• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MINI 1499 GT Bangkitkan Semula Nostalgia Model Klasik Ikonik British

MINI 1499 GT Bangkitkan Semula Nostalgia Model Klasik Ikonik British

October 16, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


SEJARAH MINI memang kaya dengan model-model hebat yang disayangi ramai kalangan peminat jentera cilik itu seluruh dunia. Satu daripadanya ialah 1275 GT, dilancarkan pada 1969 dan dimuatkan enjin sama yang juga menjadi nadi utama Cooper S original! Kini, MINI cuba membangkitkan semula semangat legenda itu menerusi 1499 GT baharu.

BACA >>> Mini John Cooper Works Clubman & Countryman - Paling 'Power' Dalam Keluarga Mini

Sama seperti pemula sejarah model itu, asal model 1499 GT itu sendiri adalah daripada kapasiti sesaran enjin dalam kubik sentimeter. Ini bermakna, model baharu itu dipasangkan enjin 3-silinder 1.5L berkuasa 101hp. Walaupun kuasa yang dimiliki tidaklah buas seperti diharapkan, tetapi enjin berkenaan dilihat sepadan dengan karakter model MINI tersebut berbanding enjin 4-silinder pada model-model Cooper S dan John Cooper Works. Selain sedap didengar, enjin tersebut juga tidak berat dan membebankan gandar depan.

JELMAAN SEMULA NOSTALGIA

mini-1275gt-dan-1499gt-1
mini-1275gt-dan-1499gt-2
mini-1275gt-1
mini-1499gt-11

BMW meniru semula gaya 1275 GT menerusi pelekat edisi khas sepanjang sisi bawah kereta, rim hitam 17-inci, kaca putih untuk signal belok dan cermin gelap. 1499 GT juga menggunakan bampar dan skirt sisi John Cooper Works bersama plat sil dan spoiler belakang terpisah.

Menjengah ruang dalaman, pakej MINI 1499 GT didatangkan dengan suspensi sport dan kerusi sport John Cooper Works dengan trim kulit. Ini termasuk dikemaskan dengan lencana JCW (John Cooper Works), roda stereng dibalut kulit bertebuk dengan sulaman benang merah, dan trim dalaman hitam, Piano-Black.

BACA >>> MINI Seven Edition Sempena Kenangan Model Klasik, Cuma 30 Unit Dikeluarkan

1499 GT dikatakan dihasilkan eksklusif dan dalam unit terhad untuk pasaran negara kelahiran model tersebut, Britain, yakni 1499 unit sahaja.

Segalanya nampak cantik, memukau dan penuh nostalgia. Cuma 1499 GT tidak memiliki aura 1275 GT yang menjadi model terhebat MINI pada era kemuncaknya. Ini dikuatkan lagi dengan fakta model baharu itu sekadar mampu memecut 0-100kmh sepantas 10.1 saat.

 

GALERI

SUMBER: Mini.co.uk

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, John Cooper Works, Kereta, Mini, MINI 1275 GT, MINI 1499 GT, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my