Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Fabio Di Giannantonio Menang Walaupun Kemalangan Di Catalan GP
MotoGP

#MotoGP2026: Fabio Di Giannantonio Menang Walaupun Kemalangan Di Catalan GP

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam18/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERLUMBAAN MotoGP Catalan GP di Barcelona bertukar huru-hara apabila aksi penuh drama, kemalangan besar dan dua kali bendera merah (red flag) mewarnai perlumbaan utama hujung minggu lalu.

Di sebalik kekecohan tersebut, pelumba Pertamina Enduro VR46 Team, Fabio Di Giannantonio berjaya mencuri tumpuan apabila menghadiahkan kemenangan penting buat pasukan milik Valentino Rossi itu.

Kemenangan Penting Buat VR46 Ducati

Kejayaan tersebut menjadi kemenangan pertama VR46 dalam MotoGP selepas kali terakhir pasukan itu menaiki podium tertinggi beberapa musim lalu. Apa yang lebih menarik, Di Giannantonio sebenarnya antara pelumba yang turut terlibat dalam insiden awal perlumbaan sebelum bangkit semula untuk menawan Barcelona.

Pelumba Itali itu berjaya memintas Pedro Acosta dari pasukan RedBull KTM Factory Racing berbaki tiga pusingan untuk mengambil alih kedudukan pendahulu sebelum terus mengekalkan momentum hingga garisan penamat.

Perlumbaan Bertukar Kecoh Selepas Separuh Saingan

Pada awal perlumbaan, Acosta yang bermula dari petak utama tampil cukup agresif dan sempat mendahului kelompok hadapan. Namun situasi berubah drastik pada pusingan ke-12 apabila jentera KTM miliknya tiba-tiba mengalami masalah teknikal dipercayai berpunca daripada sistem elektronik.

Acosta sempat mengangkat tangan sebagai isyarat kecemasan kepada pelumba lain, tetapi pelumba BK8 Gresini Racing, Alex Marquez yang berada terlalu dekat gagal mengelak lalu merempuh belakang jentera tersebut. Impak pelanggaran itu menyebabkan motosikal Marquez terpelanting dan berkecai sebelum perlumbaan dihentikan dengan bendera merah.

Alex Marquez, Zarco Dikejarkan Ke Hospital

Pasukan perubatan segera memasuki litar selepas kemalangan besar tersebut. Alex Marquez dilaporkan sedar tetapi tetap dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas insiden ngeri itu.

Tidak lama selepas perlumbaan disambung semula, satu lagi kemalangan berlaku di selekoh pertama melibatkan Johann Zarco (Castrol Honda LCR), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) dan Luca Marini (Honda HRC Castrol). Zarco dilihat tersangkut pada motosikalnya sendiri selepas pelanggaran tersebut, sekali gus memaksa perlumbaan dihentikan buat kali kedua.

Di Giannantonio Mula Serang Di Penghujung Perlumbaan

Selepas perlumbaan dimulakan semula kali kedua, Acosta sekali lagi cuba mengawal perlumbaan di hadapan.
Namun Di Giannantonio mula menunjukkan rentak konsisten apabila berjaya memintas beberapa pelumba utama termasuk Bagnaia dan Joan Mir (Honda HRC Castrol).

Pelumba VR46 itu akhirnya membuat gerakan penting di Selekoh 10 berbaki tiga pusingan sebelum berjaya mengambil alih kedudukan pendahulu daripada Acosta.

Acosta kemudian terus kehilangan rentak sebelum tersingkir daripada perlumbaan selepas berlaku sentuhan dengan pelumba Trackhouse Racing, Ai Ogura.

Joan Mir, Aldeguer Lengkapkan Podium

Joan Mir tampil cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Sementara itu, rakan sepasukan Alex, Fermin Aldeguer melengkapkan podium selepas mengambil kesempatan terhadap beberapa insiden di kelompok hadapan.

Bagnaia pula menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat manakala Marco Bezzecchi berada di tempat kelima. Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha turut membawa menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Martin Terus Bergelut, Bezzecchi Kukuh Di Tangga Teratas

Dalam masa sama, Jorge Martin dari Aprilia Racing sekali lagi berdepan hujung minggu sukar selepas terbabit dalam kemalangan bersama Raul Fernandez dari Trackhouse Racing.

Martin berjaya meneruskan perlumbaan tetapi hanya menamatkan saingan jauh di belakang kelompok utama.
Keputusan itu secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Bezzecchi dalam perebutan kedudukan keseluruhan kejuaraan MotoGP musim ini.

Catalan GP kali ini bukan saja menyajikan aksi agresif dan drama tanpa henti, malah turut mengingatkan betapa ekstrem dan berisikonya perlumbaan MotoGP moden ketika semua pelumba berlumba pada had maksimum.

SUMBER: Motorsport.com

Alex Marquez BK8 Gresini Racing Fabio Di Giannantonio Fabio Quartararo Fermin Aldeguer Francesco Bagnaia Joan Mir Johann Zarco luca marini Monster Energy Yamaha MotoGP2026 Pedro Acosta Pertamina Enduro VR46 Team red flag RedBull KTM Factory Racing VR46 Ducati
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    MotoGP Malaysia di SIC
    MotoGP

    #MotoGP: Malaysia Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

    02/07/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Moto3

    #Moto3: Hakim Danish Raih Tempat Ketujuh di Assen, Kutip Mata Penting Dalam GP Belanda

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.