Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula
MotoGP

#MotoGP2026: Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jorge Martin, Aprilia Racing 2026

BINTANG Aprilia Racing, Jorge Martin percaya pasukan lawan, Ducati Lenovo Team akan kembali mencabar kemenangan apabila MotoGP kembali ke Eropah untuk Grand Prix (GP) Sepanyol di Jerez hujung bulan ini.

Menurut Juara Dunia 2024 itu, aksi di Jerez dijangka menjadi titik perubahan buat Ducati selepas permulaan musim 2026 yang agak sukar berbanding dominasi tahun lalu.

Ducati Masih Cari Rentak Musim Ini

Setakat tiga pusingan awal, Ducati Lenovo Team dilihat sedikit ketinggalan di belakang Aprilia yang tampil lebih konsisten, terutama pada perlumbaan Ahad.

Walaupun memenangi perlumbaan Sprint di Brazil dan meraih beberapa podium Sprint lain, Ducati hanya memiliki satu podium GP penuh, hasil tunggangan Fabio Di Giannantonio #49 (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) di Brazil.

Aprilia Dominan, Bezzecchi Raih Hatrik

Marco Bezzechi, Aprilia Racing 2026 #72

Sebaliknya, Aprilia Racing tampil cukup cemerlang apabila Marco Bezzecchi melengkapkan hatrik kemenangan di GP Thailand, GP Brazil dan GP Amerika Syarikat (COTA).

Bagaimanapun, Martin percaya kelebihan itu mungkin berubah apabila siri kejuaraan kembali ke litar Eropah yang lebih ‘familiar’ buat semua pasukan.

Di Jerez, semuanya akan kembali normal… Ducati juga akan kembali normal,” kata Martin kepada DAZN.

Martin Kembali Menyerlah Selepas Musim Sukar

Jorge Martin, Aprilia Racing 2026 #89

Kebangkitan Martin (#89) sendiri menjadi antara cerita terbesar musim ini selepas 2025 akibat dibelenggu kecederaan.
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat di GP Thailand, beliau kembali ke podium di GP Brazil sebelum memenangi Sprint di GP COTA sebelum menamatkan GP di tempat kedua.

Hanya Empat Mata Belakang Pendahulu

Jorge Martin, Aprilia Racing 2026 #89

Prestasi konsisten itu kini meletakkan Martin hanya empat mata di belakang rakan sepasukan, Bezzecchi dalam kedudukan kejuaraan.

Menariknya, Martin mengakui beliau sebenarnya cuba merendahkan jangkaan menjelang aksi di GP Austin selepas podium di Brazil.

Kami belum benar-benar bersedia. Sasaran kami hanya kumpul mata dan kekal konsisten,” katanya.

Ducati Anggap COTA Sebagai ‘Wake-Up Call’

Dalam perkembangan sama, Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna menyifatkan keputusan di GP Amerika Syarikat sebagai satu ‘wake-up call’ buat pengeluar Itali itu.

Dengan Jerez bakal menjadi pusingan pertama di Eropah musim ini, ramai kini menantikan sama ada Ducati benar-benar mampu bangkit dan kembali mendominasi seperti musim lalu.

SUMBER: Crash.net

2026 MotoGP Aprilia Racing Team Ducati Lenovo Team Fabio Di Giannantonio jorge martin Litar Jerez marco bezzecchi MotoGP
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    F1 GP Britain 2026
    Formula Satu

    #F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.