Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Marquez Cipta Sejarah Baharu, Raih Kemenangan ke-100 di GP Hungary
MotoGP

#MotoGP2026: Marquez Cipta Sejarah Baharu, Raih Kemenangan ke-100 di GP Hungary

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MotoGP Hungary 2026

PELUMBA Ducati Lenovo Team, Marc Marquez terus mengukuhkan status sebagai antara pelumba terhebat dalam sejarah perlumbaan motosikal apabila meraih kemenangan ke-100 dalam karier Grand Prix (GP) selepas menjuarai GP Hungary 2026 di Litar Balaton Park.

Kejayaan itu meletakkan nama beliau sebaris legenda perlumbaan seperti Giacomo Agostini dan Valentino Rossi yang turut pernah mencapai angka kemenangan tiga digit sepanjang karier.

Persaingan Sengit Sepanjang Perlumbaan

MotoGP Hungary 2026

Lebih manis, kemenangan tersebut hadir selepas Marquez melalui tempoh panjang pemulihan kecederaan dan berjaya melengkapkan hujung minggu sempurna dengan menjuarai saingan Sprint serta perlumbaan utama.

Di belakang Marquez ialah Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memberi tentangan sengit, manakala rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia, melengkapkan podium ketiga.

Drama Besar Selekoh Pertama Libatkan Pencabar Kejuaraan

MotoGP Hungary 2026

Perlumbaan bermula dengan insiden besar di Turn 1 apabila Jorge Martin (Aprilia Racing) kehilangan kawalan ketika membrek selepas jentera Aprilia beliau seperti mengalami masalah pada bahagian depan.

Kemalangan tersebut mencetuskan kesan berantai yang turut membabitkan pendahulu kejuaraan dan rakan sepasukan Martin, Marco Bezzecchi, Raul Fernandez (Superfile Trackhouse), Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing) dan Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing).

Semua lima pelumba terjatuh, tetapi hanya Di Giannantonio berjaya meneruskan perlumbaan. Martin dan Bezzecchi kemudian dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Kedua-dua pelumba dilaporkan tidak mengalami sebarang patah tulang. Susulan insiden itu, Martin dikenakan hukuman dua Long Lap Penalty yang akan dilaksanakan pada perlumbaan seterusnya.

MotoGP Hungary 2026

Acosta Beri Cabaran Awal kepada Juara Dunia

Marquez yang bermula cemerlang pada awal perlumbaan tidak diberi laluan mudah apabila dipintas Acosta di Lap 2 untuk mendahului perlumbaan.

Pelumba muda Sepanyol itu menunjukkan rentak mengagumkan apabila membuka jurang lebih 1 saat di depan Marquez selepas beberapa pusingan.

Sementara itu, Bagnaia mengambil kesempatan daripada kekecohan di Turn 1 untuk mengukuhkan kedudukan ketiga, jauh di depan kelompok pelumba yang diketuai pelumba Prima Pramac Yamaha, Jack Miller.

Di tengah perlumbaan, turut berlaku sentuhan antara Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) dan Joan Mir (Honda HRC Castrol) yang menyebabkan Bastianini dikenakan Long Lap Penalty sebelum tercicir ke kelompok belakang.

MotoGP Hungary 2026

Pertarungan Marquez vs Acosta Jadi Tumpuan

Selepas tayar belakang medium Ducati mencapai suhu operasi optimum, Marquez mula meningkatkan tekanan terhadap Acosta. Jurang yang pernah mencecah 1.6 saat mula mengecil secara konsisten sebelum Marquez menghampiri Acosta menjelang pertengahan perlumbaan.

Pertarungan sebenar tercetus di Lap 14 apabila kedua-dua pelumba bertukar posisi beberapa kali dalam aksi yang mendebarkan penonton.

Marquez terlebih dahulu cuba memintas di Turn 9, tetapi Acosta mendapatkan semula kedudukan pendahulu. Tidak lama kemudian, juara dunia itu sekali lagi melancarkan serangan di Turn 15, tetapi masih gagal menembusi pertahanan pelumba KTM tersebut.

Pada lap berikutnya, Marquez kembali mencuba di lokasi sama dan kali ini berjaya memintas Acosta dengan kemas sebelum terus membuka jurang.

MotoGP Hungary 2026

Ducati, Marquez Kembali Tunjuk Taring

Selepas merampas semula kedudukan pendahulu, Marquez terus mencatat rentak luar biasa apabila mencipta pusingan terpantas perlumbaan – 1 minit 38.313 saat. Menjelang enam lap terakhir, jurang ke atas Acosta meningkat kepada lebih 1.5 saat, sekali gus memberi petanda jelas kemenangan tidak lagi mampu dicabar.

Bendera penamat akhirnya mengesahkan kemenangan pertama Marquez musim ini, selain menghadiahkan kemenangan GP ke-100 dalam kariernya dan kemenangan ke-100 buat Ducati.

Lebih penting, kejayaan tersebut menjadi isyarat juara dunia bertahan itu kini benar-benar kembali berada pada prestasi terbaik menjelang baki musim 2026.

Acosta Cemerlang, Bagnaia Terus Konsisten

MotoGP Hungary 2026

Walaupun gagal menamatkan perlumbaan di tangga teratas, Acosta tetap boleh berbangga kerana menjadi satu-satunya pelumba yang mampu memberi tekanan kepada Marquez sepanjang perlumbaan.

Keputusan tempat kedua turut memberikan kutipan mata berharga dalam perebutan kejuaraan selepas beberapa pencabar utama gagal memperoleh mata atau sekadar mengutip mata minimum.

Bagnaia pula meneruskan momentum positif apabila meraih podium ketiga berturut-turut selepas sekali lagi menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Keputusan Lengkap Mata GP Hungary

MotoGP Hungary 2026

Ai Ogura (Superfile Trackhouse) meneruskan prestasi cemerlang dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas memintas Luca Marini (Honda HRC Castrol Factory) pada penghujung perlumbaan.

Marini membawa pulang keputusan kelima, manakala rookie Brazil, Diogo Moreira (Pro Honda LCR), mencipta keputusan terbaik MotoGP setakat ini menerusi kedudukan keenam.

Iker Lecuona yang menggantikan Alex Marquez turut mencuri perhatian apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Jack Miller pula meraih kedudukan kelapan, diikuti Enea Bastianini dan Brad Binder (Red Bull KTM Factory) yang melengkapkan kelompok 10 terbaik.

MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026

Sementera itu, Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha) mencatat keputusan terbaiknya dalam MotoGP setakat ini dengan kedudukan ke-11, manakala Di Giannantonio bangkit daripada kemalangan awal untuk mengutip mata di tempat ke-12.

Alex Rins (Monster Energy Yamaha), Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46) dan Maverick Vinales (Red Bull KTM Tech3) melengkapkan senarai pelumba yang berjaya membawa pulang mata dari Balaton Park.

Seterusnya: GP Republik Czech di Brno

Dengan kemenangan bersejarah itu, tumpuan kini beralih ke GP Republik Czech di Brno yang akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kebangkitan Marquez, prestasi konsisten Acosta dan perebutan kejuaraan yang semakin sengit dijangka menjadi antara cerita utama yang bakal mewarnai pusingan seterusnya MotoGP 2026.

SUMBER: MotoGP

MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
MotoGP Hungary 2026
Aprilia Racing Balaton Park BK8 Gresini Racing Ducati Lenovo Francesco Bagnaia GP Hungary GP Republik Czech jorge martin Marc Marquez MotoGP2026 Pedro Acosta Pertamina Enduro VR46 Racing Red Bull KTM Factory Racing Superfile Trackhouse
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.