Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Modenas Pamer Kawasaki Ninja ZX 250 Baharu?
Bikin Auto

Modenas Pamer Kawasaki Ninja ZX 250 Baharu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA pembeli Modenas Ninja 250 memilih menjenamakan semula sportbike suku liter mereka kepada Kawasaki Ninja 250 atas sebab tertentu. Trend itu sememangnya diketahui Modenas, lalu satu unit khas untuk pameran di reruai Malaysia Autoshow 2023.

Motosikal anda lihat ini ialah Modenas Ninja 250 Ohlins yang dilancarkan tahun lalu dan sudah menjalani fasa modifikasi dengan kos bawah RM4,000! Perubahan dibuat membabitkan beberapa aspek kosmetik dan komponen trenkuasa.

Berikut perubahan dilakukan:

  • Pelekat asal Modenas ditanggalkan dan digantikan lencana Kawasaki dan logo River Mark pada bahagian depan dan belakang.
  • Hiasan ala karbon ditampal pada penutup tangki petrol, perumah meter, hendal dan pad tangki minyak.
  • Posisi bar hendal direndahkan untuk gaya tunggangan ala supersport.
  • Dipasang tuil brek RCB termasuk tangki takungan minyak brek, hos brek RCB dan grip terotel RCB.
  • Terotel standard Ninja ditukar kepada jenis fast throttle Domino.
  • Pelana pembonceng ditutup panel ala karbon.
  • Sepasang slider ditambah pada sisi motosikal.
  • Set peg kaki aftermarket digunakan. Kotak gear asal ditambah ciri sistem QuickShifter (Tune Boss).
  • Pemegang nombor plat belakang dan lampu signal belok turut ditukar kepada saiz lebih kecil.
  • Cermin sisi digantikan jenis ala winglet.
  • Sistem ekzos Yoshimura (bukan unit tulen) dikustom dan disambung dengan paip ekzos standard Ninja 250.
  • Visor angin sport lebih gelap.

Bagaimanapun, Modenas Ninja 250 versi modifikasi Modenas itu cuma sekadar suka-suka dan belum ada rancangan untuk ditawarkan secara rasmi ke pasaran. Pendek kata, untuk pameran acara Malaysia Autoshow 2023 sahaja.

autoterkini Kawasaki Ninja 250 Modifikasi Malaysia Autoshow 2023 Modenas Kawasaki Modenas Ninja 250 Ohlins roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.