Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TunggangUji: Modenas CT 115S yang Sporty dan Ada Gaya
Roda2

#TunggangUji: Modenas CT 115S yang Sporty dan Ada Gaya

Abang GYLBy Abang GYL26/08/201823 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALI terakhir Modenas memperkenalkan motosikal baharu ialah Jun 2013 menerusi pelancaran 118 EFi. Selepas berdiam diri selama dua tahun, Modenas kembali merancakkan segmen dua roda menerusi pengenalan model terbaharu, CT 115S.

Jika mengimbau kembali usia Modenas yang sudah menjangkau dua dekad, saya yakin antara model masih menjadi ingatan dan kegemaran ramai sudah pasti Kriss dan Jaguh. Dua model itu boleh diberikan status ‘ikonik’ apabila bersembang pasal Modenas.

BACA >>> 5 Kapcai Bajet Gaya Sporty (Harga +- RM4K Sahaja)

Namun apakan daya, kehebatan Kriss dan Jaguh tidak ‘diturunkan’ kepada model-model baharu Modenas. Hasilnya, Modenas nampak agak menyepi dan berhibernasi dalam tempoh agak lama. Entah di mana silapnya hingga membuatkan pembeli terlupa yang kita sebenarnya ada pengeluar motosikal nasional.

Sehinggalah Modenas bangkit kembali dengan lembaran baru menerusi pengenalan CT 115S pada September 2015. Tidak dinafikan ramai peminat  moped terkejut dengan kehadiran kapcai itu. Mungkin kerana kali ini ia hadir dengan rekaan lebih umphhh…

Ya, saya mengakui rekabentuk CT 115S agak menarik dan tampak lebih mantap jika dibandingkan model Modenas lain. Bagi mendalami hal spesifikasi, Modenas memberikan saya peluang menunggang uji model ini untuk merasai sendiri kehebatannya.

REKABENTUK SPORTY

Pertama kali melihat CT 115S, kapcai ini berjaya membuatkan hati saya cair dek rekabentuk yang sporty dan ranggi, walaupun apabila dilihat dari sisi, nampak seakan meminjam DNA Yamaha LC.

Ya, sekilas pandang, rekaan kedua-dua model itu tampak sama. Menurut Modenas, rekaan seperti itu ditampilkan selepas mengambil kira pandangan, kehendak dan cita rasa pengguna Malaysia. Namun, apabila diteliti lebih terperinci, CT 115S memiliki personaliti tersendiri.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Antara ciri baharu model kapcai ini ialah ciri pengecas serba guna di bawah pelana yang pasti menjadi kegemaran penunggang muda masa kini. Sambil tunggang motosikal, sambil cas telefon. 🙂

CT 115S ialah model baharu dalam varian model CT, dibangunkan 100 peratus unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Modenas di Gurun, Kedah. Bagaimanapun, ruang enjin bersesaran 114.8cc mendapat kerjasama Kawasaki untuk dalam memastikan kecekapan dan penjimatan api.

TUNGGANG UJI

Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S

Sepanjang melayan jentera ini selama tiga hari, saya dapati prestasi ditawarkan cukup memuaskan dengan hantaran kuasa diberikan cukup lancar. Malah, mendapatkan kelajuan 100kmj bukan lagi jadi penghalang. Saya juga tertarik dengan bunyi ekzos yang agak sedap didengar.

Bagi keselesaan menunggang, CT 115S menggunakan suspensi absorber tunggal aka monoshock boleh laras 5 tetapan mengikut gaya dan keselesaan tunggangan. Dari aspek prestasi, tiada sebarang masalah dengan jentera ini. Sayangnya, kualiti pemasangan sedikit mengecewakan. Ada beberapa bahagian mungkin boleh dikemaskan lagi.

Secara keseluruhan, kapcai ini bukan saja sesuai untuk anak muda, lelaki ataupun wanita kerana mudah dikendalikan. Lebih penting, Modenas perlu bekerja lebih keras dari segi pemasaran bagi memastikan jenama ini terus memuncak naik dan bukan berdiam diri terlampau lama.SPESIFIKASI

MODENAS CT 115S

ENJIN 114.8cc, satu silinder 4-lejang, SOHC
TRANSMISI 4-kelajuan
KUASA MAX 8.8hp @ 9,000rpm
TORK MAX 8.1Nm @ 5,000rpm
BREK HADAPAN Cakera
BREK BELAKANG Dram
KAPASITI TANGKI 4.8L
HARGA RM4,988 (tanpa insurans dan GST)

Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
Tunggang Uji Modenas CT 115S
CT DRB-Hicom Jaguh Kapcai Kriss Modenas Modenas CT 115S Moped Tunggang Uji Yamaha LC 135
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026

    23 Comments

    1. Mohd nasir on 07/10/2016 20:30

      Saya memiliki modenas ct115s,
      Meter minyak rosak,bila bawa gear 3 bergegar,untuk masa ni yg lain ok dan mantap.

      Reply
    2. Rezz on 17/10/2016 16:22

      Dh bli..so far dh pkai 5bln,enjin OK..tkdak gegaq baq angg..top speed 120km..sama meter dgn lc v2..meter brt,,stu ja pnyakit baq angg..mentol mudah trbakaq,,trutama signal dpn..Aku pn dh fening nk wt lgu mna,..sbulan 2_3kali tukaq mentol..abg ensem yg komen kt ATS tuhh..try pkai sprocket 14-38…inshaallah sdap bwk…asal sprockets 42..mang gegaq vaganza laaa…wassalam….tadaaaaa

      Reply
      • zufar on 05/03/2017 14:55

        top hidup ke 14-38?

        Reply
      • Wak Yus on 08/04/2017 22:35

        14-37 pon ok….boleh tarik panjang sikit….sesuai utk long distance

        Reply
      • Idan on 08/01/2018 10:23

        Sy bawak dapat 90kmh..camne nk buat ye

        Reply
    3. Awang spanner on 18/10/2016 11:26

      Assalam…ahaaaa..dh dpt formula cmna nk kc lju mtr 115s nie..modal dlm rm250..enjin biaq standard pekak…
      1)-racing CDi jnama ikk(rm150)versi Kris’s 120@ace 115 sma ja
      2)-set sprocket 14-37+rntai 415(kcik ckit)
      3)-setting angin secukop rasa..
      4)tayar dpn blkg(70/90)
      Kalu yg cintakan kelajuan..laaa..leh Cuba….slalu brfikiran positif n think safety…wassalam

      Reply
      • Firdaus on 15/01/2017 15:00

        Bila pkai cdi ikk ap kelebihannya,boleh pg berapa?

        Reply
        • Awang spanner on 23/01/2017 16:12

          Cdi racing xdek cut off..(kelebihan)top speed leh smpai 135km/h..dpt ccuk pungkoq lc v2 standard.. Meter dinamik dlm 155 cmtu..ct ni meter berat dokk

          Reply
      • Naza on 17/01/2017 22:15

        Boleh.ke pakai di tu??

        Reply
      • din on 12/02/2017 22:04

        cdi tu psg tros bole start ke kne ubah2 wirering skit???

        Reply
        • aiman on 25/03/2017 18:03

          pasang terus.

          Reply
      • Wak Yus on 08/04/2017 22:39

        Good info….
        Mana nak cari cdi racing ni….
        Saya baru pakai CT ni 2 bulan, pantang pon lom abis.

        Reply
      • Emy on 25/10/2018 11:04

        Asalam bang..kalo da tukaq cdi tu..tang sprocket..boh 14-39 x bleh p ka? Nk set jalan joh ni..tiap mggu tepeng-kl

        Reply
    4. Rickybet on 16/04/2017 05:33

      Kalau sprocket 15 dan 38 boleh juga ke?

      Reply
      • Abg zeck on 25/04/2017 10:58

        14 lgi pickup..15 ratio rendah..pickup kurang..
        14×36(415)..Lyn h way sdap…

        Reply
        • nazrul hisyam on 28/05/2017 19:42

          salam sy baru 2hari guna ct115 time jalan masuk gear 2 tiba2 motor mati.. start2 xbole.. tpi kalau pakai kick start bole pula hidup.. apa mslh tu ya.. bole tlg kongsi skit.. hihi

          Reply
          • Jimmy0077 on 18/09/2018 20:10

            Abg kena perembat bang. Saya kena jugak macam tu. Bengang punya pasal saya rembat.. then okay daa ahaha takde mati2

            Reply
    5. nikjolo on 12/08/2017 18:19

      FUHHHH…….Spec dia dah masuk angin aku,test drive comment pon dah masuk,tapi tang komen korang ni agak meremang jugak……ni nak gi bayar deposit ni…kang,kang,kang….tak jadi kang…..

      Reply
    6. Mie@ on 31/10/2017 02:59

      Boleh tk carb tukar ke ejection?

      Reply
    7. haziq on 14/11/2017 08:25

      Nak tanye moto ni ade air coolend ke?

      Reply
    8. Azmeer on 01/12/2017 01:06

      Baru nk ambil dah nmpk comend2 mcm ni.. Goyang pulalkkkk.. Jdi tk jdi je skrg ni nk ambil

      Reply
    9. . Aira on 25/02/2018 10:55

      Daripada korang beli ct115 tu. Lbh baik korang Pinang Cik CT Jande tu. Lgi sedap.

      Reply
    10. Lie on 24/12/2018 00:28

      Saya dah pakai 6 Bulan ok X dak masalah…good job modenas…2018

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.