Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Countryman S ALL4 JCW Trim Buat Pelanggan yang Mahu Tampil Sporty, Sederhana
Roda4

MINI Countryman S ALL4 JCW Trim Buat Pelanggan yang Mahu Tampil Sporty, Sederhana

Abang HirataBy Abang Hirata23/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI mempunyai pelbagai aneka gaya badan. Ada yang pendek, panjang, tinggi, dua dan empat pintu. Saya tertarik dengan Countryman kerana saiznya besar dan tinggi, ibarat MINI saiz XL.

Pada September 2023, Countryman generasi ketiga diperkenal dan varian berprestasi John Cooper Works Countryman menyusul pada November. Kini ada varian terbaru buat mereka yang mahukan Countryman dengan gaya sporty tanpa kuasa setinggi JCW.

MINI Countryman S ALL4 Sport Trim dengan kit John Cooper Works dijana enjin 2.0L turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 218hp dan tork 360Nm. Sebagai perbandingan, MINI John Cooper Works Countryman memiliki kuasa 300hp dan 400Nm.

Komponen hibrid ringan (MHEV) 48V memberi lonjakan kuasa sementara sebanyak 14kW, manakala sistem pacuan semua roda (AWD) ALL4 membantu pemandu mengendali kereta dalam pelbagai jenis kondisi jalan dan cuaca.

Sistem kawalan elektronik mengagihkan kuasa pacuan antara roda depan dan belakang seperti diperlukan. Lebar trek roda ditambah sedikit dan bersama jarak roda dipanjangkan, kereta ini menawarkan dinamik pemanduan cemerlang selain lebih selesa.

Casis kereta boleh dilaras mengikut permukaan dan persekitaran. Suspensi kereta seimbang sesuai digunakan untuk menerjah kawasan bersalji.

Di kawasan bandar dan laluan berliku pula, MINI Countryman S ALL4 beraksi cemerlang dengan tindak balas langsung dari stereng dan casis talaan sporty.

Di sini terletak keistimewaan MINI Countryman S ALL4 kerana ciri lasak dan sporty digabung dalam satu, berbeza berbanding MINI John Cooper Works Countryman pula buat pelanggan yang mahukan prestasi, kelasakan dan sporty dalam satu.

Penampilan varian Sport Trim dengan warna Chilli Red (merah) dan perkakasan hitam kilat menaikkan tarikan kereta ini, tidak seagresif varian JCW, tetapi berpadanan untuk kegunaan harian.

Lencana JCW terpampang pada gril depan dan pilar-C. Jika tidak berkenan dengan rim asal, MINI menawarkan pelbagai pilihan rekaan dan saiz daripada 17 inci sehingga 21 inci.

Pada bahagian dalaman, kerusi dibalut kulit sintetik kualiti tinggi yang secara keseluruhan menggunakan tema hitam dan merah. Suasana dalaman lebih cerah dengan bumbung panoramik.

Penyandar kerusi belakang boleh dilaras mengikut tiga posisi dan dibaring dalam nisbah 40:20:40 untuk ruang tambahan hingga 1,450 liter. Kerusi belakang juga boleh digerakkan hingga 13sm untuk tambahan ruang kaki atau memuatkan bagasi dengan kapasiti asas 450 liter.

JCW Mini Mini Countryman MINI Countryman S MINI Countryman S ALL4 MINI Countryman S ALL4 JCW Trim MINI Countryman S ALL4 JCW Trim 2024 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.