Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»12 Fakta Pantas | MINI Cooper S Baharu Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM226,888!
Auto Terkini

12 Fakta Pantas | MINI Cooper S Baharu Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM226,888!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia memperkenalkan MINI baharu dengan menampilkan teknologi moden dan rekabentuk terkini. Sebagai model ikonik yang menjangkau generasi demi generasi sejak diperkenalkan seawal 1959, MINI baharu ini masih dengan tradisi walaupun tampil dengan gaya kontemporari.

Berikut apa yang menarik tentang MINI baharu. Ketahui 12 fakta pantas yang anda perlu tahu mengenai model baharu itu:

1. Ditawarkan dalam dua varian: MINI Cooper S 3-pintu dan MINI Cooper S 5-pintu. Spesifikasi enjin dan transmisi kini mematuhi piawaian Euro 6c untuk pengalaman pemanduan mengujakan dan menjimatkan.

2. Menetapkan penanda aras baharu bagi elemen emotif dan rekabentuk signatur model MINI seperti Projeksi Logo Mini, lampu depan LED dan lampu belakang Union Jack dengan lampu siang (DRL)  serta elemen logo baharu pada badan kenderaan supaya berbeza dengan generasi terdahulu.

3. Buat kali pertama di Asia Tenggara, MINI Malaysia memperkenalkan pakej kustom, ‘MINI Yours Customised Accessories’ yang membolehkan pelanggan memilih komponen seperti penutup ventilator sisi (side scuttle), fasia kokpit (seperti dipaparkan video di bawah), kemasan sil pintu LED dan projektor pintu LED yang boleh dipadankan mengikut cita rasa peribadi pemilik.

4. Enjin lebih ringan hingga 8kg berbanding berat keseluruhan. Terima kasih kepada pelindung enjin yang menggunakan material Plastik Diperkuat Gentian Karbon (Carbon Fibre Reinforced Plastic – CFRP) yang 13 peratus lebih ringan.

5. MINI Cooper S 3-Pintu dan 5-Pintu dikuasakan enjin 4-silinder 2.0L Turbo TwinPower berkuasa 192hp dan tork 270Nm dengan kelajuan maksimum 235kmj. Pecutan 0-100kmj ialah sepantas 6.7 saat (3-pintu) dan 6.8 saat (5-pintu). Hantara kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

6. Fungsi luncuran (coasting) yang sebelum ini cuma boleh dialami menerusi mod GREEN, tetapi kini boleh diaktifkan dengan mod MID. Mod ini dengan pintar mampu menukar status enjin kepada status melahu apabila tekanan dibebaskan daripada pedal minyak ketika kereta sedang bergerak.

7. MINI 3-pintu dibezakan menerusi  rim jejari hitam Cosmos bersaiz 17 inci, manakala varian 5-pintu dilengkapkan rim jejari hitam John Cooper Works Track bersaiz 17 inci dengan tayar run-flat.

BACA >>> MINI Electric – EV dengan Rupa Cooper Klasik, di Pasaran Hujung Tahun?

8. Kedua-dua varian dilengkapi paparan skrin 6.5 inci yang dioperasikan melalui MINI Controller atau skrin
sentuh berserta ciri kamera pandang belakang. Imej mewah kabin diserlahkan menerusi penggunakan kemasan kulit silang berwarna hitam – Leather Cross Punch Carbon Black.

9. MINI 3-Pintu ditawarkan dalam 7 warna:

  • Chili Red (merah)
  • Pepper White (putih)
  • Solaris Orange (jingga)
  • White Silver (perak)
  • Starlight Blue (biru)
  • Thunder Grey (kelabu)
  • British Racing Green (hijau) – dipadankan dengan bumbung hitam atau pilihan lain seperti Chili Red (merah) dipadankan dengan bumbung putih.

10. MINI 5-Pintu ditawarkan dalam 6 warna:

  • Chili Red (merah)
  • Pepper White (putih)
  • Emerald Grey (kelabu)
  • White Silver (perak)
  • Starlight Blue (biru)
  • British Racing Green (hijau) – dipadankan dengan bumbung hitam.

11. Ciri menarik lain ialah kit Aerodinamik John Cooper Works yang menampilkan spoiler belakang istimewa bagi memastikan kuasa kenderaan difokuskan pada laluan yang betul – iaitu atas jalan raya.

12. Harga jualan MINI Cooper S baharu ialah:

  • 3-pintu – RM226,888
  • 5-pintu – RM236,000
  • MINI John Cooper Works Hatch – RM283,888

* Bagi pembelian dengan pendaftaran peribadi, tanpa insurans dengan waranti 4 tahun dan tanpa had perbatuan berserta servis berjadual percuma.

GALERI
Mini Mini 3-pintu Mini 5-pintu Mini Cooper Mini Cooper S Mini Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    14/04/2026
    Stesen minyak Shell di Filipina.
    Auto Terkini

    Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

    14/04/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Tiada Krisis Bekalan Minyak, Kerajaan Pantau Data Mingguan Penggunaan Bahan Api

    14/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Bantuan BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Naik RM400 Mulai 21 April

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.