Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MINI John Cooper Works GP (2020) Bakal Hadir dengan Kuasa Lebih 300hp!
Auto Terkini

MINI John Cooper Works GP (2020) Bakal Hadir dengan Kuasa Lebih 300hp!

Abang HirataBy Abang Hirata14/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Cooper ialah model klasik yang berjaya dihidupkan kembali. Terima kasih kepada BMW atas teknologi dan paling penting berjaya mengekalkan DNA jenama British. Walaupun nampak comel dan riang, MINI Cooper sebenarnya turut hadir dalam model serius. Contohnya, MINI John Cooper Works GP yang dikhususkan untuk pemandu yang mahukan kuasa daripada kereta moden klasik ini.

Tahun depan MINI John Cooper Works GP akan dilancarkan dengan kuasa luar biasa, lebih 300hp seperti dijanjikan pengeluar British itu. Sebagai perbandingan, Honda Civic Type R berkuasa 306hp. Jadi, MINI Cooper cuma sedikit kurang berkuasa daripada model tersebut.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | MINI Cooper S Baharu Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM226,888!

Kuasa dihasilkan daripada teknologi MINI TwinPower Turbo dan MINI John Cooper Works GP ini bakal menjadi MINI terpantas dan paling berkuasa dibenarkan dipandu atas jalan. Lebih menarik, pengeluaran model ini dihadkan kepada 3,000 unit sahaja seluruh dunia.

LEGASI JOHN COOPER WORKS GP

Model konsep MINI John Cooper Works GP kali pertama ditayangkan pada September 2017 sempena Pameran Motor Frankfurt. Model ini tampil menyerlah dengan apron aka gril depan dan belakang besar, spoiler bumbung dan pelbagai komponen ringan. Ia meneruskan apa yang ditinggalkan dua model John Cooper Works GP terdahulu (foto atas).

MINI masih tidak mendedahkan rupa sebenar John Cooper Works GP yang kini memasuki fasa pembangunan di litar lumba. Satu karakter John Cooper Works ialah suspensi yang dibangunkan tepat mengikut output tinggi kuasa enjin. Lagi perkara yang difokuskan ialah ciri aerodinamik dan berat optimum supaya benar-benar menyelerakan untuk ‘dibelasah’ pemandu.

BACA >>> Mini John Cooper Works Clubman & Countryman – Paling Power dalam Keluarga Mini

MINI berhasrat menjadikan edisi John Cooper Works GP ini sebagai kereta lumba unggul. Rekod masa dicatatkan model terdahulu di Nürburgring-Nordschleife ialah 8 minit 23 saat dan ia sebenarnya lebih pantas berbanding kereta sport lain.

Menyorot kembali sejarah, model 2012 dikeluarkan 2,000 unit sahaja, sama seperti edisi terdahulu, MINI Cooper S dengan John Cooper Works GP Kit yang dikeluarkan pada 2006. Kedua-dua model itu kini sudah mencapai status rare dan menjadi buruan pengumpul barangan. 

Model baharu yang bakal dikeluarkan nanti juga sudah diintai peminat MINI dan John Cooper Works.

BACA >>> MINI 1499 GT Bangkitkan Semula Nostalgia Model Klasik Ikonik British

MINI JOHN COOPER WORKS GP CONCEPT

MINI JOHN COOPER WORKS GP (2012)

John Cooper Works John Cooper Works GP John Cooper Works GP Kit Mini Mini Cooper Mini Cooper S MINI John Cooper Works GP
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.