• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Mufler Motosikal Semakin Pendek?

#TahukahAnda: Kenapa Mufler Motosikal Semakin Pendek?

July 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JIKA 20 tahun lalu, ada trend motosikal supersport yang hadir dengan ekzos dan mufler diposisikan di bawah pelana. Zaman sekarang, mufler semakin pendek dan dipasang bawah enjin.

Kenapa? Ini sebenarnya ada kaitan dengan kos dan perkembangan teknologi terkini yang membolehkan pengeluar mencipta set ekzos bersama mufler lebih pendek untuk enjin kapasiti besar.

Selain itu, strategi memasang mufler bawah enjin banyak membantu menambah baik keseimbangan, kestabilan dan menguatkan titik graviti sesebuah motosikal.

Trend konfigurasi blok 4-4 (4-silinder dan empat unit ekzos) sudah lama berlalu selepas diganti kepada konsep 4-2 dan berkembang kepada aplikasi 4-2-1.

BACA>>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

  • Motosikal 4-silinder yang menggunakan empat mufler ialah siri CB 750 Four (1969) dan Z1.

  • Ducati 916 pula dikatakan model motosikal massa dengan ekzos bawah pelana, meniru gaya motosikal 2-lejang Cagiva GP.

  • Yamaha pernah guna konsep ekzos dan mufler bawah enjin pada model SRX 400 dan 600 seawal 1985. Mungkin pada era itu, peminat motosikal melihat gaya Yamah sebagai amat buruk.

Mufler sama ada sebelah kiri atau kanan atau kedua-dua arah juga dilihat sebagai satu halangan untuk penunggang bergerak secara bebas semasa menunggang sama ada model sportbike mahupun naked bike.

Motosikal dengan ekzos bawah enjin mungkin trend hari ini dan beberapa tahun akan datang. Jangka hayat konsep ini mungkin lebih pendek berbanding ekzos pada sisi motosikal.

Ini berkait rapat dengan trend yang akan datang tidak lama lagi, iaitu motosikal tanpa ekzos. Mungkin bunyi deruman vroom sekadar pakai pembesar suara. Semuanya sudah dielektrikkan.

BACA >>> Belgium Akan Haramkan Skuter, Motosikal Berasaskan Petrol Bermula Tahun 2028
BACA >>> GPX Motor Thailand Umum Pelan Hasilkan Motosikal Elektrik Tahun Depan
BACA >>> MV Agusta Keluar Motosikal Elektrik 2027
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, ekzos, Ekzos Motosikal, Kenapa Mufler Motosikal Pendek, tahukah anda, trend ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my