Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Max Verstappen Sahut Cabaran ‘Green Hell’ – Turun Aksi Nurburgring 24 Jam
Sukan Permotoran

Max Verstappen Sahut Cabaran ‘Green Hell’ – Turun Aksi Nurburgring 24 Jam

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JUARA dunia Formula Satu (F1) empat kali, Max Verstappen terus membuktikan dia bukan sekadar pelumba F1 biasa apabila bakal membuat penampilan dalam perlumbaan endurance ikonik, Nurburgring 24 Hours hujung minggu ini.

Pelumba Red Bull Racing Formula One team itu akan memandu jentera Mercedes-AMG GT3 dengan livery Red Bull di litar legenda Nordschleife Nurburgring, Jerman. Perlumbaan tersebut menjadi antara acara endurance paling mencabar di dunia dan turut dikenali dengan gelaran ‘Green Hell’.

Dari F1 Ke Endurance Racing

Sejak muncul sebagai juara dunia F1 empat kali pada penghujung 2024, Verstappen semakin aktif meneroka perlumbaan di luar F1. Malah, dia sudah beberapa kali melakukan sesi ujian di Nordschleife sepanjang 12 bulan lalu sebagai persediaan menghadapi perlumbaan 24 jam itu.

Menurut Verstappen, minat terhadap perlumbaan endurance memang sudah lama wujud sejak kecil kerana bapanya juga pernah berlumba dalam acara sama.

“Saya tak mahu hanya dikenali sebagai pemandu F1 sahaja. Saya masih muda dan ini masa terbaik untuk cuba kategori perlumbaan lain,” katanya.

Kenapa Nurburgring Digelar ‘Neraka Hijau’?

Nurburgring Nordschleife bukan litar biasa. Trek sepanjang kira-kira 25.3km itu dianggap antara litar paling sukar dan berbahaya di dunia dengan kombinasi selekoh teknikal, laluan sempit dan perubahan elevasi ekstrem.

Litar itu juga pernah digunakan dalam perlumbaan F1 sebelum dihentikan pada 1976 susulan kemalangan ngeri dialami legenda F1, Niki Lauda.

Tahun ini, sebanyak 161 kereta akan bersaing dalam 23 kategori berbeza. Verstappen pula akan berlumba dalam kelas GT3 bersama model kereta seperti:

  • Mercedes-AMG GT3
  • Porsche 911 GT3 R
  • BMW M4 GT3
  • Ferrari 296 GT3
  • Lamborghini Huracan GT3

Kereta Mampu Cecah 305kmj

Antara cabaran terbesar di Nurburgring ialah pelumba GT3 perlu memotong kereta lebih perlahan daripada kelas lain dalam keadaan trek sempit dan berliku. Situasi jadi lebih mencabar apabila perlumbaan diteruskan ketika waktu malam.

Di laluan lurus Dottinger Hohe sepanjang kira-kira 2.1km, kereta GT3 mampu mencecah kelajuan lebih 305kmj. Verstappen sebelum ini pernah terlibat dalam aksi sengit ketika perlumbaan NLS di kawasan tersebut.

Selain kelajuan tinggi, strategi pit stop juga memainkan peranan penting. Pasukan perlu menukar tayar, mengisi minyak dan kadang-kadang menukar pemandu dalam masa singkat. Sebuah jentera GT3 biasanya mampu bertahan sekitar sejam sebelum perlu masuk pit.

Verstappen Memang ‘Kaki Racing’ Sepenuh Masa

Di luar perlumbaan sebenar, Verstappen memang terkenal sebagai kaki simulator tegar. Dia aktif berlumba secara maya dalam sim racing bersama Team Redline dan dianggap antara pelumba simulator terbaik dunia.

Menurut Verstappen, sim racing membantu dia terus fokus dari segi teknik pemanduan dan setup kereta.

“Walaupun bukan memandu kereta F1 dalam simulator, teknik pemanduan GT tetap sangat berguna dan mencabar,” jelasnya.

Menariknya, Verstappen pernah memenangi perlumbaan dalam talian Nurburgring 24 Hours iRacing pada 2024, iaitu pada minggu sama berlangsungnya GP Emilia Romagna.

Bekas ketua pasukan Red Bull, Christian Horner pernah menyifatkan Verstappen sebagai “mesin perlumbaan” kerana obsesinya terhadap dunia motorsport.

Le Mans Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya?

Selain GT3, Verstappen juga dikatakan berminat untuk mencuba kategori prototype yang digunakan dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Spekulasi itu makin kuat apabila Ford Motor Company bakal menyertai kelas utama World Endurance Championship (WEC) bermula 2027. Ford juga merupakan rakan teknikal kepada Red Bull bagi pembangunan enjin F1.

Hubungan itu membuka peluang besar untuk Verstappen tampil di Le Mans pada masa depan. Selain Le Mans, Verstappen turut dikaitkan dengan perlumbaan endurance terkenal lain seperti Daytona 24 Hours dan Spa 24 Hours.

Masa Depan Verstappen Dalam F1

Walaupun masih mempunyai kontrak bersama Red Bull sehingga penghujung 2028, terdapat spekulasi Verstappen mungkin mengambil cuti sementara daripada F1 untuk fokus kepada perlumbaan lain.

Prestasi kurang konsisten Red Bull musim ini serta rasa kurang puas hati terhadap regulasi baharu F1 dikatakan menjadi antara faktor yang membuatkan Verstappen mula memikirkan masa depannya.

Buat masa sekarang, fokus utama sudah tentu aksi di Nurburgring 24 Hours. Dan kalau Verstappen berjaya menyerlah di ‘Green Hell’, jangan terkejut kalau dia benar-benar serius mahu menakluk dunia endurance selepas ini.

Spesifikasi Ringkas Jentera GT3

Walaupun spesifikasi berbeza mengikut pengeluar, kebanyakan jentera GT3 yang berlumba di Nurburgring menggunakan enjin berkuasa sekitar 550 hingga 600HP dengan tork melebihi 650Nm.

Gabungan kuasa tinggi, aerodinamik agresif dan ketahanan selama 24 jam menjadikan GT3 antara kategori perlumbaan paling brutal dan mencabar untuk mana-mana pelumba profesional.

SUMBER: SkySports

BMW M4 GT3 endurance racing Ferrari 296 GT3 Formula Satu (F1) Lamborghini Huracan GT3 Le Mans Max Verstappen Mercedes-AMG GT3 Nordschleife Nurburgring Nurburgring 24 Jam Porsche 911 GT3 R
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    MotoGP Malaysia di SIC
    MotoGP

    #MotoGP: Malaysia Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

    02/07/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Moto3

    #Moto3: Hakim Danish Raih Tempat Ketujuh di Assen, Kutip Mata Penting Dalam GP Belanda

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.