• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD

Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD

April 1, 2018 By Admin 3 Comments

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH model baharu Nissan Altima (2019) yang akan dilancarkan menjelang Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2018 sebagai pengganti model terdahulu yang sudah lama di pasaran sejak 2012.

Seperti dijangka, rekabentuk terbaharu Altima menampilkan bahasa rekabentuk V-motion yang dapat dilihat pada gril bentuk V dan sepasang lampu serba agresif. Ilham rekabentuk diambil daripada model Vmotion 2.0 Concept yang diperkenalkan setahun lalu. Bagaimanapun, rekabentuk luaran Altima tidak banyak berbeza dengan model sedia ada.

Sebaliknya pengenalan teknologi keselamatan termaju dan dua trenkuasa terbaharu, membuatkan sedan saiz pertengahan Nissan ini tampil up-to-date.

KUASA TURBO INFINITI

2019-Nissan-Altima-USA-25
2019-Nissan-Altima-USA-24
2019-Nissan-Altima-USA-26
2019-Nissan-Altima-USA-22
2019-Nissan-Altima-USA-20

Tambahan penting kepada model ini ialah opsyen enjin 4-lejang sebaris dengan turbo mampatan variabel yang kali pertama diperkenalkan Infiniti (divisyen kenderaan mewah Nissan). Trenkuasa itu akan menggantikan Altima generasi terdahulu yang dikuasakan enjin 3.5L V6.

Dengan sesaran 2.0L, enjin mampatan variabel akan dijadikan pilihan untuk varian Altima SR dan Platinum serta dipadankan ekslusif dengan sistem pacuan roda depan (FWD).

Ada 3 lagi pilihan varian ditawarkan: S, SV dan SL yang didatangkan standard dengan enjin 2.5L berkuasa 188hp (berbanding model 2.5L lama - 179hp) dan tork 244Nm (model lama - 239Nm) dan menampulkan 80 peratus komponen baharu atau direka semula. Altima baharu ini juga menawarkan versi pacuan semua roda (AWD) yang kali pertama diperkenalkan.

BACA >>> Nissan Altima (2018) di AS Naik Harga dengan Tambahan Ciri, Teana Malaysia Bakal Menyusul?

Seperti disahkan sebelum ini, Altima (2019) ialah model ketiga Nissan yang dilengkapi teknologi semi autonomi ProPILOT. Dalam situasi pemanduan tertentu seperti di lebuh raya satu lorong, sistem secara drastik akan mengurangkan jumlah pecutan, stereng, dan input brek yang diperlukan pemandu.

Altima (2019) turut menampilkan ciri keselamatan termaju lain seperti Brek  Automatik Belakang (RAB), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukaran Laluan (LDW), Amaran Titik Buta (BSW) berpandukan radar,  Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA).

'GLIDING WING' NISSAN


Menjenguk ruang kabin, pemilik akan melihat panel instrumen gliding wing Nissan. Juga kelihatan roda stereng sporty tiga jejari, kerusi baharu dengan pad sisi ala semi-bucket, NissanConnect SM dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, dan skrin sentuh berwarna 8-inci.

Nissan bakal melancarkan Altima (2019) dengan edisi pelancaran eksklusif berasaskan Platinum VC-Turbo dalam kuantiti terhad bermula awal musim panas ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Nissan, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Nissan, Nissan Altima, Nissan Altima (2019), Nissan Teana, Sedan, sedan saiz pertengahan, Segmen D, Vmotion, Vmotion 2.0 Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my