Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Alex Marquez Tamatkan Dominasi Aprilia
MotoGP

#MotoGP2026: Alex Marquez Tamatkan Dominasi Aprilia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA pasukan Gresini BK8 Racing, Alex Marquez muncul wira di Jerez apabila menghadiahkan kemenangan pertama Ducati dalam MotoGP 2026, sekali gus menamatkan rentetan lima kemenangan berturut-turut Aprilia Racing.

Namun di sebalik kejayaan itu, kem Ducati turut berdepan hari yang pahit apabila pasukan kilang (Ducati Lenovo) mengalami double DNF selepas Marc Marquez terjatuh dan Francesco Bagnaia mengalami masalah teknikal.

Dari P5 Ke Juara โ€“ Dominasi Penuh Di Jerez

Bermula dari petak kelima, Alex Marquez tampil sebagai pelumba paling pantas sepanjang hujung minggu dan segera membuktikannya sebaik perlumbaan bermula. Beliau pantas memintas pelumba kilang Aprilia Racing, Marco Bezzecchi, sebelum memberi tekanan kepada abangnya, Marc Marquez yang bermula dari petak pertama.

Pada pusingan kedua, Alex melakukan gerakan penentu di selekoh keenam untuk merampas pendahuluan โ€“ dan sejak itu, beliau tidak lagi digugat. Kemenangan ini cukup signifikan kerana hadir tepat setahun selepas kemenangan sulungnya di litar sama, selain menjadi kemenangan pertama Ducati musim ini.

Marc Marquez Sekali Lagi Tersungkur

Sementara itu, Marc Marquez yang dilihat berpotensi untuk mencabar kemenangan sekali lagi melakukan kesilapan apabila hilang cengkaman tayar hadapan di selekoh 11.

Insiden itu bukan sahaja menamatkan perlumbaannya, malah menyumbang kepada keputusan mengecewakan Ducati Lenovo. Situasi bertambah buruk apabila Bagnaia turut menarik diri pada pusingan ke-13 akibat masalah kuasa enjin, menjadikan ia pensaraan kedua-dua pelumba tersebut.

Bezzecchi Kekal Konsisten, Di Giannantonio Curi Tumpuan

Bezzecchi terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas lima kemenangan berturut-turut sebelum ini, namun keputusan itu cukup untuk mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas kejuaraan.

Fabio di Giannantonio dari pasukan Pertamina VR46 Racing pula meneruskan momentum positif apabila meraih tempat ketiga, podium keduanya dalam empat perlumbaan terakhir.

Rakan sepasukan Bezzecchi, Jorge Martin yang bermula dari petak ke-10 turut mencuri perhatian dengan naik ke tempat keempat.

Persaingan Tengah Grid Semakin Sengit

Duo Aprilia Trackhouse, Ai Ogura dan Raul Fernandez masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan keenam selepas memintas Johann Zarco dari pasukan Castrol Honda LCR lewat perlumbaan. Zarco di tempat ketujuh tetap mencatat keputusan terbaik Honda musim ini.

Enea Bastianini dari RedBull KTM Tech 3 muncul pelumba KTM terbaik di tempat kelapan selepas menewaskan Pedro Acosta dari pasukan RedBull KTM Factory Racing, manakala rakan sepasukan Alex, Fermin Aldeguer melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Keputusan Penting Dalam Perebutan Kejuaraan

Dengan kemenangan ini, Alex Marquez bukan sahaja menghidupkan semula cabaran Ducati, malah membuktikan dirinya sebagai pencabar serius musim ini.

Namun dengan Bezzecchi masih konsisten di podium, perebutan kejuaraan MotoGP 2026 kini dilihat semakin terbuka dan sukar dijangka โ€“ sama seperti aksi dramatik yang dipamerkan di Jerez.

SUMBER: Motorsport.com

Alex Marquez Aprilia Trackhouse Ducati Lenovo Fabio Di Giannantonio Gresini BK8 Racing Litar Jerez marco bezzecchi MotoGP2026 Pertamina VR46 Racing
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP Hungary 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Cipta Sejarah Baharu, Raih Kemenangan ke-100 di GP Hungary

    08/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello

    28/05/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Fabio Di Giannantonio Menang Walaupun Kemalangan Di Catalan GP

    18/05/2026
    Moto3

    #Moto32026: Hakim Danish Konsisten Raih Mata Di Jerez

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.