Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Skyline NISMO (2024) Didedahkan, Terhad 1,000 Unit Sahaja
Roda4

Nissan Skyline NISMO (2024) Didedahkan, Terhad 1,000 Unit Sahaja

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize08/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN mendedahkan sport sedan Skyline NISMO (2024) yang dikeluarkan terhad 1,000 unit sahaja untuk pasaran Jepun pada awal September ini.

Ini ialah Nissan Skyline standard yang hanya dijual di Jepun dan bukan GT-R. Sejak debut R35, Nissan GT-R menjadi model tersendiri dan bukan lagi Skyline prestasi tinggi seperti model terdahulu.

Nissan Skyline NISMO (2024) baharu ini menerima pembaharuan besar luaran, dalaman dan trenkuasa yang dibangunkan dengan teknologi perlumbaan NISMO.

Model edisi khas ini menerima bampar NISMO, skirt sisi khas dengan aksen merah dan lampu kabus eksklusif NISMO berserta lencana NISMO sekeliling kereta.

Penambahbaikan badan juga dibuat untuk mengoptimum aliran udara ke radiator dan penyejuk minyak untuk prestasi penyejukan lebih baik, terutama ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Dalaman pula menawarkan kokpit dengan stereng kulit dan penanda merah NISMO. Kluster instrumen juga dikemas kini dengan spidometer kini mencecah 280kmj dan takometer NISMO.

Akhir sekali ialah kerusi sport Recaro dwi-tona, sama seperti Nissan Z NISMO serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini.

Enjin 3.0L Twin-Turbo V6 menghasilkan kuasa 418hp (420ps) dan tork 550Nm dengan hantaran kuasa ke roda belakang menerusi transmisi automatik 7-kelajuan. Walapun enjin sama seperti Z NISMO, tetapi daya tork lebih tinggi daripada 384Nm yang dihasilkan Z NISMO.

Nissan Skyline NISMO (2024) ini mendapat tayar belakang lebih besar dengan rim Enkei eksklusif 19 inci untuk prestasi selekoh lebih baik.

Selain itu, pad brek mempunyai ciri tahan pudar, manakala Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ditala semula untuk jarak membrek lebih pendek. Sistem suspensi juga ditala khas untuk memaksimum cengkaman atas jalan.

Nissan Skyline NISMO (2024) akan dilancarkan di Jepun awal September depan.

BACA >>> Orang Kuat NISMO Kongsi Cerita Tentang Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune
BACA >>> Nissan Z NISMO (2024) Didedahkan dengan Enjin V6 3.0L Turbo Berkuasa 420hp, Tork 384Nm

Nismo Nissan Nissan Skyline NISMO 2024 Roda4 Skyline
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.