Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»NUTP Cadang Buka Sekolah Rendah Penghujung September, Oktober Ini
Auto Terkini

NUTP Cadang Buka Sekolah Rendah Penghujung September, Oktober Ini

Han OthmanBy Han Othman11/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mencadangkan sekolah rendah seluruh negara dibuka seawal-awalnya hujung September atau Oktober ini.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19 negara dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bila Covid-19 sudah reda, kita harap sebelum berakhir bulan September atau Oktober, sekolah rendah juga dibuka bagi membolehkan para guru dan pelajar kembali ke sekolah bagi meneruskan sekolah seperti biasa,” katanya dalam temu bual khas Bernama 745 di Bernama TV, semalam.

Beliau berkata, walaupun sekolah tidak dibuka, guru-guru tetap bertugas menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ingin saya nyatakan bahawa guru-guru sentiasa bersedia dipanggil bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memberikan ilmu kepada para pelajar.

“Ada guru yang membuat rakaman subjek mata pelajaran sukatan tertentu bagi membolehkan mereka memberikannya kepada pelajar setelah sekolah dibuka. Ada juga guru yang didapati menyediakan modul-modul tertentu bagi memastikan pemerolehan ilmu dalam kalangan pelajar dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata NUTP yakin, guru-guru akan melipatgandakan usaha bagi memastikan ilmu yang diterima sama tarafnya walaupun sekolah ditutup selama tiga bulan.

PENAMBAHBAIKAN PEDAGOGI

Dalam pada itu, Aminuddin turut mencadangkan penambahbaikan aspek pedagogi dan prosedur operasi standard (SOP) sistem pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah, iaitu hanya empat mata pelajaran teras diajar, manakala selebihnya diajar secara digital.

Selain itu, beliau turut mencadangkan waktu persekolahan bagi sesi pagi dimulakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang bermula 1.00 petang hingga 5.00 petang.

“NUTP yakin dengan kepelbagaian kemudahan dan kemahiran guru sekarang ini, guru mampu untuk merealisasikan impian itu,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka mulai 24 Jun ini, melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa setara.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Dr Mohd Radzi Md Jidin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) NUTP PKPP Sekolah Rendah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun โ€“ Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

02/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

02/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.