Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIGHT Dapat Mandat Kerajaan, Projek Kereta Nasional Ketiga Sah Dilaksana
Auto Terkini

MIGHT Dapat Mandat Kerajaan, Projek Kereta Nasional Ketiga Sah Dilaksana

Han OthmanBy Han Othman04/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN nampaknya nekad melancarkan Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB) menerusi mandat diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kumpulan Kerajaan-Industri Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) sebagai entiti penyelaras projek tersebut.

Mandat diterima MIGHT itu dimaklumkan dalam sidang media di Cyberjaya, pagi tadi yang dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, dan Presiden dan Ketua Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusof Sulaiman.

PKNB dikatakan berupaya membantu memacu pembangunan negara dan menyokong industri hiliran lain, sekali gus mewujudkan keseimbangan ekonomi. Keputusan itu juga dibuat selepas menilai potensi industri pembuatan yang masih kekal sebagai sektor penting dalam ekonomi Malaysia sebagai asas ekonomi menarik dan kompetitif peringkat antarabangsa.

BACA >>> #SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 – Psstt… Kau Jangan Percaya Sangat!

Mohd Redzuan berkata, PKNB mampu memulihkan industri automotif tempatan dan menyokong industri komponen dan alat ganti yang memacu syarikat kecil dan sederhana (SME).

Menurutnya lagi, usaha memperkenakan platform pembuatan automotif teknologi tinggi akan menyediakan peluang kepada syarikat dan usahawan tempatan untuk meneroka perniagaan baharu, termasuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang kejuruteraan seperti pemprograman komputer, mekanikal, elektrikal dan elektronik menerusi pemindahan teknologi yang berlaku.

Sementara itu, Dr Mohd Yusof pula berkata, PKNB berpotensi memacu tranformasi dalam industri pembuatan dan menguatkan keupayaan kejuruteraan. Justeru katanya lagi, MIGHT memainkan peranan menjelaskan kepentingan pelaksaan PKNB dalam merancakkan pembangunan dan pembinaan negara.

MIGHT turut diberikan mandat sebagai penyelaras dalam menjalinkan kerjasama dengan kementerian Kerajaan, agensi, industri dan akademi dalam usaha menjayakan projek kereta nasional tersebut.

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA INDUSTRI 4.0

Berdasarkan laporan ‘Readiness for the Future of Production’ (Kesediaan untuk Masa Depan Pengeluaran) yang diterbitkan Forum Ekonomi Dunia  (WEF) awal tahun ini, hanya 25 negara meraih manfaat baik dalam era Industri 4.0, dan Malaysia ialah salah satu daripada negara itu.

Malaysia kini berada pada kedudukan ke-20 untuk Structure of Production (Struktur Pengeluaran) dan ke-22 untuk Drivers of Production (Pemacu Pengeluaran).

BACA >>> Kereta Nasional Ke-3? Ya, Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan!

Unjuran dibuat ke atas 100 negara berdasarkan kesediaan setiap negara menghadapi pengeluaran pembuatan masa depan itu, termasuk menilai apa yang boleh dilakukan pembuat dasar dan peneraju perniagaan untuk meraih peluang dan cabaran mendatang.

Menariknya, Malaysia dimasukkan dalam ‘Mighty Five’ yang bakal menjadi negara pembuatan teratas menjelang 2020, menurut US Council on Competitiveness. Ia merujuk kepada 5 negara Asia Pasifik, terdiri daripada Malaysia, India, Thailand, Indonesia dan Vietnam yang diramalkan menjadi 15 negara teratas dalam pembuatan berdaya saing menjelang 5 tahun akan datang.

KESIMPULAN

Daripada sidang media yang berlangsung pagi tadi, secara kasar dapatlah kita simpulkan bahawa projek kereta nasional ketiga atau PKNB kini sah dilaksanakan Kerajaan. Kita juga diperkenalkan dengan entiti MIGHT yang akan mengambil peranan menyelaraskan projek berkenaan.

Cuma, kita masih samar-samar tentang bagaimana PKNB akan dilaksanakan? Adakah menumpukan kereta (fizikal dan berjenama) baharu semata-mata, ataupun ada projek sampingan pembuatan alat ganti dan komponen berkualiti pada harga kompetitif (baca: murah). Ataupun PKNB itu ialah projek kenderaan elektrik atau hibrid?

Setakat diketahui tadi, PKNB khabarnya tidak akan menggunakan dana Kerajaan dan akan dibina berasakan platform modular yang mampu menghasilkan banyak segmen kenderaan berbeza. Malah, ia tidak akan bersaing secara langsung dengan Proton dan Perodua yang lebih bersifat konvensional, sekali gus memberi bayangan pembangunan kenderaan jenis autonomi atau semi autonomi daripada jenis hibrid atau elektrik.

Menariknya prototaip dijangka siap tahun depan dan pengeluaran dibuat seawal 2020. Wow! Kenapa cepat? Ini kerana teknologi dimiliki sekarang mewajarkan pembangunan dilakukan dengan lebih pantas.

Apapun, semuanya masih samar-samar selagi tiada prototaip di depan mata. Apa yang pasti ialah kemunculan entiti MIGHT sebagai penyelaras PKNB dan manfaat yang akan Malaysia dapat menerusi projek nasional tersebut. Isunya sekarang, projeknya bagaimana? Jeng jeng jeng…

Auto Terkini Kereta Nasional 3.0 Kereta Nasional Ketiga Mohd Redzuan Md Yusof New National Car Project (NNCP) Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.