Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD
Roda4

Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH model baharu Nissan Altima (2019) yang akan dilancarkan menjelang Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2018 sebagai pengganti model terdahulu yang sudah lama di pasaran sejak 2012.

Seperti dijangka, rekabentuk terbaharu Altima menampilkan bahasa rekabentuk V-motion yang dapat dilihat pada gril bentuk V dan sepasang lampu serba agresif. Ilham rekabentuk diambil daripada model Vmotion 2.0 Concept yang diperkenalkan setahun lalu. Bagaimanapun, rekabentuk luaran Altima tidak banyak berbeza dengan model sedia ada.

Sebaliknya pengenalan teknologi keselamatan termaju dan dua trenkuasa terbaharu, membuatkan sedan saiz pertengahan Nissan ini tampil up-to-date.

KUASA TURBO INFINITI

Tambahan penting kepada model ini ialah opsyen enjin 4-lejang sebaris dengan turbo mampatan variabel yang kali pertama diperkenalkan Infiniti (divisyen kenderaan mewah Nissan). Trenkuasa itu akan menggantikan Altima generasi terdahulu yang dikuasakan enjin 3.5L V6.

Dengan sesaran 2.0L, enjin mampatan variabel akan dijadikan pilihan untuk varian Altima SR dan Platinum serta dipadankan ekslusif dengan sistem pacuan roda depan (FWD).

Ada 3 lagi pilihan varian ditawarkan: S, SV dan SL yang didatangkan standard dengan enjin 2.5L berkuasa 188hp (berbanding model 2.5L lama – 179hp) dan tork 244Nm (model lama – 239Nm) dan menampulkan 80 peratus komponen baharu atau direka semula. Altima baharu ini juga menawarkan versi pacuan semua roda (AWD) yang kali pertama diperkenalkan.

BACA >>> Nissan Altima (2018) di AS Naik Harga dengan Tambahan Ciri, Teana Malaysia Bakal Menyusul?

Seperti disahkan sebelum ini, Altima (2019) ialah model ketiga Nissan yang dilengkapi teknologi semi autonomi ProPILOT. Dalam situasi pemanduan tertentu seperti di lebuh raya satu lorong, sistem secara drastik akan mengurangkan jumlah pecutan, stereng, dan input brek yang diperlukan pemandu.

Altima (2019) turut menampilkan ciri keselamatan termaju lain seperti Brek  Automatik Belakang (RAB), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukaran Laluan (LDW), Amaran Titik Buta (BSW) berpandukan radar,  Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA).

‘GLIDING WING’ NISSAN


Menjenguk ruang kabin, pemilik akan melihat panel instrumen gliding wing Nissan. Juga kelihatan roda stereng sporty tiga jejari, kerusi baharu dengan pad sisi ala semi-bucket, NissanConnect SM dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, dan skrin sentuh berwarna 8-inci.

Nissan bakal melancarkan Altima (2019) dengan edisi pelancaran eksklusif berasaskan Platinum VC-Turbo dalam kuantiti terhad bermula awal musim panas ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Edaran Tan Chong Motor Nissan Nissan Altima Nissan Altima (2019) Nissan Teana Sedan sedan saiz pertengahan Segmen D Vmotion Vmotion 2.0 Concept
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.