• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Altima (2018) di AS Naik Harga dengan Tambahan Ciri, Teana Malaysia Bakal Menyusul?

Nissan Altima (2018) di AS Naik Harga dengan Tambahan Ciri, Teana Malaysia Bakal Menyusul?

September 26, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


NISSAN Amerika Syarikat (AS) baru saja mengumumkan perincian harga bagi Altima (2018), sekali gus mengesahkan sedikit kenaikan harga pada model versi segar semula itu. Famili Altima (2018) bermula dengan varian Altima 2.5 S berharga AS$24,025 (RM100,964). Sebagai perbandingan, model sama 2017 dijual pada harga AS$23,335 (RM98,025), tetapi untuk varian asas 2.5L yang tidak lagi ditawarkan.

Varian lebih atas ialah Altima 2.5 SR berharga AS$25,085 (RM105,419), dan disusuli Altima 2.5 SV dengan harga AS$26,670 (RM112,080), manakala versi paling premium dalam famili enjin 4-silinder 2.5L berkuasa 179hp ialah Altima 2.5 SL yang dijual pada harga AS$29,880 (RM125,570).

BACA >>> Nissan Teana NISMO Performance Package Lebih Umphh...

Buat pembeli yang mahukan lebih kuasa, bolehlah memilih varian 3.5 SL dengan enjin V6 berkuasa 270hp pada harga AS$34,395 (RM144,544).

Di sebalik kenaikan harga membabitkan semua varian, Altima (2018) ditampilkan dengan beberapa pembaharuan, termasuk Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB), dan Amaran Rempuhan Hadapan Pintar (i-FCW) sebagai ciri standard. Varian 3.5 SL pula dilengkapkan dengan Kawalan Jelajah Pintar (ICC) dan NissanConnect dengan AppleCarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

PENGARUHI HARGA TEANA MALAYSIA?

Nissan Altima ialah model segmen-D atau saiz pertengahan (mid-size) yang dikeluarkan pengeluar automotif dari Jepun itu sejak 1992. Dalam famili Nissan, Altima asalnya berada antara Teana dan Maxima walaupun berkongsi segmen sama.

Namun, pada 2013 Teana (generasi ke-3) ialah versi rebadge daripada Altima generasi ke-5. Ini mungkin disebabkan faktor saiz yang tidak jauh berbeza antara dua model paling hampir itu (Altima dan Maxima). Apakah kenaikan itu turut mempengaruhi harga pasaran Teana di Malaysia?

nissan-altima-refresh-2017-1
nissan-altima-refresh-2017-2
nissan-altima-refresh-2017-3
nissan-altima-refresh-2017-4
nissan-altima-refresh-2017-5
nissan-altima-refresh-2017-6

SUMBER: Car Scoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat, Nissan, Nissan Altima (2018), Nissan Altima versi refreshment 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • AOS 2022: Acara Kustom Kulture, Seni Tahun Ke-10 Dapat Sambutan Paling Hangat
    AOS 2022: Acara Kustom Kulture, Seni Tahun Ke-10 Dapat Sambutan Paling Hangat
  • Video Penunggang Langgar Myvi, Gabra Nampak Polis?
    Video Penunggang Langgar Myvi, Gabra Nampak Polis?
  • Lebih 2.35 Juta Kenderaan Dijangka Pulang ke Pantai Timur Sempena Cuti Aidiladha 2022
    Lebih 2.35 Juta Kenderaan Dijangka Pulang ke Pantai Timur Sempena Cuti Aidiladha 2022
  • Motosikal Benelli Paling Popular di Itali, Catat Jualan Lebih 8k Unit
    Motosikal Benelli Paling Popular di Itali, Catat Jualan Lebih 8k Unit

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my