• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MINI Seven Edition Sempena Kenangan Model Klasik, Cuma 30 Unit Dikeluarkan

MINI Seven Edition Sempena Kenangan Model Klasik, Cuma 30 Unit Dikeluarkan

March 11, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Seven Edition baharu, model rekabentuk pertama daripada generasi terkini MINI 5-pintu itu hanya dikeluarkan 30 unit sahaja dan direka sebagai penghormatan kepada model asal Austin Seven yang klasik dan nostalgik.

MINI Seven Edition baharu menampilkan ciri rekabentuk eksklusif pada bahagian luaran dan dalaman berasaskan legasi kuat tempat asal jenama itu dilahirkan, Britain.

SEJARAH AUSTIN SEVEN

Ketika memperkenalkan ikon baharu itu ke pasaran Malaysia, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, warisan MINI Seven bermula sejak 1959 apabila kereta ikonik itu mula diperkenalkan ke pasaran dunia sebagai Austin Seven dan cukup identik dengan Morris Mini-Minor.

Hanya 10 tahun kemudian - pada 1969 - pengeluaran kereta itu dipindahkan ke kilang baharu dekat Longbridge di Birmingham, United Kingdom, di mana nama MINI menjadi jenama standard.”

- Han Sang Yun - CEO BMW Group Malaysia

LUARAN

MINI Seven Edition 2017.09
MINI Seven Edition 2017.11
MINI Seven Edition 2017.10
  • Warna biru khas, Lapisluxury Blue ilham MINI Yours dengan bumbung warna perak, Melting Silver.
  • Strip bonet.
  • Rim aloi ringan 17-inci kelabu, Spectre Grey buatan MINI Yours.
  • Lampu Depan LED dengan lingkaran lampu siang (DRL) LED.
  • Lampu Kabus LED.
  • Fender dengan logo tertulis perkataan  'Seven' dan 'S' serta nombor '7'. Sil pintu pemandu dan penumpang depan juga tertera logo sama.

DALAMAN

MINI Seven Edition 2017.07
MINI Seven Edition 2017.06
MINI Seven Edition 2017.08
  • Ruang kabin dihasilkan menerusi permukaan acuan tiga dimensi (3D).
  • Papan pemuka baharu pada kolum stereng dan punat kawalan di posisi baru.
  • Material tempat duduk sports fabrik/kulit bersama kemasan eksklusif Diamond Malt Brown.
  • Kemasan khas warna cokelat, Malt Brown dan hitam Piano Black.
  • Stereng kulit MINI Yours jenis Walknappa daripada jahitan tangan dengan trim benang jalinan aluminium.
  • Corak stereng motif Union Jack.
  • Perehat tangan boleh lipat pelbagai posisi dengan ruang simpanan.
  • Panel utama papan pemuka signatur, MINI Centre Instrument edisi khas dengan logo MINI Seven.
  • Akses selesa, Comfort Access dengan fungsi membuka pintu, but dan menghidupkan enjin tanpa perlu menggunakan kunci kereta.

ENJIN

  • 4-silinder 2.0L MINI TwinPower Turbo
  • 192hp dan 280Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.8 saat.
  • Transmisi Steptronic 6-kelajuan.
  • Pedal anjakan stereng.
  • Purata bahan api 5.5 liter per 100km.

CIRI PEMANDUAN

  • Mod Pemanduan MINI diaktifkan melalui satu suis rotari di bawah tuil gear.
  • Mod pacuan - SPORT dan GREEN.
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dengan Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan Kawalan Kunci Diferensial Elektronik (EDLC).
  • Kawalan Prestasi - Sistem yang mampu menghalang situasi belokan kurang (understeer).

CIRI MULTIMEDIA

  • Sistem infotainment Navigation System Professional beresolusi tinggi bersaiz 8.8 inci dengan paparan pandu arah tiga dimensi (3D).
  • Maklumat seperti destinasi sistem navigasi boleh dibuat secara tulisan tangan pada pad sentuh yang disepadukan dengan pengawal MINI Controller. Fungsi pengawal boleh diputar dan ditekan untuk tetapan fungsi seperti menukar frekuensi, melihat senarai stesen radio dan lain-lain.
  • Kamera undur definisi tinggi (HD) untuk paparan belakang kereta lebih jelas.
  • Snap In Adapter - ciri yang mampu mengecas kebanyakan telefon pintar dan apabila disambungkan dengan antena luar kereta dapat memberikan liputan terbaik sepanjang masa.
  • Sistem bunyi hi-fi Harmon Kardon - terdiri 12 unit pembesar suara.

WARANTI DAN HARGA

MINI Seven Edition baharu hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun dan servis berkala percuma. Harga anggaran MINI Seven Edition Baharu (atas jalan tidak termasuk insurans) ialah RM253,888.

GALERI

MINI Seven Edition 2017.09
MINI-Seven10
MINI-Seven1
MINI Seven Edition 2017.04
MINI-Seven13
MINI Seven Edition 2017.02
MINI Seven Edition 2017.03
MINI Seven Edition 2017.06
MINI Seven Edition 2017.07
MINI-Seven15
MINI Seven Edition 2017.11
MINI Seven Edition 2017.10
MINI Seven Edition 2017.05
MINI-Seven14
MINI-Seven2
MINI-Seven12
MINI-Seven6
MINI-Seven11
MINI Seven Edition 2017.01
MINI Seven Edition 2017.08
MINI-Seven9
MINI Seven Edition 2017.12
MINI Seven Edition 2017.13

SUMBER: BMW Blog

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Austin Seven, BMW Group Malaysia, Mini, MINI Seven Edition, MINI Yours, Morris Mini-Minor, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my