Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Uji Serena Tanpa Pemandu, Cuba Atasi Masalah Kekurangan Pemandu di Jepun
Auto Terkini

Nissan Uji Serena Tanpa Pemandu, Cuba Atasi Masalah Kekurangan Pemandu di Jepun

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Jun 2024, Nissan memulakan ujian prototaip LEAF (foto bawah) dengan teknologi pemanduan autonomi di jalan raya awam di Yokohama, Jepun.

Kenderaan itu dilengkapi 14 kamera, 10 radar, dan enam sensor LiDAR yang  membolehkan navigasi lancar dalam persekitaran bandar kompleks.

Ujian tersebut adalah sebahagian usaha Nissan melancarkan perkhidmatan mobiliti autonomi menjelang tahun fiskal 2027 dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pengangkutan.

Teknologi itu bertujuan menyelesaikan cabaran seperti kekurangan pemandu akibat populasi yang semakin menua dan menyediakan penyelesaian pengangkutan lebih fleksibel dan selamat.

Ujian Nissan Serena dengan Teknologi Pemanduan Autonomi (Mac 2025)

Pada Mac 2025, Nissan mencapai satu lagi pencapaian dengan menguji kenderaan tanpa pemandu di kawasan Minato Mirai, Yokohama.

Kenapa Nissan Serena Dipilih?

  • Nissan Serena ialah minivan terlaris di Jepun yang menjadikan model itu ideal untuk ujian dalam senario penggunaan sebenar.
  • Rekabentuk minivan yang tinggi membolehkan pemasangan sensor di bahagian bumbung, meningkatkan jarak dan ketepatan pengesanan persekitaran.

Spesifikasi Kenderaan Ujian

Kenderaan ujian Nissan Serena dilengkapi teknologi pemanduan autonomi yang lebih maju berbanding model ujian terdahulu:

  • 14 kamera untuk pengawasan menyeluruh yang membolehkan kenderaan mengenal pasti objek sekeliling lebih tepat.
  • 9 radar bagi mengesan objek dan halangan dalam pelbagai kondisi cuaca dan pencahayaan.
  • 6 sensor LiDAR untuk memberikan gambaran tiga dimensi (3D) persekitaran lebih tepat dan terperinci.
  • AI canggih yang meningkatkan:
    • Pengenalan objek lebih cepat dan tepat.
    • Jangkaan tingkah laku pengguna jalan raya, termasuk kenderaan lain dan pejalan kaki.
    • Kawalan kenderaan, memastikan pemanduan lebih lancar dalam pelbagai situasi kompleks.
  • Sensor bumbung yang memanfaatkan ketinggian minivan Serena untuk pengesanan persekitaran lebih luas dan tepat, berbanding kenderaan ujian terdahulu.

Dibandingkan model sebelum ini, penggunaan sensor bumbung lebih tinggi dan AI dipertingkat membolehkan Nissan Serena mengesan persekitaran lebih baik dan membuat keputusan pemanduan lebih tepat dalam persekitaran bandar yang kompleks.

Pematuhan Setara Standard SAE Tahap 2

Ujian ini menggunakan sistem pemanduan autonomi jarak jauh (remote AD systems) yang setara SAE Level 2, seiring garis panduan pelonggaran peraturan di Jepun untuk kenderaan yang dilengkapi sistem pemanduan autonomi jarak jauh.

Sepanjang ujian:

  • Kenderaan dipantau dari jauh untuk memastikan keselamatan operasi dalam persekitaran jalan awam.
  • Pemandu jauh boleh mengambil alih kawalan dan memandu kenderaan jika diperlukan mengikut kriteria ditetapkan bagi ujian pemanduan autonomi di jalan raya awam Jepun

Langkah Keselamatan

Bagi memastikan keselamatan maksimum ketika demonstrasi, Nissan melaksanakan beberapa langkah utama:

  • Verifikasi pelbagai senario pemanduan Sepanjang laluan ujian bagi memastikan sistem dapat menyesuaikan diri dengan situasi trafik sebenar.
  • Fungsi henti kecemasan: Membolehkan kenderaan berhenti serta-merta jika berlaku situasi berbahaya.
  • Pertindihan sistem disengajakan: Bagi memastikan operasi kenderaan tetap stabil dan selamat jika berlaku kegagalan teknikal.

Penyelidikan Global dan Sumber Teknologi

Pembangunan teknologi ini diperkuat dengan penyelidikan global, termasuk:

  • Jepun: Ujian jalan awam dan pembangunan teknologi di Pusat Penyelidikan Nissan.
  • Silicon Valley, AS: Kajian oleh Pusat Teknologi Lanjutan Nissan dalam AI dan pemanduan autonomi.
  • Projek evolvAD di UK: Inisiatif untuk mempercepat pembangunan pemanduan autonomi dalam persekitaran bandar mencabar.

Jadual Demonstrasi dan Sasaran Masa Depan

  • 2025-2026: Ujian perkhidmatan melibatkan 20 unit kenderaan di Yokohama.
  • 2027: Pelancaran perkhidmatan mobiliti autonomi penuh dengan pemantauan jarak jauh.

Kerjasama dengan Kerajaan Jepun dan Perancangan Masa Depan

Berdasarkan hasil ujian, Nissan mensasarkan menyediakan perkhidmatan mobiliti pemanduan autonomi dengan pemantauan jarak jauh menjelang tahun fiskal 2027.

Projek itu bakal dilaksanakan dengan kerjasama PBT dan pengendali pengangkutan bagi memastikan operasi selamat dan berkesan. Bagi merealisasikan inisiatif berkenaan, Nissan bekerjasama rapat dengan:

  • Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun
  • Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun
  • Bandaraya Yokohama
  • Beberapa kementerian dan agensi kerajaan lain

Selain itu, projek berkenaan turut mendapat sokongan Jawatankuasa Pemerkasaan Mobiliti Autonomi Tahap 4, yang berperanan mempercepat pembangunan dasar dan infrastruktur bagi membolehkan perkhidmatan mobiliti autonomi dilaksanakan secara meluas di Jepun.

Nissan akan terus memajukan teknologi pemanduan autonomi dan menjalankan ujian serrta pengesahan berterusan di Jepun, termasuk luar negara.

Hasil pembangunan itu akan digunakan untuk menubuhkan perkhidmatan di Yokohama, sebelum diperluas ke kawasan lain.

Ujian tersebut menandakan langkah besar dalam industri automotif Jepun, sekali gus mempercepat peralihan ke arah pengangkutan tanpa pemandu yang lebih selamat, cekap dan boleh diakses semua.

Kredit foto: Nissan

Auto Terkini autonomous-drive (AD) Nissan Nissan Serena Nissan Serena autonomous-drive (AD) Pemanduan Autonomi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Tekton 2026 Diperkenal di India, SUV Segmen C, 1.0L Turbo dan 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.