• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Nasional Ke-3? Ya, Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan!

Kereta Nasional Ke-3? Ya, Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan!

August 25, 2017 By Azhan O 7 Comments

FacebookTwitter


AUTOMOTIF dan politik walaupun tidak sepatutnya dicampur adukkan, tetapi memang pula tidak dapat dielakkan. Buktinya seperti apa dilaporkan akhbar TheStar mengenai hasrat Parti Harapan yang mungkin menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional jika berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan itu diumumkan pengerusi kepada gabungan pakatan Pembangkang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa penubuhan sebuah lagi syarikat automotif akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan kemampuan kejuruteraan.

Proton, menurut Dr Mahathir, berjaya memacu penubuhan banyak pengeluar automotif yang menghasilkan komponen dan alat ganti kereta. Bekas Perdana Menteri Malaysia itu turut mengeluh mengenai penjualan saham kepada firma automotif China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely).

Malaysia ialah satu-satunya negara membangun yang berjaya dalam menghasilkan kereta yang sama standard dengan negara-negara maju. Kereta Proton ada semua ciri yang ada pada kereta yang datang dari negara luar.

"Satu-satunya perkara Proton tiada adalah tidak mematuhi standard Euro 5 atau Euro 6, dan kita boleh miliki jika kita bersedia membayar harganya."

Pada Jun lalu, DRB-Hicom Bhd memeterai perjanjian menjual 49.9 peratus pegangan saham Proton Holdings Bhd kepada Geely yang bernilai RM460.3 juta.

Proton ditubuhkan pada 1983, hasil cetusan idea Dr Mahathir dan kekal bertahan sehingga ke hari ini. Bagaimana, pengeluar automobil nasional itu berdepan persepsi dan reputasi buruk  sejak beberapa tahun lalu hingga mencatatkan kerugian teruk.

Kerugian demi kerugian yang melanda memaksa syarikat induk, DRB-Hicom menjual kepentingan subsidiarinya itu kepada Geely.


ATASI HALANGAN PERSEPSI


Komen kami, tanpa sedikit pun merendahkan kewibawaan Dr Mahathir, kami tetap merasakan idea menubuhkan sebuah lagi syarikat automotif bukanlah idea yang bagus. Masalah yang membelenggu masyarakat Malaysia sekarang ialah persepsi, dan selagi isu itu tidak diatasi, sebagus mana pun produk tidak akan mampu mengambil hati pembeli.

Tidakkah terfikir kenapa Geely membeli Proton? Kenapa dia mahu menyerang Asean menerusi Proton? Kenapa Geely tidak bawa masuk saja model-model Geely yang memang mengancam itu? Semua soalan di atas perlu dikupas, dianalisis dan dihujah dengan penuh kejujuran dan kewarasan.

Seperkara lagi, apakah kereta baharu itu nanti namanya Neutron? Neuron atau Voltron? Sekadar berspekulasi...

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DRB-Hicom Bhd, Geely, Kereta, Pakatan Harapan, politik, syarikat automotif ketiga, Tun Dr Mahathir

Comments

  1. meor says

    August 26, 2017 at 4:06 AM

    Kalau pakai duit TDM sendiri yes please go ahead....tapi kalau sekali lagi memperjudikan aset negara baik tak payah la...

    Reply
  2. Uzmin says

    August 26, 2017 at 11:28 AM

    Klu mcm tu tak pyh la melabur mana mana atau utk apa.sja...toksah la.dok meniaga apa apa pon klu takot rugi..kutip cukai simpan sja dlm bank

    Reply
  3. Kmj says

    August 27, 2017 at 11:02 AM

    Buat pelaburan macam 1YEMDEEBEE...... meniaga buluh kasap... Masuk angin keluar asap.

    Reply
  4. Limau says

    August 27, 2017 at 2:52 PM

    Ayat xleh blah....hahahaha....
    Apa pun tarak....

    Reply
  5. meor says

    August 27, 2017 at 9:13 PM

    berapa byk mau bail out la..dari zaman TDM sampai la zaman najib..duit kita nak jadi ape..yg sedap mentekedarah kroni2 PM2 ni jgk..kita rakyat dapat ape???
    sokong tu biar la ade waras sikit..bukan semata2 individu semata2..terkangkang2 terjerit2 sokong najib dgn TDM apah tak dapat..

    Reply
  6. Awanglokan says

    August 28, 2017 at 3:47 PM

    Ye ke msa dtuk madir dulu berapa bnyok yg bangkrap tengok bus naella ngn bndar mec gambang apa yg tnggl taik hampat madir xdan nok beranok doh bangkrap hahaa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev