Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Lancar Kriss 110 (2020), Kini dengan Brek Cakera, Harga RM3,877!
Auto Terkini

Modenas Lancar Kriss 110 (2020), Kini dengan Brek Cakera, Harga RM3,877!

AryonBy Aryon17/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS hari ini melancarkan kapcai ikonik Kriss 110 Disc Brake baharu yang dilengkapkan brek cakera dwi-piston dan akan dijual di pasaran pada harga mampu milik, RM3,877 sahaja.

Kriss ialah model kapcai pertama Modenas yang dilancarkan pada 1996. Kriss 110 Disc Brake (2020) ini ialah varian versi dipertingkat (facelift) daripada model sama yang dilancarkan September 2019.

Apakah ciri Kris 110 Disc Brake (2020) facelift ini?

  • Dipasangkan brek cakera dwi-piston di depan dan brek dram di belakang,
  • Ciri lain ialah fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang, rim sport dengan tayar tiubles, kemasan titanium grey (kelabu) pada penutup enjin dan pelindung ekzos.
  • Kapcai seberat 97kg ini dijana enjin petrol 4-lejang silinder tunggal SOHC penyejukan udara berkuasa 6.6hp dan tork 6.7Nm.
  • Menggunakan lampu depan jenis multireflektor baharu untuk lebih kejelasan ketika menunggang malam.
  • Dihiasi rekaan grafik baharu lebih menarik dengan gaya lebih menyerlah.
  • Ada tiga pilihan warna merah (warna baharu), biru dan hitam.
  • Jarak roda lebih pendek, material dinaik taraf dan kusyen pelana lebih tebal untuk ergonomik lebih selesa untuk tunggangan harian.
  • Dilengkapi bar minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB dan ruang simpan bawah pelana berkapasiti 6.6 liter.
  • Ciri tambahan lain yang tiada pada pesaing lain dalam kelas sama ialah lampu kecemasan baharu untuk tujuan kecemasan, atau berhenti di tepi jalan ketika hujan lebat.
  • Harga RM3,877, tidak termasuk insurans dan cukai jalan
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).
  • Mendapat perakuan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan patuh regulasi emisi Euro3.
Kapcai Modenas Modenas Kriss (2020) Modenas Kriss 110 Brake Disc (2020) Modenas Kriss Facelift roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.