Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
Roda2

Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!

Abang HirataBy Abang Hirata27/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL elektrik sudah bertahun lama dipasarkan dan setakat ini lebih banyak digunakan agensi swasta dan Kerajaan.

Antaranya ialah syarikat makanan segera suatu masa dulu, dan terbaharu digunakan Pos Malaysia, manakala di pihak Kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan motosikal elektrik Sur-Ron.

BACA >>> Suzuki Mahu Perkenal 8 Motosikal Elektrik Menjelang 2030, Model Pertama Lancar 2024!
BACA >>> MForce Bakal Jadi Pengedar Rasmi Motosikal, Skuter Elektrik Yadea di Malaysia?

Sur-Ron ialah motosikal elektrik jenis lasak. Di Britain misalnya, pengedar di sana menawarkan ketiga-tiga model, iaitu Light Bee (saiz kecil), Ultra Bee (saiz sederhana) dan Storm Bee (saiz enduro penuh).

Light Bee

Light Bee menyamai motosikal 50cc dan boleh dipandu individu berusia 16 tahun dengan jarak tunggangan hingga 100km.

Ultra Bee
Storm Bee

Ultra Bee dan Storm Bee pula menyamai motosikal 125cc dan boleh dipandu pemegang lesen CBT (Compulsory Basic Training) di Britain atau berusia 17 tahun ke atas.

Walaupun tampil dalam gaya off-road, setiap model dalam siri dewasa Sur-Ron ditawarkan dalam dua varian, iaitu off-road dan satu lagi dihomologasi supaya sah digunakan atas jalan raya biasa di Britain.Versi homologasi itu pula lengkap dengan lampu, lampu isyarat dan tayar jalan raya.

Disebabkan Sur-Ron adalah motosikal elektrik penuh, tiada cukai jalan dikenakan, manakala kos penyenggaraan lebih murah kerana tiada enjin pembakaran dalaman yang perlu dijaga. Pemilik hanya perlu menyelenggara tayar, komponen elektrikal, cakera brek dan pad brek. Mudahkan?

Selain itu, tempoh pengecasan maksimum memerlukan empat jam. Lebih praktikal, bateri mudah dicabut tanpa memerlukan sebarang peralatan untuk dibawa ke lokasi yang ada palam 3-pin.

Model baharu Ultra Bee pula mempunyai ruang simpan bawah pelana yang sesuai untuk membawa pengecas bateri.

Dari segi harga, model jalanan Sur-Ron Light Bee (L1e) dijual pada harga £4,995 (RM27,320), Ultra Bee (T) berharga £6,599 (RM36,085), manakala Storm Bee (Enduro) boleh dimiliki pada harga £8,500 (RM46,480).

Sur-Ron ialah produk keluaran syarikat dari China, Hangzhou Qiulong Technology Co Ltd yang ditubuhkan pada 2014.

BACA >>> Hennessey VelociRaptor 600 Sherco Edition, Edisi Trak Pikap Off-Road dan Motosikal Enduro!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Mufler Motosikal Semakin Pendek?

Hangzhou Qiulong Technology Co Ltd PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) roda2 Sur-Ron Sur-Ron Light Bee Sur-Ron Storm Bee Sur-Ron Ultra Bee
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.