Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Mula Uji Prototaip LEAF dengan Teknologi Pemanduan Autonomi Atas Jalan Raya Awam
Roda4

Nissan Mula Uji Prototaip LEAF dengan Teknologi Pemanduan Autonomi Atas Jalan Raya Awam

Abang HirataBy Abang Hirata10/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda? Teknologi pemanduan autonomi sudahpun dilengkapi pada kereta massa seperti Perodua dan Proton.

Teknologi pemanduan autonomi mempunyai lima tahap yang mana model seperti X50, X90 dan S70 berada pada Tahap 2. Ini bermakna kereta beroperasi secara automatik sepenuhnya, tetapi masih lagi memerlukan pengendalian manusia.

Pengeluar masa kini berada di ambang pengenalan Tahap 3. Walaupun masih bergantung kepada manusia, sistem pemanduan mempunyai kebebasan lebih tinggi.

Memandangkan sistem hari ini lebih canggih dan bebas, pengujian dan penggunaan teknologi Tahap 3 memerlukan kelulusan pemerintah. Teknologi pemanduan autonomi perlu dibuat berhati-hati kerana industri bakal menuju ke Tahap 5 yang mana sistem akan mengambil alih tugas pemanduan sepenuhnya.

Sementara itu, Nissan sudah memulakan demonstrasi model prototaip dengan teknologi pemanduan autonomi yang dibangunkan sendiri. Pada fiskal 2027 nanti, Nissan mahu memulakan khidmat mobiliti autonomi.

Nissan LEAF yang digunakan penuh dengan sensor, terdiri daripada 14 kamera, 10 radar dan enam LIDAR (Light Detection and Ranging).

Ujian jalan raya awam adalah proses penting dan demonstrasi ini menunjukkan kemajuan Nissan dalam bidang pemanduan autonomi, terutama di kawasan perbandaran rumit.

Di sekitar jalan raya sibuk di Yokohama dan berhampiran ibu pejabat Nissan, prototaip LEAF menunjukkan keupayaan lancar dalam menjangka tingkah laku pejalan kaki, menukar lorong dan menilai waktu selamat untuk memasuki simpang.

Nissan juga mengkaji model perniagaan untuk perkhidmatan mobiliti masa depan sejak fiskal 2017 lagi.

Pengeluar itu mahu meluaskan lagi penggunaan teknologi pemanduan autonomi dan seperti dinyatakan, sudah memulakan khidmat mobiliti autonomi di Jepun bermula fiskal 2017 menerusikerjasama dengan pihak ketiga seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pengangkutan.

Pada suku ketiga fiskal 2024, Nissan mensasarkan memulakan ujian di kawasan Minato Mirai dan merancang melanjutkan ujian pada fiskal 2025. Sepanjang tempoh percubaan tersebut, tahap kefungsian pemanduan autonomi akan dipertingkat secara bertahap dan menilai penerimaan pelanggan dengan sasaran menyediakan khidmat tanpa pemandu.

Usaha itu dijalankan dengan kerjasama erat Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun dan Kementerian lain.

Kementerian juga akan mempromosi langkah-langkah merealisasikan perkhidmatan mobiliti autonomi baharu di Jawatankuasa Mempercepat Mobiliti Tahap 4 yang dianjurkan.

Visi jangka masa panjang Nissan adalah memperkasa mobiliti dengan menyelesaikan isu perkhidmatan pengangkutan dihadapi masyarakat tempatan, terutama di Jepun yang mengalami beberapa cabaran pengangkutan seperti kekurangan pekerja berikutan jumlah penduduk menua semakin ramai.

Nissan berusaha menangani isu berkenaan dengan menyediakan ruang perkhidmatan baharu yang membolehkan pergerakan bebas.

Kredit foto: Nissan

Auto Terkini Nissan Nissan LEAF Nissan LEAF autonomous-drive Pemanduan Autonomi Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.