Cuma saiznya lebih kecil.

Sama seperti model Sonata, Elantra mengetengahkan falsafah Arca Bendalir (Fluidic Scuplture) menerusi garisan dinamik dan sofistikated pada rekabentuknya.

Konsep rekabentuk ini dinamakan Kraf Angin (Wind Craft), di mana ia secara leteral merujuk kepada sebentuk arca yang diukir daripada angin.

Untuk tampak lebih sporty, Elantra facelift hadir bersama bampar hadapan rekaan baharu. Begitu juga dengan gril dan lampu belakang menyerlahkan lagi imejnya.

DALAMAN

Material keseluruhan kabin sememangnya berkualiti dengan rekaan ergonomik. Tiada apa yang kurang dan mampu saya katakan kerana hampir segalanya kelihatan sempurna.

Antara penambahbaikan pada ruangan dalaman adalah tombol gear Transmission Gear Shift (TGS) baharu, corong penghawa dingin penumpang belakang dan kawalan jelajah stereng.

Namun, pencahayaan warna biru menghiasi segala butang pula tidak begitu memberangsangkan terutama memandu pada waktu malam. Sepatutnya setiap butang kawalan di papan pemuka perlu digabungkan dengan warna lain supaya memudahkan pemandu mengawalnya.Hyundai Elantra Fecelift - Pandulaju.com

PRESTASI

Walaupun menerima penambahbaikan luaran dan dalaman, ruangan prestasi tidak mengalami sebarang perubahan. Ia dijana enjin 1.6L Gamma MPI D-CVVT yang menawarkan kuasa 128hp pada 6,300rpm dan tork 157Nm (4,850rpm).

Sepanjang sesi pandu uji, boleh dikatakan tahap kesenyapan kabin begitu mengagumkan walaupun ketika memandu laju.

Di laluan lurus, jentera ini tidak menghadapi banyak masalah untuk menerkam ke hadapan. Untuk mencapai kelajuan 160kmj, ia langsung tidak menjadi halangan kerana ia mampu mencapainya tanpa bekerja keras terutamanya ketika ingin memotong kenderaan lain.

Tindak balas enjin cukup responsif. Anjakan pantas gear membuatkan jentera ini mampu melakukan apa saja yang diperlukan.

Hyundai Elantra Fecelift - Pandulaju.comDi sebalik pecutan dihasilkan, sistem suspensi menjalankan tugas dengan baik. Ia tercetus hasil bantuan suspensi McPherson pada bahagian hadapan dan Coupled Torsion Beam Axle pada bahagian belakang.

Secara peribadi, model ini boleh dijadikan pilihan sekiranya anda mempunyai bajet di bawah RM90,000. Memandangkan kebanyakkan harga kereta segmen C di atas RM90,000, maka ini adalah peluang anda untuk memilik Hyundai Elantra facelift ini pada harga segmen B.

Bagi anda yang ingin lihat dengan lebih dekat lagi, apa kata serbu pusat pameran Hyundai seluruh negara. Jangan lupa pandu uji sekali, kalau tidak sia-sia saja pergi.

SPESIFIKASI:

HYUNDAI ELANTRA FL Elegance
ENJIN 1.6L Gamma MPI D-CVVT
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM [email protected],500rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],850rpm
HARGA RM90,965.74

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Facelift, Hyundai Elantra, Hyundai Elantra FL 1.6 Elegance, Pandu uji, Pandu Uji Hyundai Elantra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my