Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan
Roda2

BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

Abang HirataBy Abang Hirata20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Motorrad Vision K18 2026

BMW Motorrad memperkenalkan BMW Motorrad Vision K18 2026 di Tasik Como, Itali sebagai motosikal visi yang menampilkan tafsiran baharu terhadap prestasi, kemewahan dan dinamik pemanduan.

Model konsep one off itu dibangunkan dengan menumpukan prestasi jarak jauh, penampilan dramatik dan pengalaman pemanduan yang lebih emosional.

Enjin 1,800cc 6-Silinder Sebaris

BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026

Nadi utama Vision K18 ialah enjin 6-silinder sebaris berkapasiti 1,800cc yang menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan motosikal itu.

Antara pendekatan utama digunakan adalah:

  • Perkadaran motosikal dibentuk mengikut kedudukan enjin
  • Teknologi enjin dipamerkan secara terbuka sebagai elemen visual
  • Prestasi diterjemah sebagai elemen kejuruteraan yang boleh dilihat secara langsung
  • Keseluruhan rekabentuk dibangunkan bermula daripada trenkuasa tersebut

Gayaan motosikal yang sangat panjang turut dibangunkan berdasarkan falsafah tersebut.

Garis flyline pula diilhamkan daripada pesawat berkelajuan tinggi seperti Aérospatiale/BAC Concorde bagi menghasilkan penampilan yang tetap kelihatan pantas walaupun ketika pegun.

Ilham Dunia Penerbangan

BMW Motorrad Vision K18 2026

BMW Motorrad menjelaskan model enam silinder yang ditawarkan sekarang ini berada dalam segmen touring dan dibangunkan untuk menawarkan keselesaan serta keyakinan bagi perjalanan jarak jauh.

Disebabkan itu, Vision K18 menggunakan bahasa rekabentuk memanjang dan dramatik yang diilhamkan daripada dunia penerbangan jarak jauh.
  • Permukaan badan besar diilhamkan daripada pesawat kelajuan tinggi
  • Komponen teknikal sengaja keluar/ditonjolkan daripada bentuk utama badan
  • Kontras visual dihasilkan antara permukaan kemas dan elemen mekanikal terbuka

Identiti enjin 6-silinder turut diterjemahkan menerusi beberapa elemen khas seperti:

BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
  • Enam saluran ambilan udara
  • Enam muncung ekzos
  • Enam lampu LED depan

BMW Motorrad turut menggunakan panel badan buatan tangan dan suspensi yang boleh direndahkan secara hidraulik bagi menonjolkan karakter eksklusif dan futuristik motosikal konsep ini.

Kerja Tangan, Teknologi Moden

BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026

BMW Motorrad menyatakan elemen emosi dan kualiti Vision K18 terhasil daripada gabungan kerja tangan tradisional bersama teknologi moden.

Sebahagian panel badan aluminium dibentuk secara manual menggunakan teknik planished, termasuk panel sisi tanpa sambungan sepanjang lebih 2 meter yang direka seakan dihasilkan daripada satu bahagian tunggal.

BMW Motorrad Vision K18 2026

Selain itu, Vision K18 turut menggunakan:

  • Gabungan aluminium dan karbon tempa
  • Kemasan khas menggunakan teknik flame spraying
  • Permukaan logam cerah yang diilhamkan daripada manifold ekzos Formula Satu (F1) era klasik

Beberapa komponen teknikal turut ditayangkan secara terbuka seperti:

  • Saluran ambiln udara utama bersaiz besar
  • Suspensi boleh laras secara hidraulik
  • Lampu hadapan dengan sistem penyejukan aktif

BMW Motorrad menjelaskan antara cabaran terbesar pembangunan Vision K18 adalah memastikan pelarasan tepat antara komponen teknikal kompleks dan elemen buatan tangan kemahiran tinggi.

The Heat of Speed

BMW Motorrad Vision K18 2026

Satu lagi elemen penting Vision K18 ialah idea visual dinamakan ‘The Heat of Speed’.

Konsep itu menggunakan kesan kabur haba bagi menggambarkan kuasa enjin 6-silinder sebaris dalam bentuk lebih emosional dan mudah dirasai secara visual.

BMW Motorrad turut memilih suasana landasan kapal terbang sebagai pentas utama motosikal konsep itu bagi:

  • Mencerminkan ilham dunia penerbangan
  • Menonjolkan tema kelajuan tinggi
  • Menggambarkan keupayaan perjalanan jarak jauh

Konsep Full Force Forward

BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026

Falsafah Full Force Forward diterjemahkan menerusi:

  • Perkadaran yang menonjolkan pergerakan ke depan
  • Bentuk condong ke bawah seperti pesawat berlepas
  • Gaya bentuk anak panah
  • Penampilan seperti pelari pecut di blok permulaan

Bagi menghasilkan garisan belakang yang sangat rendah dan rata, BMW Motorrad menukar posisi kotak udara serta tangki bahan api.

Bahagian belakang pula direka sangat lebar dengan frem karbon yang menempatkan enam muncung ekzos bagi menyerlahkan lagi proporsi radikal motosikal tersebut.

Di bahagian depan, udara disalurkan melalui enam saluran ke penapis udara utama di tengah. Rekabentuk itu turut menjadi sebahagian identiti visual utama Vision K18.

BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
Auto Terkini BMW BMW Motorrad BMW Motorrad Vision K18 BMW Motorrad Vision K18 2026 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.